PENGENALAN

81 1 0
                                    

Hutan belantara merupakan salah satu daripada khazanah alam yang penuh dengan misteri dan pelbagai rahsia. Tumbuhan-tumbuhan flora dan fauna menjadi sebahagian daripada misteri dan rahsia itu yang terdiri daripada pelbagai jenis dan bentuk. Hutan penting dalam mengimbangi sistem ekologi, industri perkayuan atau juga mempunyai nilai spiritual dan mistik. Sejak dahulu lagi manusia telah mengenali khasiat atau faedah yang boleh didapati dari tumbuhan. Ada yang merupakan penawar dan ada yang merupakan racun.

Dikalangan masyarakat Melayu ada kepercayaan dan keyakinan bahawa terdapat jenis kayu yang memiliki kelebihan atau kuasa ghaib serta khasiat tertentu. Kayu-kayu tersebut memiliki satu ciri yang unik dan kejadiannya adalah berbeza dari kayu biasa dan sukar diperolehi. Lebih sukar kayu  diperolehi maka akan dianggap lebih mantap dan berkhasiat. Terdapatnya
sesuatu keganjilan pada kayu tersebut maka ianya juga dianggap bertuah.

Yang diburu dan dicari ialah kayu yang mempunyai teras dan sering juga kita kedengaran ada antara mereka yang menjumpai teras kayu yang menjadi keras seperti batu di dalam pohonnya. Kepercayaan ini tidak hanya terbatas pada masyarakat Melayu bahkan kaum lain juga.

Adat budaya Melayu sering dikaitkan dengan beberapa pengunaan tumbuhan dalam upacara seperti perubatan, perkahwinan, bersemah dan adat-adat yang lain.Daun sirih umpamanya sering menjadi satu pilihan didalam adat istiadat perkahwinan dan didalam perubatan. Pilihan sirih yang bertemu urat adalah diutamakan dalam bidang perubatan tertentu. Buah limau dan daun limau juga turut mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu. Buah limau didalam perubatan tradisional Melayu sering mendapat perhatian oleh para dukun,bomoh atau pawang. Pokok limau mendapat perhatian di dalam satu persembahan Prang Makyong. Persembahan yang membangkitkan semangat pokok limau tersebut ditujukan kepada beberapa bahagian pokok limau yang bersesuaian dengan namanya yang khusus. Bahagian akar digelar Putera Duduk, batang atau pohon utama pokok digelar Putera Berdiri, kulit pokok Putera yang Mengeliat, dahan utama Putera Menikam, daunnya Putera Mengajak dan buah limau Putera Kehilangan Anak Panah. Terdapat juga kepercayaan bahawa limau berasal daripada air mata Rasulullah dikalangan masyarakat Melayu terdahulu.

Disamping daun dan buah limau terdapat banyak lagi daun-daun lain bagi tujuan perubatan serta beberapa upacara adat istiadat. Pokok Tualang atau Sialang dipercayai menjadi tempat tinggal makhluk halus atau hantu apabila terdapat lubang pada pokok tersebut. Pokok Durian pula dahulunya dilakukan upacara yang digelar menyemah durian bagi tujuan melebatkannya berbuah dan khidmat pawang digunakan dalam upacara tersebut. Pembakaran kemian dan taburan beras digunakan dalam upacara yang diketuai oleh seorang pawang yang menggunakan beliong sambil menakik pokok durian itu dan akan membaca mentera "Sekarang engkau mahu berbuah atau tidak kalau tidak aku tebang kau" dan rakan pawang akan membalas jawab bagi pihak pokok tersebut dengan ucapan "Ya lah sekarang aku nak berbuah aku minta jangan ditebang".

Peranan beberapa jenis daun turut dipercayai dapat mendatangkan tuah atau untung seperti:-

Daun Sambau Dara

Daun Sambau Dara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MISTIK TERAS KAYUWhere stories live. Discover now