"Girls! I'm back and guess what? Let's hang out!!" Jojie dan Eyda senyap melihatku. Dah kenapa dorang ni? Tak rindu aku ke?

"Fiqa!! We miss you!!" Serentak Jojie dan Eyda menjerit tatkala ku dekatkan muka ke skrin. 'Tak ghune! Sakit tinge haku!'

"Oi! Pekak telinga aku.. Hah Jojie! Mane hilang gaya ustazah ko? Assalamualaikum.." Kepala yang pening tiba-tiba menjadi ringan. Spontan aku membidas Jojie.

"Waalaikumussalam.." Jawabnya spontan sambil tersenyum.

"Hajat apa ko bawa sampai vid call kami dua ni, Fiqa?" Eyda bertanya segera.

"Today aku nak ajak korang dua gi spa and butik biasa kat town. Bonda aku dapat royal dinner invitation."

"Whoa..seriously? Dah tu ko nak gi kenapa ajak kami pergi spa pulak? Kami mana dapat invitation," lancar Eyda bertanya. Jojie hanya mendiamkan diri menjadi pemerhati.

"I'll ask my mom to get 2 more invitations for both of you!!" Kenyataan yang berjaya membeliakkan mata Jojie dan Eyda.

"You what??" Teriak Eyda yang kehilangan kata-kata.

"Sorry, aku ada hal petang nanti. Tak dapat join 'kay.. " Dingin jawapan Jojie terhadap perlawaan aku.

"Alaa..Jojie! Ni kan first time sejak aku balik dari oversea keluar ngan ko." Sayu suara aku memujuknya.

"Erm... Okay la, untuk ko.. Aku postponed laa hal aku. Jam berapa nak pergi? Kat mana nak jumpa? Details cepat-cepat!"

"Girls!! Coffee & XOXO cafe, 10am this morning.. I nak bersiap sekarang. See ya! Assalamualaikum.."

Klik! Talian aku matikan. Bath robe aku gantikan dengan blouse chiffon bersama jeans denim. Gaya kasual di hujung minggu!

******************************

Elise milik ku meluncur deras menuju destinasi yang ku ingini. Coffee & XOXO cafe yang terletak di area Bangsar menjadi pilihan kami bertiga sejak di bangku sekolah lagi.

Tepat pada masanya, dengan mudah aku menemui parking yang berdekatan dengan entrance. Secara tidak semena-mena sebuah Toyota Vios mencelah dan memarkir keretanya di port pilihan aku.

"Ehh..kesewelan lah! Kurang ajar betul Vios ni.." Hon aku tekan lama. Panas hatiku melihat si Vios dengan selamba badak berjalan ke dalam cafe. Sedikit pun tidak terkesan dengan pekikan hon kereta aku. 'Sah ni...spesies badak! Dah la pekak..nasib badan tak ikot sama! Urgh!!'

Handphone di seat sebelah berdering minta dijawab. Handsfree bluetooth aku tekan spontan suara Eyda kedengaran.

"Haa..aku dengar.. Em..kat luar ni, dah kat entrance ni. Parking lak kena sambab" Aduan aku disambut hilaian tawa Eyda. Ewah...minah ni. Kawan kesusahan boleh pulak dia ketawa.

"Woi..ko kenapa? Tebiat ke apa?" Suara aku keraskan sedikit tanda serius dengan isu yang ku ceritakan.

"Sorry beb.. Aku ketawa sebab ko laa.. Kelakar kot, bertahun kat oversea sambab ko tak lupa ea?" Tawa Eyda masih bersisa. Aku hanya mampu menepuk dahi di dalam kereta. Bukannya mak budak ni nampak pun aksi sedas aku..

"Eh..dah..dah la tu. Aku nak cari parking jap. Nanti aku cari korang kat tempat biasa kita 'kay? Bye.." Bluetooth aku off sambil melilau mencari parking. Nasib baik! Ada kereta keluar, dengan segera aku Chopp! tempat tersebut. Kang tak pasal-pasal kena lagi sekali dengan manusia tak bertamadun!

******************************

Saat kaki melangkah ke dalam cafe aku dapat melihat jelas Coffee & XOXO makin maju dan mewah. Walaupun konsepnya begitu tetapi harga, fasiliti dan service sangat laa tip top. Almaklum mendapat sentuhan artis kan..seni tu memang sebati, apa yang dibuat pun menjadi. Aku tersenyum dan mengerling ke arah meja kebiasaanku.

'Pulak..mana Eyda ngan Jojie ni?? Mamat mana pulak sesat kat situ? Takkan laa bf Eyda? Jojie? Lagi la tak mungkin..' Kepala ku toleh ke kiri ke kanan, lambaian tangan membuatkan aku bergerak ke arah tersebut. Tersembul la muka bff ketat forever aku.

"Weh.."

"Opss..sebelum apa-apa ko nak cakap, duduk dulu la.." Eyda memotong percakapan ku dan ajaibnya aku akur mengikuti permintaannya. Ah..tak kesah sebab perkara yang nak aku utarakan lagi penting dari keakuran aku terhadap Eyda.

"Weh..apsal korang duduk sini? Favourite place kita pa citer? Sini shaded kot, dah macam dalam gua." Aku kebingungan. Muka Eyda dan Jojie aku renung silih berganti.

"Oh..pasal tu jer.. Aku ingat kes besar apa la ko nak cakap sampai waiter kat sebelah pun, ko tak nampak." Mango juice diminumnya separuh, menunggu jawapan aku. 'Order..order.. Mak budak ni memang suka kalih topik..' Lagi sekali aku akur dan memesan set ala carté special burger cheese, luxury platter dan mochachino vanilla ais.

Usai pemesanan makanan dan minuman, aku menatap Eyda lama menanti jawapannya.

Eyda memandang set makanannya dan aku silih berganti. Ni tentu nak memilih antara makanan atau aku..Feeling aku!

"Tu...ko nampak tak lelaki yang duduk kat situ?..." Soalan aku dibalas dengan pertanyaan. Aku seraya mengangguk sambil memandang ke arah lelaki tersebut. Ni laa 'malaun' yang rembat tempat aku. Kenapalah hari ni banyak sangat dugaannya? Uhuhuhu..

"...Haa, dialah regular customer kat sini and the best part is tu pun fav spot mamat tu. Dah dia book dulu tempat tu,kami tak dapat nak buat apa-apa pun.." Eyda menjuihkan bibir tanda protes.

Aku mendiamkan diri. Tiada hilai tawa dan cerita yang ingin aku kongsikan semasa di parking kereta pun hilang dibawa angin. Takde mood dah!

"Fiqa.. Woii!" Jojie memanggil aku. Mataku kerling ke arahnya.

"Hmm.." Ringkas balasanku.

"Ko buat tak tahu dengan aku yer.. Takpe, aku tak nak ikut invitation ko tu. Tadi semangat nak shopping, spa bagai. Tempat duduk ada orang ambil pun nak sedih moody." Suara Jojie menekan tanda tidak puas hati.

"Sorry laa Jojie.. Aku bukan feel sangat pasal seat tu tapi tempat tu kan kenangan kite. For once in awhile I want to celebrate our reunion after comeback from oversea. Ko ikut aku kan?" Mata aku kecilkan dan kerdip seperti kucing comel. Tak pun hamster!

"Muka macam nak makan penampar. Ada hati nak lagak comel." Jojie menampar lembut pipiku. Tersengih sekejap kerana pujukan aku berjaya.

"So sekarang kita nak heading ke mana?" Eyda merenung kami berdua silih berganti. Pesanan aku tiba dan sememangnya perut aku berkeroncong lagu rock!

"Kita makan dulu!" Serentak jawapan kami bertiga bersama tawa meletus. Hanya suara kami kedengaran memenuhi segenap kafe.

Yeah, DEAL!!

Jauh Dari JodohWhere stories live. Discover now