page : 1

9 0 0
                                    

kau tak penat ke beria ? tak penat ke sentiasa ada untuk dia ? dia tak hargai kau pun. dia datang bila perlu lepastu pergi bila dah puas meluah. kau kena sedarlah yang kau tu rumah singgah dia. sampai bila kau nak biar dipergunakan macam itu sahaja. hati kau dah sakit. mental kau dah penat. biar sahaja dia tahu akan kehilangan yang dia alami selepas pemergian kau. kau bukan cikgu kaunseling nak tolong dia dengan masalah dia sepanjang masa. kau pun ada masalah sendiri nak kena fikir. kalau dia sibuk kejar orang lain bila kau dah ada untuk dia baik kau lupakan sahaja dia.

memang kau cakap apa yang aku tulis ini nampak mudah tapi sebenarnya susah. tapi kau kena tahu yang ada atau tiadanya dia dalam hidup kau, bumi akan tetap berputar. kalau betulah dia memang untuk kau. cukup masa dia akan datang balik. bukan kau beria balas pesanan dia, pinjamkan bahu untuk dia bersandar, dengar luahan dia semata. dia kena sedar juga yang kau pun penat nak tolong dia setiap masa. apa guna kau tolong dia tapi dia tak hargai kau.

-Rix

Untitled : HeartbreaksWhere stories live. Discover now