BAB 2

1K 27 1
                                    

Perancangan yang tergendala, halangan demi halangan aku tempuhi semata-mata ingin mengikuti kehendak Bonda.

"Argh! Stress la.." Dress yang baru ku beli petang tadi aku tatap. Mataku melilau lagi menerjah segenap penjuru bilik. 'Semua tak kena la.. Apa yang hati aku mahu sebenarnya?'

Tanpa disedari, aku telah mengorak langkah ke arah almari yang berkonsepkan vintage itu.

"Hm..almari khas untuk yang menjadi kenangan." Sliding door almari aku buka perlahan. Sebak pabila membuka almari yang mengandungi lipatan sejarah aku.

Spontan tangan aku menyentuh sehelai baju tradisional, biru firus bersulamkan jalinan emas. Segala kemasan bertatahkan berlian-berlian Swarovski kecil masih menyerlahkannya.

"Satu-satunya hadiah dari dia.." Aku tersenyum kelat. Tubir mataku yang digenangi air mata ku seka segera. Aku harus kuat untuk Bonda! Baju ni aku pakai tanda aku telah melupakan masa lalu. I'll prove it to him!

Kebaya loose berwarna biru firus pantas ku pakai. Fit! Terserlah sedikit bentuk tubuhku memakainya. Agak malu berpakaian seperti ala-ala perempuan Melayu terakhir. Imej yang terpantul di cermin aku tatap. Aku tersenyum sendiri.
'Ini..sekadar memori, dia dah pergi jauh dari kau.. Please wake up, Fiqa!!' Hati aku menjerit menyedari hakikat tetapi tak mampu melepaskan. Rumit kan hidup ni..

******************************

"Fiqa! Are you ready, Darling? Kita kena gerak cepat, kalau awal boleh tolong apa yang patut.." Kaget mendengar laungan Bonda, tas tangan ku capai segera.

"Coming, Bonda!" Bonda hanya mengelengkan kepala memerhati langkah aku yang tergopoh gapah. Stiletto pilihan Ayda dan Jojie mengejutkan aku. Seriously!! Padan sangat macam dorang tahu baju pilihan aku malam ni...

Bonda mendahului aku menuju ke kereta yang diparkir di luar kediaman kami.

Proton Saga menjadi pilihan Bonda.. Dan aku tak pernah persoalkan hakikat itu. Kemewahan yang dikecapi sekarang pun bermula dari kepayahan serta kesusahan seorang insan bergelar ayah.

Bonda masih menghargai hadiah Babah.. Saga maroon itu yang diusung ke hulu hilir menguruskan urusan syarikat; hadiah pertama Babah buat Bonda.

"Fiqa!" Again.. Bonda memanggilku kali ini dengan nada tegas. Mungkin geram dengan aku kot.. Hahahaha.. Nasib la Bonda dapat anak yang suka flashback macam I ni.. Aku tersengih sumbing..

Langkah ku percepatkan..
Eh..bukan main susah laa nak 'menendang' ala-ala gadis melayu terakhir bila berpakaian macam ni.. Sesak sangat tapi terpaksa ku redha..

Jauh Dari JodohWhere stories live. Discover now