BAB 27 : SALURAN KEDUA

5.4K 74 2
                                    



"Rasa bengang je, time cuti macam ni la dia nak pi main futsal, bukan nak tolong aku jaga baby. Geram betul. Patutnya sama-sama jaga" ngomelku dalam hati sewaktu memandu ke rumah Kak Sal.


Hari ni aku bengang sikit dengan suamiku, dah janji nak sama-sama jaga Husna, dapat la aku berehat sikit, tapi boleh pula dia ikut kawan-kawan dia pi main Futsal. Ada game katanya. Aku rasa tak puas hati. Jadi, aku call Kak Sal, aku minta izinnya nak minta dia jaga Husna sampai tengah hari. Mujur Kak Sal menerima, nanti aku bagi la saguhati sikit buat Kak Sal. Ketika sampai dirumah Kak Sal, kelihatan kereta Cikgu Sham.


"Apa pulak cikgu Sham buat kat sini" getus hatiku. Aku mendukung Husna yang sedang tidur. Aku memberi salam, kelihatan Cikgu Sham sedang bersembang dengan Kak Sal di ruang tamu.


"Eh, Ikah, hari cuti pun hantar Husna ke?" soalnya ketika aku melangkah memasuki rumah Kak Sal.


"A'aa, ada keje sikit, Faizal pulak ada ada futsal" jawabku sengih sambil meletakkan Adam yang sedang tidur ke atas tilam yang sedia ada di sudut rumah. "Cikgu memang hantar Adam ke?"


"Saya memang hantar, sebab nak pi Jumaat, lepas Jumaat amik la balik"


"Kadang-kadang tu petang baru Cikgu Sham ni amik" sampuk Kak Sal sengih


"Hehehe, bukan selalu" sahut Cikgu Sham menyeringai


"Akak dah biasa, tak kisah, ada budak-budak ni, rasa seronok sikit, riuh" ujar Kal Sal lagi


"OK la kak, nanti saya call ya" ujarku yang bersedia nak meninggalkan rumah.


"Saya pun nak balik kak, terima kasih ya jaga Adam" celah Cikgu Sham yang turut bingkas bangun


"Sama-sama, hangpa jaga diri tau" pesan Kak Sal melambai kami.


Aku mengekori Cikgu Sham dari belakang menuju ke laman, ke tempat parking kereta. Kali terakhir aku bertemu Cikgu Sham, berakhir di katil rumahnya. Aku membenarkan dia merasmikan cipapku yang telah lama berpuasa. Semuanya gara-gara geramkan dengan suamiku yang diam-diam makan luar bersama Kak Nor.


"Ikah ada keje apa?" soalnya ketika kami di kereta


"Ingat nak pi sekolah sat" jawab ku ringkas


"Ikah dah breakfast ke belum" tanya Cikgu Sham. Aku geleng kepala. "Jom kita pi makan dulu" pelawanya senyum. Memang aku agak kelaparan ni, bagus juga ada teman nak makan sama.


"Errm, boleh gak, kita gi kedai biasa ya?" kataku merujuk kepada restoran yang biasa kami makan.


"OK, jumpa di kedai tu" jawabnya sambil kami masing masuk ke kereta. Aku melihat Cikgu Sham bergerak dahulu, sebelum aku turut memandu mengekorinya. Setibanya direstoran itu, Cikgu Sham telah sedia duduk di meja, aku pun duduk di hadapannya lalu memesan roti telur dan the O panas. Kami berbual kosong tentang anak kami, tentang sekolah, dan aku banyak membebel tentang suamiku yang pergi main futsal. Cikgu Sham dengar sahaja, sesekali mencelah menenangkan emosi. Pandai dia buat kelakar hingga perlahan-lahan emosiku kembali pulih. Aku selesa dengannya.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 6Where stories live. Discover now