Aku menyusuri jalan raya itu, kenderaan agak sibuk, tiada banyak perubahan yang berlaku, hanya papan tanda memenuhi tepi jalan mengiklankan pelbagai produk. Aku memasuki kawasan perumahan tersebut, antara ingat-ingat lupa aku memandu penuh berhati-hati hinggalah aku tiba di hadapan rumahnya. Kelihatan dia sedang bermain-main dengan anaknya, bergelak ketawa mereka berdua membuatkan rinduku tercetus pada kanak-kanak itu, yang pernah aku dukung, aku main bersama, aku suapkan makanan suatu ketika dahulu. Berlinang air mata kerinduanku melihat anak itu telahpun besar, dengan keletahnya yang riang berlari-lari bersama ayahnya.


"Pinnnn!!!" aku membunyikan hon, lalu aku matikan enjin. Aku melangkah keluar dari keretaku, aku senyum melambai menuju ke arah pintu pagar.


"Eh, Nurul, mai masuk...masuk......" pelawa Abang Sham membuka pintu pagar


"Sorry bang, datang tak bagi tau" jawabku senyum.


"Takpe, takpe" senyum Abang Sham. "Dam, mai salam aunty ni" dia memanggil anaknya itu, si kecil itu menghulurkan tangan bersalaman, mencium tanganku.


"Dah besar Adam ni ye bang" kataku mengusap kepala Adam


"A'aa, lama Nurul tak jenguk" jawabnya


"Sorry ya bang"


"Takpe"


"Err....bang......" kataku putus-putus. Rasa berat nak suarakan hasratku ini.


"Kenapa Nurul" tanya Abang Sham


"Errr, saya nak tumpang umah abang boleh?" sambungku perlahan penuh harapan. Aku dah tiada tempat lain untuk aku tujui.


"Eh, boleh je, masuk..masuk..." pelawanya


"Thanks bang" jawabku ceria. Masalahku selesai. "Saya nak amik beg dalam kete jap" sambungku, Abang Sham mengangguk, lalu aku kembali ke kereta, aku keluarkan handbag dan beg pakaian lalu kembali ke rumahnya.


"Takpe ke park kete kat situ bang?"


"Takpe, jangan risau. Masuk le" pelawanya sambil mengambil beg pakaianku dari tanganku. Aku mengekorinya masuk, diikuti Adam.


Aku melangkah penuh debaran, rumah yang menjadi saksi hubungan kami, kini sekali lagi aku menjengah masuk untuk dua malam akan datang. Kulihat tiada banyak perubahan, perabut ,masih sama, susun atur masih sama, hanya langsir sahaja yang berubah design dan warna. Aku mengekori Abang Sham hingga ke tengah rumah.


"Nurul guna bilik yg sama ye" katanya menunjukkan kearah bilik yang pernah aku gunakan sepanjang berada di sini suatu ketika dahulu.


"OK bang, terima kasih"


"Nurul masuk dulu, rehat, mandi, nanti kita dinner" kata Abang Sham. "Abang pun nak siapkan Adam ni" aku angguk lalu menuju ke bilik.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 6حيث تعيش القصص. اكتشف الآن