1

17 4 2
                                        

Starlight High School (SHS) merupakan sekolah ternama yang terkenal di kalangan orang berada. Ramai yang berasal dari keluarga bawahan yang kurang berkemampuan ingin bersekolah di sekolah tersebut walaupun hanya melalui jalur biasiswa. Namun, mereka tidak mengetahui keadaan yang sebenar di dalam sekolah itu. Banyak kes pembulian yang terjadi di sekolah itu dimana pelajar yang masuk melalui jalur biasiswa dibuli dan dibuat seperti babu, akan tetapi tidak ada satu pun yang berani untuk melaporkan kes itu kepada pihak berkuasa bahkan guru di sekolah itu hanya diam dan tidak melakukan apa-apa seolah-olah tidak terjadi sesuatu. Ini disebabkan oleh para pembuli terdiri daripada keluarga yang berada dan ternama. Ramai ibubapa mangsa ingin menuntut tetapi apakan daya, mereka hanya orang biasa yang tidak mempunyai kuasa apa-apa. Tak ramai juga yang pindah sekolah kerana tidak tahan lagi dengan bulian yang dilakukan ke atas mereka.

.
.
.
.
.
.

Back to story~

.
.
.

Arsya Eliandra Riegrow salah seorang anak dari keluarga berada seperti yang lain sedang membaca artikel di dalam laman web sekolah tentang seorang mangsa buli yang pindah sekolah akibat tidak tahan dengan perlakuan buli yang dilakukan terhadapnya.

Akibat terlalu fokus membaca artikel itu, Arsya sampai tidak perasan kalau ada seseorang tengah berjalan ke arahnya. Seseorang itu semakin dekat dan akhirnya.......

BOO!!!



PLAK!


"Aduhh kepalaku" ringis orang itu

"Kenapa kau pukul kepala aku? Sakit tau tak" ucapnya

"Reflek, lagipun sapa suruh kau kejutkan aku" ucap Arsya

"Kalau ye pun, tak yah lah pukul kepala aku" ucap orang itu

"Kalau aku hilang ingatan macam mana?" lanjutnya

"Takde nye kau terus hilang ingatan wahai Josh ku sayang" ucap Arsya

Seseorang itu, Josh Xander Adijaya kerap dipanggil Josh pun langsung langsung duduk di kerusi kosong sebelah Arsya.

"Kau tengah tengok apa tu? Sampaikan aku datang kat kau pun kau tak perasan" ucap Josh

"Hm aku tengah baca artikel kat laman web sekolah" ucap Arsya

"Kau ingat tak pelajar yang kita jumpa kat belakang sekolah penuh dengan luka dan lebam tu?" tanya Arsya dan Josh hanya menganggukkan kepalanya

"Ingat, kenapa ngan dia?" tanya Josh

"Dia pindah sekolah" ucap Arsya

"Bukan ke dia baru je pindah sini minggu lepas?" tanya Josh

"Huhh kau kan tau dia tu budak biasiswa" ucap Arsya dan Josh langsung faham dengan maksud Arsya

"Aku tak faham lah dengan 'diorang' tu" ucap Josh

"Mentang² 'diorang' tu anak orkay alias orang kaya sesuka hati je nak kerjakan anak orang" ucap Josh geram

Padahal dia sendiri pun anak orkay juga~

"Teringin pula aku ni nak ratakan muka diorang tu kat atas jalan raya biar tau rasanya" ucap Josh

"Kau berani ke?" soal Arsya

"Mestilah...tak" ucap Josh dan Arsya hanya menggelengkan kepalanya melihat tingkah si Josh

Tak jauh dari tempat Arsya dan Josh, terdapat tiga orang pelajar perempuan yang sedang memuja lelaki idaman mereka.

"Ryan handsome betul lah"

UNEXPECTED TERROR  Место, где живут истории. Откройте их для себя