*Prolog I & II*

3 0 0
                                        

NASIONAL SECURITY AGENCY (NSA)

Amerika Syarikat

Dia, merupakan seorang agen berintegriti yang berkhidmat lama di agensi ini. Keselamatan ibu negaranya menjadi keutamaannya walau apa pun terjadi. Dia sanggup mati demi negaranya dari ancaman dalam dan luar. Demi menjaga orang paling berkuasa yang mendiami Rumah Putih. Taat setianya pada presiden dan negara tidak boleh disangkal. Biar nyawa dan maruahnya tergadai. Hari ini, orang atasan meminta dia untuk melaporkan diri ke pejabat dengan segera.

Tatkala melangkah masuk ke pejabat orang atasan itu, dia terlihat seorang lelaki separuh botak di bahagian tengah kepala serta berkaca mata sedang memeriksa kertas kerja. Lelaki separuh abad itu mengenakan sut hitam sebagai pakaian formal. Kelihatan plat tertera nama Waran Fox. Dia antara orang yang mempunyai jawatan tertinggi.

"Sir," Lelaki itu melaporkan diri. Dia berdiri tegak di hadapan Waran Fox. Menanti arahan daripadanya.

Sejurus Waran Fox menjeling anak buahnya. Kaca matanya terlurut sikit dari batang hidung. Sejurus dia menanggalkan kaca mata dan menyandar pada kerusi kulit. Sesekali dia memicit pelipis kepala. Biarpun sudah bertahun-tahun bekerja di sini ditambah lagi melibatkan keselamatan tanah tumpah darahnya yang penuh dengan musuh dalam dan luar negara, terkenan itu tidak pernah surut.

Warren Fox menceritakan serba ringkas berkenaan lawatan Perdana Menteri Malaysia yang akan mengadakan lawatan bertemu presiden mereka atas tujuan hubungan diplomatik dua hala. Warren Fox memang skeptikal terhadap semua pembesar-pembesar negara Islam yang datang ke negara ini.

Peristiwa 11 September 2011 membentuk pemikiran dirinya sekarang. Serangan pengganas yang melanggar Bangunan Berkembar World Trend Centet menggunakan pesawat komersial mengejutkan dunia. Pemimpin Osama Bin Ladan dituduh merancang serangan itu. Sehingga kini, Islam dituduh sebagai pengganas. Dan sejak itu juga, Warren Fox memusuhi negara Islam.

"So, I'm sending you to Malaysia. Do what you have to do," kata Warren Fox penuh dengan muslihat dan agenda.

"Understood, sir."

"God bless America,"

Sejurus Warren Fox mengungkapkan kata-kata 'keramat' itu, agen NSA itu terus melangkah pergi.

Dia ada satu misi yang perlu dilaksanakan atas nama negara.


*****

IBU Pejabat Polis Bukit Aman, Malaysia.

Inspektor Umar bergegas ke bahagian Siasatan Jenayah Siber lalu mendapatkan Fadi di mejanya yang penuh dengan skrin-skrin komputer dan papan kekunci di sekelilingnya. Setiap skrin itu memaparkan visual-visual tertentu berbentuk kod-kod dan nombor yang tidak difahami.

"Situasi semasa?" Terus sahaja Inspektor Umar bertanyakan tujuan dia bergegas ke sini. Dia merunduk melihat monitor skrin komputer.

"Ada pihak pecah masuk data sekuriti kita, tuan!" Lapor Fadi tanpa berlengah. Tangannya pantas menekan-nekan papan kekunci komputer.

Sedang Fadi pantas melakukan kerjanya sambil diperhatikan Inspektor Umar. Skrin komputer tiba-tiba bertukar gelap buat beberapa saat. Termati secara tiba-tiba. Inspektor Umar dan Fadi terkaku seketika. Masing-masing berasa hairan dan bertanyakan soalan yang sama tetapi mengikuti alur pemikiran yang berbeza.

Tidak semena-mena, skrin komputer hidup semula seperti sedia kala. Namun kali ini monitor memaparkan sesuatu yang tidak difahami Inspektor Umar. Nombor dan huruf-huruf muncul menghiasi visual secara rawak dan tidak menentu sebelum muncul peratusan data yang sedang dimuat turun. Pantas nombor itu bergerak dari 1% hingga 10% dalam masa beberapa saat sahaja. Riak wajah Fadi mula berubah cemas dengan mendadak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 02, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CICADAWhere stories live. Discover now