Bab 1

19 4 0
                                    


           Buku setebal kamus itu diletakkan di atas meja. Tangan yang sibuk membelek fail terhenti. Athif mengerutkan kening melihat buku itu.

"Apa benda ni?"

"Senarai calon-calon bakal isteri."

"What? Tebal ni? Dah macam kamus dah. Takkan aku nak baca satu-satu."

"Mummy kau yang buat. Aku ikut je." Dia membetulkan kaca mata yang melurut jatuh ke hidung.

Athif  mengambil buku tersebut dan membuka helaian pertama. 

Nama: Irfa Ardhani binti Hisyam

Umur: 26 tahun

Tinggi: 162 cm

Berat: 39 kg

"Wait. Berat pun dia tulis?"

"Your mom." 

Dia meneruskan pembacaanya.

Latar belakang: Merupakan anak sulung Dato Hisyam. Ibunya sudah meninggal duni akibat                                        sakit jantung . Ayahnya mengahwini Datin Bahidah selepas dua bulan kematian ibunya.

Laju sahaja tangan menutup buku itu. Dia sudah malas.

"Siapkan temu janji aku dengan Irfa Ardhani." Aydeen menurut perintah dan beralu pergi ke mejanya.








           Badan terasa lemah tapi dia masih degil ingin pergi ke pejabatnya. Dia masuk lambat harini kerana nak berehat sebentar. Badannya terasa lebih baik dari sebelumnya.

Baru sahaja kaki melangkah ke ruang tamu, kedengaran suara Dato Hisyam menegurnya. "Pukul 3 nanti  pergi dekat Iris'z cafe." 

"Kenapa pula? Ada client ke?" Dato Hisyam membisu. Irfa menilik jam di tangan. Dia sudah lambat. Laju dia keluar dari rumah.

Dato Hisyam hanya memerhati anaknya itu. Dia tak ingin memberitahu pasal temu janji itu. Mesti Irfa tidak akan setuju.

"Bang, persiapan kahwin Aufa macam mana?" Tanya Datin Bahidah setelah melabuhkan punggung di atas sofa.

"Macam tu lah."

"Mana bileh macamtu je. Perkahwinan dah nak dekat tapi persiapan takde lagi. Cincin je ada."

"Lain kali jangan sibuk nak kahwin kalau duit apa semua takde. Kita pula yang kena buat persiapan. Tu pun hantaran saya dah kurangkan  RM 1,000 je."

"Dah diorang tak berduit nak buat macam mana. At least Aufa dah nak kahwin. Irfa tu bila lagi?"

"Bulan depan Irfa dah nak kahwin dah pun."

"Bulan depan? Kahwin? Dengan siapa?" 

"Dengan anak Dato Rosyam." Dato bingkas bangun dari duduknya.

Datin Bahidah mengetap gigi. Geram akan sifat suaminya itu. Kenapalah Irfa yang dapat mengahwini anak Dato Rosyam itu kenapa bukan Aufa? Baginya Irfa tidak layak mendapat lebih daripada Aufa.





Accidental DatingWhere stories live. Discover now