chapter 1

2.2K 110 9
                                    

Kring! Kring!

Aku terjaga daripada tidur sebaik sahaja alarm handphone berbunyi. Aku mendengus geram. Handphone siapalah yang dok memekak ni?

Aku mencapai handphone itu lalu terus menutup alarm. Nasib baik takda lock.

Aku memandang kipas yang sedang berpusing laju di siling. Kemudian aku bangun dari baring dan mengubah ke posisi duduk. Poster-poster 5 Seconds of Summer yang hampir memenuhi ruang dinding bilik aku tatap dengan pelik. Aku dekat mana ni?

Aku bangun dan tengok keadaan sekeliling. Di hadapan katil terdapat TV Plasma 50" dan di sebelahnya terdapat gitar Yamaha yang disangkut pada pemegangnya. Di bahagian tepi katil pula ada almari putih yang besar dan juga meja tulis di sebelahnya. Di atas meja tulis pula terdapat MacBook berwarna putih.

Ok wow bilik orang kaya mana aku duduk ni?

Tiba tiba aku terdengar suara datang dari tingkat bawah. "Lisa, dah siap ke belum? Cepat turun breakfast ni!"

Nampaknya ada orang di bawah, bolehlah aku tanya aku dekat rumah siapa ni. Keluar je dari bilik, aku nampak ada lagi 4 bilik bertentangan dan bersebelahan dengan bilik ni. Uish, besar gila seh rumah ni! Tangga dia cantik gila.

Aku nampak ada dua orang perempuan tua yang sedang mengemas di ruang tamu. Bibik kot? Cis, ni rumah Dato' mana aku tumpang ni? Haha.

Terus aku pergi ke tempat yang aku assume dapur, kelihatan 4 orang sedang duduk di meja makan. Seorang lelaki tua yang memakai sut kerja duduk di tengah-tengah.

Semua mata tiba tiba tertumpu ke arah aku. Oh shoot, apa yang patut aku cakap ni? On second thought, diorang tahu ke aku ada dekat rumah diorang ni? Ke aku main ceroboh masuk je? Kenapa aku tak fikir awal awal? Patutnya aku blah terus je tadi.

Baru je aku nak bukak mulut, tiba tiba ada orang yang meletakkan tangan di sekeliling bahu aku. Terkejut beruk aku dibuatnya. Aku pandang tepi, nampak seorang lelaki yang tingginya maybe lebih 30 cm daripada aku. Dia memusing kepalanya dan memandang aku. "Morning, butthead." katanya sambil tersengih sampai nampak gigi. Kemudian dia terus melepaskan tangannya dari bahu aku dan duduk di sebelah seorang perempuan.

Wait, did he just call me butthead? What the heck? Eee, apa yang dia buat tadi?? Dia sentuh aku! Omg bukan mahram, kenapa aku kaku tadi omg.

Maybe sebab aku terpaku tengok rupanya yang kacak tadi. Sangat kacak. Jawline dia memang perfectly sculptured, sharp. Dahlah senyuman dia yang nampak gigi tu comel gila nak mati. Damn.

"Buat apa lagi tercegat dekat situ? Duduklah makan." kata seorang perempuan yang aku rasa mungkin berumur lingkungan 30-an. Dia tak.. kisah? Maybe dia tahu aku tumpang kot. Wait, aku terlupa yang aku baru bangun tidur. Which means, I HAVE MORNING BREATH.

Aku mengambil tempat di sebelah seorang lelaki. Aku lihat makanan yang terhidang di atas meja. Pancakes and telur separuh masak? Ceh, english style betul.

Aku mengambil pancake dan mengambil satu gigitan. Oh, wow. Tak kisahlah english ke melayu ke jawa ke apa ke, this is delicious. Aku terlalu asyik menikmati pancake yang memang sedap gila sampai hampir terlupa yang aku berada di rumah asing.

Di mana aku sebenarnya? Rumah aku dekat mana? Aku sesat ke?

"So, Yusuf, macam mana..." kata lelaki tua itu sambil memandang lelaki yang berada di sebelah aku. "No no no, papa nak cakap pasal kerja dekat syarikat lain, kan? I'm sorry but I'm not ready. So not ready." balas lelaki itu, yang aku assume adalah Yusuf. Papa? Panggilan typical family kaya, heh.

"Tapi, Yusuf kena belajar berdikari. Takkan nak kerja dengan papa je? Dah lama Yusuf kerja dengan papa. Yusuf kena jugak explore, cari kerja dekat syarikat lain." kata papanya lagi.

Yusuf menggeleng kepala berkali kali. "Kemonlah, pa. Baru setahun je Yusuf kerja dengan papa. Alah, pa, bagilah sikit lagi masa untuk tenangkan diri. Kan, Lisa?" tiba tiba dia pandang aku.

"Hah? Haah..." Disebabkan aku terkejut, aku pun angguk jelah. Em, dia panggil aku Lisa ke tadi? Tunggu, aku baru perasan sesuatu. Aku terlupa sesuatu yang sangat sangat penting..

"Tenangkan dirilah sangat. Hari hari aku nampak kau tidur je adalah." kata perempuan yang duduk sebelah lelaki yang panggil aku butthead tadi. Yusuf menjelingnya tajam. "Kau tak tahu pape diam, Linda. Belajar biar habis dulu, carik kerja sendiri, baru kau tahu apa yang aku rasa." balas Yusuf.

Semakin rancak diorang berborak, semakin tenggelam aku dalam lamunan sendiri. Aku rasa macam nak nangis sekarang.

"Lisa, okey ke ni? Nampak macam tak sihat je --" tegur Linda.

"Lisa, sikitnya makan. Tu Mak Ja buat banyak sebab dia tahu tu favourite Lisa tau."

"Kalau Lisa taknak, abang boleh habiskan-- Ow! Kakak dah kenapa pukul orang?"

"Jangan nak mengada. Cepat mandi nak pergi sekolah. Dah lambat dah ni."

"Lisa pun pergi siap cepa--"

"Stop calling me Lisa!" kata aku separuh menjerit. Semua terdiam memandang aku dengan muka terkejut. Ah, macam aku peduli.

Aku terus lari naik ke bilik tadi dan mengunci pintu. Terus aku meluru ke arah katil dan menutup mukaku dengan batal.

Kenapa diorang panggil aku Lisa? I'm not Lisa. I'm ... I don't know. Aku tak ingat nama aku sendiri. Aku tak kenal tempat ni. Aku tak kenal diorang semua. Aku tak kenal bilik ni. Heh, ironi betul. Tadi aku lari masuk bilik ni. This isn't even my room. Kenapa aku tak lari keluar rumah je? Well, probably sebab aku tak tahu nak pergi mana.

Aku tak tau pun rumah aku dekat mana. Aku tak tau siapa parents aku. Aku tak tau umur aku berapa. Aku tak tau nama aku. Aku tak tau siapa diri aku. My ownself. Apa yang terjadi?

Echoed DreamWhere stories live. Discover now