BAB 3

683 47 1
                                    

"saya nak.."

"cakap jelah, tak payah cakap tersekat sekat kau ingat aku ni jenis suka menunggu orang cakap lambat ke!? lagi lagi perempuan bangsat macam kau ni"

kata kata yang di lontarkan oleh nish, membuatkan aliyah berasa amat sedih "nevermind, maafkan saya"

aliyah cepat cepat masuk kedalam bilik tidurnya, dia bersandar di pintu, air mata menitis

'apa yang susah sangat nak dapat kebahagian!? susah sangat ke aku nak bahagia!?

ke aku memang tak boleh bahagia!?' makin lebat air matanya

'baik mati je macam ni! aku penat nak bersabar dengan perangai nish! apa dosa aku pada kau

kenapa kau buat aku macam ni, kau tak nampak ke yang saya cintakan awak' kata aliyah pelahan sambil menangis

aliyah terjaga dari tidur apabila mendengar  alam telefon berbunyi, aliyah mencari telefonya

"matikan alam telefon kau sebelum aku pecahkan telefon kau" kata nish dengan kasar, lelaki itu masih pejamkan mata

tangan aliyah cepat cepat matikan alam telefon,

takut nish pecahkan telefon pulak, telefon itu sangat berharga pada aliyah kerana telefon itu hadiah kepada arwah mak

gadis itu sudah bersedia berangkat ke kerja, dia terdengar sesorang memanggilnya susuk tubuh dua orang menghampirinya

"Oi perempuan aku nak cakap sikit, lebih baik kau bercerai je lah dengan Nish tu, kau bukan layak pun berkahwin dengan Nish" kata ibu tirinya

"Kau faham tak!?"

"tapi daddy yang paksa aliyah berkahwin dengan nish bukan aliyah nak sangat pun berkahwin dengan dia"

"sekarang ni aku hanya suruh kau bercerai dengan dia"

"bercerai jelah! kau sedar tak nish tu boyfriend aku! kami dah bercinta lebih 1 tahun! so tunggu apa lagi bercerai je lah!" kata kata bella menusuk hati aliyah

"kau faham tak anak aku kata apa!?"

"Ye saya faham"

gadis itu memandu ke tempat kerjanya, dia duduk di tempatnya

"bahhhhhh!"

tubuh aliyah terkaku apabila diterkejutkan oleh rakan sekerjanya sarah

"apa yang kau termenung ni? fikir pasal suami ke tu?" soal sarah

"tak" ringkas aliyah membalas

"cuba cerita kat aku, we best friend right?"

"hmm, kau sendiri tahu aku hanya berkahwin dengan dia hanya kerana keluargakan?"

"yeap"

"aku baru tahu akak iri aku tu girlfriend suami aku"

"wehhh! seriuslah" katanya dengan nada terkejut

"ehem!  kamu berdua datang kerja nak borak ke nak kerja?" kata lelaki yang bersuara garau

"eh...naufal ermmm jangan bagi tahu boss tau" lelaki itu kaki report pada boss, maklumlah rapat dengan boss

"dah sambung kerja tu asyik borak je kerja" kata lelaki itu, senyuman kecil terukir apabila melihat wajah aliyah

"aliyah dah masa balik ni jom balik"

"ha jomlah"

Langkahnya terhenti apabila melihat Nish dan Bella mereka bermesra, mereka menuju ke sebuah club, mungkin aliyah patut undur diri dari perkahwinan mereka

tiada apa yang ada dalam perkahwinan mereka, cinta? mereka hanya di satukan kerana keluarga, bukan kerana cinta

kereta di letakkan pada garaj kereta, tombol pintu dipulas, dia pergi mandi dan masak sementara menunggu nish pulang

kedengaran enjin kereta di garaj, nish masuk ke dalam rumah

"Nish, saya nak cakap sikit"

"Hm?"

"Saya nak kita bercerai"

"What!? Kau gila ke!? Kau nak aku hilang syarikat aku ke!?" Nadanya ditinggikan

"Tak, saya ada rancangan kita tak perlu beritahu daddy, kita dah bercerai" balas Aliyah dengan nada tenang tapi teragak agak

"Kalau daddy kau buat majlis if dia tanya mana kau apa aku nak jawab!?"

"Cakapl-" belum sempat Aliyah menghabiskan ayatnya Nish sudah bersuara

"Kalau dia datang rumah secara mengejut, dia tengok kau tak ada, apa aku nak jawab huh!?, otak kau jangan jadi bebal sangatlah perempuan!" Tengkingnya

"Nish! Dengarlah dulu apa saya nak cakap, if daddy saya datang rumah cakap jelah saya kerja, apa apapun awak telefon je saya"

"Serius ke kau nak cerai?"

"Ye, saya nak tengok awak bahagia dengan Bella"

Nish terdiam seketika, dia angguk tanda setuju dengan kata kata Aliyah

'semudah itu sahaja dia lepaskan aku? mungkin dia memang betul betul benci aku' katanya dalam hati

beberapa hari kemudian, meraka sudah sah bercerai, nish teruskan kehidupannya seperti kebiasannya namun aliyah? masih bersedih, aliyah tinggal di rumah sarah

"Mungkin dunia percintaan bukan milik aku,mungkin suatu hari nanti allah pertemukan aku dengan cinta yang sebenarnya atau tidak..." kata Aliyah pada diri sendiri dengan rasa sedih

kehidupanya mula kacau bilau, di pecat dari perkerjaan kerana selalu tidak hadir. kehidupannya mula berubah kepada kemurungan

Addio, angelo mio    {OG}Where stories live. Discover now