48

44 3 0
                                    

"Daddyy!!!" Suara lantang menjerit apabila sosok ayahnya dapat dilihat. Kaki kecilnya memecut kearahnya. "Alessandriell! Anak daddy!!" Dia mendakap tubuh kecil anaknya. Aku melihat babak itu dihadapanku. Keluarga aku telah bersua kembali.

"Amboi.. Abang aktif betul ye? Puasa ke tidak tu?" Wajah Carlo berubah merah biram. "Er.. Tidak" nafasku dihela "abang.. Bila lagi?"

"Sayang.. Abang tak ready lagi.. Abang minta maaf ye?" Tanganku direhatkan pada bahu kirinya "esok puasa ya? Abang dah solat belum?" Itu juga dia gelengkan.

"Abang.. Malulah sedikit.. Wujudkan perasaan malu sedikit.. Driell pun puasa.." Nafasku dihela dengan nada kecewa.

"Abang.. Abang ingat, abang sedar tidak akan agama abang?" Aku merenung tajam pada matanya. "Ingat.." "Apa agama abang?"

"Islam.." Dia malu. Dia malu untuk menjawabnya kerana dia sendiri tahu bahawa dia sendiri telah lakukan beribu jenis maksiat seumur hidupnya. Membunuh, judi, dan lain lain.

"Tapi.. Abang ingat kan, iraa dah janji bahawa Iraa bakal sentiasa menolong abang untuk kembali ke jalan yang benar. Itu juga tugas Iraa, kerana, kita hendaklah sentiasa menegur sesama umat kita sendiri, Iraa tidak mahu lah disoal disana nanti.."

Dia mengangguk lantas bibirnya bergerak sedikit "sayang duduk.. Abang masakkan makanan untuk sayang berbuka nanti ya?"

Aku tersenyum, agaknya apa makanan bakal dia masak? Tetapi.. Habis lah.. Makanan yang dimasak oleh Carlo selalunya berasa.. Er..

"Boleh, abang. Apa yang abang mahu hidangkan?" Pipiku dicubit olehnya "rahsia, ayang" pipiku pula berubah biram merah!

"Daddy.. Driell mahu candyy!!" Itu mengalihkan perhatian Carlo dariku lantas terus kearah Driell. "Boleh, anak daddy." Dia mendukung tubuh kecil Driell. "Daddy nak masak ya?"












Entah apalah yang dimasak oleh Carlo itu.. Bunyi minyaknya bukan main! Seperti pecah minyak! Sengaja lah aku mahu mengacaunya. Aku berpusing pusing dibelakangnya, dengan berpakaian apronnya. Rambut di slick kan kebelakang. Amboi!

"Hehe amboi pro nya suami Iraa nii" aku mengacaunya. "Ish sayang, duduk jeee, biar abang masak ya?" Aku mengangguk dan lantas terus melabuhkan punggungku disebuah kerusi diruang makan rumah kami.

Tiba tiba..

Bunyi minyaknya kuat!

"SAYANG!! ARGH! TOLONG ABANG! ADA RAKSASA!" Kaget! Carlo menjerit meminta bantuan?! Lantas aku lari kearahnya, Astagfirullah! Sudah bagaikan apa suami aku ini!

Mencangkung, penutup periuk dihadapannya dan dipegang menggunakan tangan kanannya manakala tangan kirinya yang memegang senduk itu dibahagian tepinya, bagaikan sedang berlawan di medan perang!

"Sayangggg!! Takut!!!" Alahai, betul kah suami aku ini klan VVIP mafia jika perangainya dihadapanku begini? Manjanya mengalahkan Anak aku. Driell pun lagi behave lah dari Carlo ini! "Abang! Astagfirullah!" Lantas aku lari menutup api gas itu. Habis hangus!

"Habis hangus sudah ikan ini.. Abang abang.. Itu lah, menggatal lagi mahu masak makanan untuk sayang kan? Tengok.. Ishh ish.. Nasiblah tidak ada apa apa yang serious terjadi pada abang tahu?"

"A-abang mahu masak makanan untuk sayang berbuka aje.." Kedua jari telunjuknya mula bermain sesama sendiri.

"Sayang tak minta pun, abang.. Sayang boleh masak sendiri" aku tersenyum "t-tapi abang kan top chef! Abang kena lah masakkan makanan untuk sayang berbuka! Tidak gentle lah abang jika abang tidak beri sayang makan air tangan abang sendiri, pada siapa lagi abang mahu beri makanan dengan air tangan sendiri selain sayang? Hm? Abang mana ada perempuan lain, sayang!"

"Tak apa.. Hari ini sayang masak sendiri, okay? Abang pergilah layan Driell, sayang mahu uruskan ikan hangus abang ni tadi.. Nak ke? Nak makan? Cuba abang rasa dahulu hehe" dia mula mencebik "sayang jahat!"

Azan Maghrib dapat didengari melalui telefon bimbit aku. Itu menandakan sudah juga masuk waktu berbuka dikawasan berdekatan dengan kami.

Aku menadah tangan, berniat. Driell ikut sahaja apa yang aku lakukan. Carlo? Dia dari awal lagi sudah minum, tidak puasa kan?

Dengan perlahan air yang aku kacau itu menderas laju disalur anak tekak aku, membasahi tekak yang telah lama kering sejak dari subuh hingga kini. "Alhamdulillah" pandanganku lilau kearah Driell "amboi.. Puasa penuh ye hari ni? Nak candy? Hadiah sebab Driell sudah puasa penuhh!"

Muka Driell berubah yakin "yeahh!! Candyy!!!"

Tiba tiba sahaja Carlo dari bilik kami, memakai baju Coat nya. Kemas. "Eh? Abang mahu kemana?"

"Abang ada job sekejap, boss panggil" eh? Sejak bila pula Carlo sudah ada kerja? "Eh? Abang dah ada kerja ke?" Dia terdiam sebentar apabila soalan itu melepas dari mulut aku. "Abang baru dapat.. Semalam.. Businessman"

Aneh.. Tetapi tidak apa lah.. Dia sudah keluar dari klan mafia nya, bukan? "Okay, elok elok ya abang? Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam" pintu ditutup rapat dengan perlahan oleh Carlo. segera dia menganjak kakinya kedalam Porsche nya dan lantas menekan minyak pedalnya. Tayar memecut di jalan raya yang kelihatannya jem.

Telefonnya berdering berbunyi, nama yang terpapar adalah 'boss'. "Hello? Carlo here."

"Carlo.. Get here immediately. They're attacking us!"

"Don't worry, im on the way."

Sesampai sahaja dia ditempat kejadian.. Dia tidak tahu pula ada sekumpulan lelaki, tubuhnya semua sasa. Tetapi.. Salah satu dari anggota mereka, muka nya.. Kacukan Melayu?

"Well well well.. Carlo Willie Clyde? Oh.. I heard this name too many times. It's getting boring to hear that name on the top of the killer leaderboard."

"How about.. I snatch the place away from you?" Englishnya fasih tetapi Carlo tidak boleh lupakan bahawa slang nya bercampur aduk dengan slang melayu. Sah. Cara percakapannya Melayu.

"What do you want? Want my place? On the leaderboard? Go take it! Like i care!" Dia menjerit sekuat hatinya.

"Oh.. No.. No.. No.. Not just your place that i want but.. Elryna Sapphira, Asmand's daughter." Kata kata akhirnya itu membulatkan anak mata Carlo. Bagaimana dia mengetahui nama penuh isterinya?

"How did you know her name?! TELL ME! you stalked her?! Fuck!" Dia menjerit. Perasaan amarah tersekat didada.

"I don't know, maybe i actually stalked her? Or maybe we had something? Find it yourself." Dia tergelak. Gelaknya sinis. "Had a children with her already, right? Hm? First child? For you or for her?"

Hah? Apa yang sebenarnya dia cuba mahu sampaikan pada Carlo? Kepalanya serabut dengam berbagai hal yang mengacau fikirannya. "What do you want!?"

"Maybe.. To show you something."  Dia tergelak. Gelaknya sinis. "But nah, i'll show you later.. Maybe.. At the right time? We'll see again soon. Oh and by the way, tell your boss that, you guys need to clean your buildings more because it's soo stinky"

"Haha bye." Dengan itu dia dan klannya berlari masuk kedalam van mereka semula.

"Elryna Sapphira.. Macam mana dia boleh kenal bini aku?! Sampai ke nama ayah mertua aku sekali dia tahu! Tunjuk aku apa?!"

Telefonnya dibuka, itu dia, nombor yang pada awal nya menghantar sebuah mesej kepada nya ; "hey, this is Carlo right?"

Tetapi.. Apa identiti sebenar pemilik nombor itu dan apa tujuan dia? Ada kaitan kah lelaki yang menerjah tempatnya itu dengan pemilik nombor didalam telefon bimbit nya?

"Wait..!"

𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 : 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | COMPLETEWhere stories live. Discover now