TIGA

40 9 0
                                    

Btw guys .. sis ada buat ig baru. Khas untuk wattpad sahaja. Public acc - @ nrsflowr
Tapi sis masih tak post apa² lagi.

Sesiapa yg sudi dan berminat boleh lah follow ya 😌😌 dialukan sangat.

Dan kalau anda tahu ig author lain yg promote wattpad story diorang kt ig, or mmg active wattpad lover gitu boleh lah roger sis . Nanti sis follow dia 😊😊

Sekian. Terima kasih kerana sudi baca hal remeh author

Send love ❤️❤️😘

▪️▪️▪️▪️▪️

Gibran berjalan laju sebaik sahaja dia masuk ke ruang kecemasan. Mata melilau mencari kelibat kakaknya.

Matanya terpandang dua orang lelaki yang duduk di kerusi ruang menunggu. Kaki diarah ke mereka. Kakak sulungnya, Aurelia turut mengikut langkahnya.

"Maaf. You berdua ke yang jawab call tadi?" Tanya Aurelia.

Dua orang lelaki tadi mendongak dan terus berdiri.

"Aurel! You buat apa kat sini? Siapa yang sakit?" Evan menyoal. Pelik apabila terjumpa isteri kawan baiknya di hospital.

Aurelia senyum, lalu menggeleng. "Nope. I datang sebab Abby. Girl yang korang tolong tadi adik I." Ujarnya.

Evan melopong. Tak tahu pula dia kawan baiknya ada adik ipar perempuan. Setahunya Gibran saja adik Aurelia.

Mike di sebelah Evan mencelah melihatkan tuannya hanya diam. Gibran juga hanya memandang perbualan kakak dan teman baik abang iparnya. Dia kenal Evan, walaupun tak rapat. Lelaki itu sering juga datang ke rumah.

"Ya puan. Kami yang tolong. Kereta dia berhenti tepi jalan. Bila saya tanya ada masalah ke, dia pegang kepala then pengsan terus."

Aurelia dan Gibran sudah duduk di kerusi hadapan dua lelaki itu.

"Abby memang macam tu. Suka sangat tak peduli pasal kesihatan diri. Haih." Gibran mengeluh.

Kemudian mereka berempat hanya diam menunggu doktor keluar dari bilik rawatan. Tak lama kemudian lelaki berkot putih dengan senyuman manis keluar.

"Keluarga Cik Abella?"

"Kami. Dia okey?"

Doktor itu mengangguk. "Dia hanya penat and stress dan perlukan rehat yang cukup. Pastikan dia hanya duduk di rumah dalam masa dua hari. She needs to eat properly."

Aurelia senyum tanda faham. "Baik doktor. Saya akan pastikan dia rehat secukupnya. Terima kasih." Ucapnya.

Gibran terus masuk ke dalam bilik rawatan. Diikuti oleh Aurelia, Evan dan juga Mike. Abby ketika itu baru sahaja ingin bangun sambil memegang kepalanya.

"Viyana Abella. Berapa kali nak pesan. Penat, rehat. Ngantuk, tidur." Gibran bercekak pinggang di hadapan kakaknya yang sudah duduk di atas katil sambil tersengih.

Sengih orang bersalah.

Aurelia yang geram terus menarik telinga adiknya itu.

"Awhh kak. Kak lepas. Aduh. Ok. Ok maaf. Abby minta maaf kak. Lepas, lepas. Sakit."

Abby menggosok-gosok telinganya yang sudah merah. Tatkala itu baru dia sedar kehadiran dua orang lelaki asing.

"Eh you. You yang tolong I tadi kan. Terima kasih banyak ya."

"It's okay. Kita hidup kena saling membantu. Saya Mike, ini Evan."

"Terima kasih sekali lagi Mike." Ucapnya. Mata pula menjeling lelaki di sebelah Mike.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Billionaire's GirlWhere stories live. Discover now