Bab 2

15 1 0
                                    




                  Langkah di atur menuju ke ruang tamu. Mummy sedang duduk di sofa memerhatinya.
"Macam mana semalam? Okay tak Dhani tu?" Mummy mula bersuara.

"Dia tak tahu pasal benda ni. Tapi Athif tetap akan kahwin dengan dia. Athif tak nak buang masa pasal hal ni." Mummy mengangguk faham lalu menguntumkan senyuman. Seronok apabila Athif akan kahwin dengan Ardhani. Dia memang berkenan dengan Ardhani sejak dulu lagi. Ardhani seorang yang lemah lembut, pandai masak dan pandai menjaga hatinya. Dato Hisyam pernah memberitahunya yang ramai masuk meminang anaknya itu tapi semua ditolak oleh Ardhani. Harap Ardhani tidak menolak pinangannya utntuk mengahwinkan dia dengan Athif.

Tanpa membuang masa, Athif menyalam tangan ibunya lalu mengatur langkah ke pintu keluar.Dia ingin cepat. Semalam dia bergegas balik kerana menerima aduan yang Mummynya demam. Rupanya itu adalah helah semata supaya dia balik ke rumah Mummynya. Bukannya dia tak nak balik. Tapi sibuk dengan hal kerja. Kadang-kadang dia akan balik pukul 3 pagi. Pernah juga dia hanya tidur di office. Nasib baik terdapat satu bilik yang dibuat khas untuknya jikalau dia tidak balik ke penthouse.

Baru sahaja ingin melangkah keluar dari pagar, kedengaran satu suara garau yang menegurnya.
"Forgot me,bos?" Aydeen berdiri tegak. Senyuman terukir di bibirnya.

"Biar aku drive." Athif melangkah masuk ke dalam kereta diikuti dengan Aydeen.

"Ada meeting tak harini?" Lama dia mendiamkan diri di dalam kereta Lamborghini akhirnya dia bersuara juga.

"Ada. Pukul 2 nanti." Athif mengangguk. Dia memecut laju sehingga tiba di The Ruqyt's . Semua staf menunduk hormat padanya.

"Hari-hari handsome. Siapalah bakal isteri dia nanti." Kata seorang staf perempuan. Mata tak lepas memandang bosnya yang kacak itu.

"Aydeen pun handsome. Memang gandingan yang mantap." Kata seorang lagi staf perempuan.

"Eh buat kerja tu. Sibuk je pandang kekasih hati I." Tegur Laila yang melihat mereka berdua memandang buah hatinya. Lagi-lagi Athif. Dua staf perempuan itu menjeling dengan penuh meluat. Entah sejak bila bos mereka itu ada hubungan dengan Cik Laila. Tch! Perasan.

"Hi Athif!" Tegur Laila yang baru masuk ke officenya .Athif menoleh. Hanya beberapa saat dia kembali fokus pada skrin komputer. Langsung tidak menunjukkan minat.

"Jom pergi lunch pukul 1 nanti."

"Bos. Datin suruh lunch dengan Irfa Ardhani." Mata Laila terbeliak.

"Meeting?"

"Cancel." Athif mendengus.

"Siapa Irfa Ardhani? You dah pandai ye curang dengan I."  Athif bingkas bangun dari kerusinya membiarkan Laila.

"You dengar tak?"

"Sejak bila kita ada hubungan yang special. Kau je yang melebih. You not my taste." Kata Athif dengan begitu sinis. Aydeen senyum mengejek pada Laila. Tangan Laila digenggam kuat. Gigi terketap-ketap menahan sabar. Geram bila Athif berkata begitu padanya.






















Sedang sibuk menyemak dokumen- dokumen, pintu pejabat di ketuk. Airis yang merupakan pembantunya melangkah masuk bersama ipad di tangan.

Accidental DatingWhere stories live. Discover now