[ 𝑺𝒊𝒙𝒕𝒚 ] - 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒂𝒕

Start from the beginning
                                    

"Aku nak tengok keadaan dia macam mana. Kenapa aku tak dibenarkan tengok pula. Aku abang dia," katanya sambil menunjuk dirinya sendiri. Dia ada hak untuk tahu keadaan adiknya sendiri.

"Are you sure? Kau kata kau abang dia?" Soal Han sinis. Dia sudah tahu cerita dari Mustaqim. Marc ni pun satu, risau sekalipun jangan lah dibongkarkan semua depan Ryan.

Marc memaling wajah ke arah lain.

"Dah jom lah turun. Naira ada kan?" Teruja Han sambil menarik lengan Marc untuk turun.

Setelah turun, Han terlihat Naira yang duduk di situ kebosanan.

"Ira!" Naira menoleh, terkejut melihat abang Han melangkah ke arahnya.

"Abang Han!" Naira ingin memeluk, abang Han terlebih dahulu menahan dengan jari telunjuk di dahi Naira.

"Haih.. bila nak matang ni? No hug okay?"

Naira tersengih.

"Hehe lupa lah abang." Naira sempat melihat raut wajah Marc yang berubah muram pula

Naira berbisik pada abang Han.

"Kenapa tu abang?"

Abang Han berbisik ke telinga Naira membuat Naira terangguk-angguk untuk mengerti.

"Oh.. kejap, Naira pun.. tak boleh ke?" Soal Naira terkejut.

Han dengan berat hati menggeleng perlahan.

"Ira mungkin tak kenal papa Ryan macam mana. Abang tahu mesti ada sebab dia halang kita semua jenguk Ryan. Mungkin dia mahu menjaga Ryan tanpa diganggu sesiapa lagipun orang sana tu dah bersalah buat begitu." Katanya sambil memuncungkan bibir menuju pada Marc.

Marc menatap tajam pada Han.

"Kau nak tuju kat aku?"

Han berbuat-buat tidak dengar.

Aku melihat abang Marc dan abang Han seperti sudah saling mengenali. Apa dia ketinggalan perkara ini? Tidak pernah pula abang Marc bercerita pada aku tentang keadaan diri abang Han yang selama ini menghilang.

"Ira duduk dulu, abang nak suruh pembantu buatkan air. Nanti Ira nak rehat ke apa, Ira masuk kat bilik tetamu bawah tu ya?" Kata abang Han lalu beredar pergi ke dapur. Entah lah dapur di mana, tetapi Naira pasti abang Han pergi ke arah dapur.

"Buzz.." bunyi telefon dari Marc.

Marc menjawab dan menekap telefon pada telinganya dengan cepat. Reaksinya terus bangun kerana terkejut. Naira pula hati berdebar-debar seakan ada sesuatu yang tidak kena.

Marc terus melangkah ke ruang hadapan, mengelak Naira mendengarnya.

"Kau dah cari dia ke?" Soal Marc.

"Dah, dia tiada di sini."

"Qim, cari betul-betul, Ina pandai sorokkan diri dia. Aku tahu dia pandai sembunyikan diri dia."

Kedengaran dalam panggilan telefon, Mustaqim sedang melihat sekeliling rumah. Rumah mereka kucar-kacir kerana beberapa musuh Daniels menceroboh masuk ke dalam rumah mereka.

Hati Marc risau.

"Loudspeaker Mustaqim."

Mustaqim menekan loudspeaker.

"Nania, abang ni. Tolong keluar sayang. Mustaqim ada situ bawa sayang pergi," ucap Marc, menyebut nama rahsia isterinya yang hanya mereka berdua yang tahu.

Tidak lama.. dia mendengar sesuatu.

"Abang.." suara isterinya.

"Ary ada?" Soal Marc risau.

"Ada abang. Ina takut bang." Marc melepaskan keluhan lega, keluarga kecilnya terselamat daripada dibunuh.

"Berapa orang?" Soal Mustaqim pada Zaina dalam panggilan.

"Ra-ramai... diorang bawa senjata." Kedengaran tangisan isteri Marc dalam panggilan. Marc hampir luluh jantungnya jika isteri dan anaknya ditangkap dan dibunuh oleh musuh Daniels sekarang ini. Ya, hidup mereka sentiasa terancam kerana mempunyai kaitan dengan keluarga Daniels. Disebabkan itu, 6 tahun mereka hidup berpindah-randah.

Terdengar bunyi sesuatu dari panggilan telefon.

"Shit! Marc, aku tutup dulu. Jangan risau isteri dan anak kau selamat dengan aku," ucap Mustaqim.

Panggilan terus dimatikan Mustaqim.

Marc memeluk telefonnya menangis sendirian sambil terduduk jatuh merisaukan keadaan isteri dan anaknya di sana.

"A-abang Marc?"

Kedengaran suara seseorang mengejutkannya. Marc mengesat cepat air matanya. Dia menoleh.

"Abang okay ke?" Soal Naira bimbang.

"A-abang okay."

"Abah dan bonda kat mana sekarang?" Soal Naira tidak tahu apa-apa.

Marc memandang Naira. Dia tahu Naira risau akan mereka tanpa tahu apa yang terjadi sebenarnya. Marc yakin Naira akan ketakutan jika tahu hal sebenar.

Sekilas pandangan Marc ke arah CCTV.

"Diorang okay. Mari Naira, kita pergi ke ruang tamu tadi." Risau pula Marc, jika lelaki atas itu memberi hukuman padanya lagi. Bukan apa, Marc kenal lelaki itu bagaimana.

Lelaki itu seorang yang sentiasa memerhatikan gerak geri sesiapa sahaja di dalam rumah itu termasuk dia dan Naira. CCTV ada di mana-mana, jadi tidak elok mereka duduk bersama di ruang kosong ini.



𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]Where stories live. Discover now