Pujuk manusia, matahari apa kurangnya?
Sudahlah bercahaya, hangat, tidak putus menerangi alam mengikuti aturan-Nya.
Tetapi, lupakah manusia? Bulan dan Matahari tidak pernah akan bersama.
Walaupun ada rasa, hanya sampai di situ sahaja.
Sekali lagi, lupakah manusia?
Bulan juga, sedang berusaha mengikuti aturan-Nya.
Sekiranya Matahari dan Bulan bertemu, semua itu atas kehendak-Nya.
Dan ketika itu, pasti Bulan berbicara,
Sejujurnya, Matahari, tidak ada kurangnya.
YOU ARE READING
Berpaut Pada Diri, Jangan.
PoetryEngkau yang Maha Melihat, Nukilan ini yang terkandung luka dan bahagia. Menjadi rahsia seorang manusia kepada Tuhan-Nya. Nukilan ini untuk aku mempersembahkan, Betapa kuatnya diri melalui takdir-Nya. Nukilan ini untuk aku katakan, Aku sudah mencuba...