Disebabkan satu kemalangan yg berlaku disebabkan olehnya. Kehidupannya dibenci dan dihina oleh orang ramai. Ia mahu pergi....pergi jauh dari dunia kejam itu. Tapi....
Kenapa ia muncul di dunia lain, dan menjadi Yg Terpilih yg merupakan sosok yg disa...
Bunyi loceng menandakan sesi pembelajaran pada hari ini sudah tamat. Ramai pelajar segera mengemas barang-barang mereka untuk pulang.
"Apa kau tahu malam ini Supermoon?",
"Betulkah?Mesti bulan akan nampak cantik.",
"Aku tidak sabar untuk melihatnya....",
"Pasti cantik kan?",
"Ya, cantik...",
Perbualan sekumpulan pelajar itu didengari oleh seseorang.
~ "Supermoon?Gerhana bulan?",seorang lelaki berjalan pulang dari sekolahnya, memikirkan perbualan tadi.
"Apa bagusnya?Bulan hanya kelihatan dekat saja, tetap sama kan...",ucapnya. Pemuda berambut perang dengan uniform sekolah lengkap serta nametag 'Euijoo' di kot dada sebelah kanan, berjalan pulang dari sekolahnya. Melihat keadaan sekelilingnya, matahari yg ditutup oleh awan-awan putih, angin yg tiup perlahan, daun-daun pokok serta tumbuhan yg lain bergoyang lembut ditiup angin. Hari yg bagus untuk menikmati perjalanan pulang.
"Eh?Cahaya apa?",satu sinaran menganggu penglihatannya. Terlihat ia bersinar-sinar disebalik batu sungai yg dilalui olehnya.
Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.
"Rantai siapa?",tanyanya. Dia melihat sekeliling mungkin ada seseorang sedang mencari rantai ini.
"Kalau aku ambil, nanti pemilik dia mesti cari dekat sini....Tapi, kalau orang lain yg ambil nanti dia tak pulangkan....",dia memerhati lama rantai itu.
~ Euijoo baru sahaja selesai membersihkan diri. Dia turun ke dapur, panaskan masakan tadi pagi.
Selesai makan, dia naik ke biliknya untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Hidupnya hanya seorang diri, ibubapanya meninggal kerana kemalangan di tasik. Dia hanya seorang diri dan lakukan semua kerja-kerja rumah dengan berdikari.
Dia melihat rantai yg diletakkan di atas mejanya. Iya, dia membawa pulang kerana takut diambil oleh orang yg salah.
"Aku akan pulangkan kau kepada tuan kau esok...",ucapnya.
~ Malam itu
Euijoo baru saja selesai mengemas dapurnya. Dia seperti biasa akan berada di biliknya.
"Apa gerhana bulan sudah muncul?",Euijoo membuka tingkap biliknya.
Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.
"Cantik...",ucapnya. Tapi pemandangan terganggu dengan sinaran dari rantai yg dia jumpa itu.
"Apa ia rosak?",tanyanya. Tetapi ia tidak kisah tentang hal itu lalu membuka buku sekolahnya.
Jam di dinding menunjukkan jam 9 malam, matanya sudah mula berasa berat.
"Tidur sekejap, nanti sambung...",Euijoo meletakkan kepalanya di meja, pandangan makin gelap..... . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Euijoo tersedar dari tidurnya. Ia merasakan tempat yg asing baginya. Dia melihat keadaan sekeliling, hutan dengan bunyi yg agak seram.
Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.