[ 𝑺𝒊𝒙𝒕𝒚 𝑶𝒏𝒆 ] - 𝑻𝒉𝒆 𝑻𝒓𝒖𝒕𝒉

Start from the beginning
                                    

Naira menunggu apa yang mahu ditanya papa.

"Do you know this woman?" Daniels menunjukkan satu foto seorang wanita memakai tudung dan berbaju kurung yang terletak di meja kaca antara mereka. Naira meneliti foto itu, keningnya berkerut apabila mengenali wajah yang dikenali di hadapannya.

Ini.. bukan ke.. Syuhada?

"Yes. I know her." Naira hairan macam mana papa ada foto syuhada. Tetapi syuhada sudah berhenti kerja membuat Naira tertanya-tanya kerana Naira tahu hidup syuhada susah dan memerlukan kerja.

"Is there anyone else looking for her this week?"

Naira memikir sejenak.

"No papa," jawab Naira. Sebab dia tidak kenal siapa keluarga Syuhada.

"Are you sure?"

"Ye-" kata-kata Naira terhenti kerana teringat Faris setiap hari menanyakan tentang syuhada dari dia. Apa hubungan Faris dengan syuhada? Bila ditanya, Faris tidak mahu memberitahunya.

"A-ada sorang. Tapi dia bukan keluarganya."

"What's name?"

"Faris. Dia pekerja saya."

"Faris.." Daniels bergumam perlahan memikir sesuatu.

"Papa, can I ask?"

Daniels memandang Naira.

Bila melihat lelaki itu diam menunggu soalannya, Naira terus bersuara.

"Kenapa papa tanya tentang wanita ni? Papa kenal dia ke?"

Daniels menyandarkan tubuhnya pada kerusi pejabat.

"She is the one.. you and my son not good in relationship."

Naira tidak faham.

"Maksud papa?"

Daniels membuka laci sisi, mengambil telefon pintar, dan meletakkannya di hadapan Naira. Skrinnya retak, tapi mata Naira dapat melihat dengan jelas foto dia dan Faris di tempat letak kereta beberapa hari lalu.

"Ryan received numerous photos of you and your coworker, both inside and outside the office. She's the one who sent them," jelas Daniels.

Naira terdiam. Patut sahaja dia berasa ada yang tidak kena waktu di tempat letak kereta itu. Dia tidak menyedari perkara ini, kerana sibuk dengan kerja bersama Faris. Sekarang dia faham mengapa Ryan menjauhkan diri daripadanya, Ryan tidak marah, sebaliknya terluka dan menyembunyikan kesakitannya.

"You know where is she now?"

Naira yang termenung seketika, mendongak dan menggelengkan kepalanya perlahan.

"She died."

Naira tersentak.

Daniels senyum sinis.

"That woman was killed by mafia of Dominico without she know it."

"Ke- kenapa?" Tanya Naira, suaranya terketar-ketar.

"Why?" Sinis Daniels.

Naira terdiam.

"You know her well right, Naira?"

Naira hanya berdiam.

"That woman is too greedy for money until one day she knew, she made a mistake."

"Tapi papa... ma-macam mana dia boleh terlibat dengan ma- mafia tu?"tanya Naira masih cuba memahami. Pemikiran itu membuatnya takut, lebih-lebih lagi Syuhada, pekerjanya terlibat. Dia pernah membantu Syuhada keluar dari masalah sebelum ini.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]Where stories live. Discover now