14

4 2 0
                                    

"Teruk sangat ke apa yang saya buat pada awak sampai awak sanggup pilih dia semula lepas awak dah tinggalkan dia untuk saya?"

Langkah Soeun terhenti. Jikalau sebelum ini dia selalu menoleh ke belakang jika ada yang bercakap dengannya, tetapi kali ini tidak kerana dia amat kenal suara itu.

"Saya rasa awak tak pernah bercinta sebelum ni sebab takkanlah awak rasa yang putuskan orang tanpa sebab tu tak teruk?" gertak Soeun.

"Memang saya tak pernah ada hubungan dengan sesiapa selain awak sebab saya betul-betul sayangkan awak, Joo Soeun."

"Sayang tapi putuskan hubungan macam tu saja tanpa alasan? Hari tu patut jadi hari untuk saya raikan awak sebab kumpulan awak menang perlawanan tapi awak bawa berita macam tu. Itu awak panggil sayang?" air mata mula turun laju dari tubir mata Soeun. Soeun menatap Yeonjun yang terdiam.

"Sekarang kau rasa apa yang Jake rasa masa kau tinggalkan dia demi Yeonjun ni."

Kedua Soeun dan Yeonjun menoleh ke belakang, kelihatan Jay sedang melangkah pada mereka dengan senyum herotnya.

"Sekurangnya aku tak tinggalkan dia tanpa apa-apa alasan. Aku siap bawa Yeonjun depan Jake untuk tunjukkan sebab yang aku minta putus."

Terhambur ketawa besar Jay selepas mendengar itu. Dia menatap Soeun tidak percaya.

"Still, kau buat dia rasa sakit sebab kau tinggalkan dia walhal dia masih sayangkan kau. Kau juga masih sayangkan Yeonjun masa Yeonjun putuskan kau jadi situasi kau dan Jake sama. Yang membezakan adalah ada alasan dan tiada dan itu bukan suatu perbezaan yang besar."

Terkunci rapat milik Soeun selepas ditampar dengan fakta oleh Jay tadi.

"Tapi kau ingat Jay, kau takde ha-"

"Mestilah aku ada hak untuk bercakap pasal hal percintaan korang ni sebab ianya melibatkan kawan aku dan aku cuma nak pertahankan dia. Sekarang Soeun.."

Jay melangkah perlahan-lahan menghampiri Soeun dengan matanya yang mencerlung tajam ke arah mata coklat gelap Soeun.

"Kau betul-betul masih sayangkan Yeonjun atau tak sebab kalau ya aku nak kau tinggalkan Jake dan berhenti bagi dia harapan palsu."

loyalty, jake simWhere stories live. Discover now