☆ BAB 1 ☆

226 39 4
                                    

Sewaktu di sekolah menengah ramai perempuan yang cuba memikat Tengku Harraz tetapi tidak seorang pun yang dia tertarik kerana ciri-ciri perempuan yg dia inginkan sangat luar biasa atau dipanggil limited edition.

Dan sampailah dia sambung belajar di Universiti Teknologi Malaysia, dia mula tertarik dengan seorang mahasiswi baru yang bernama Puteri Sarah binti Abdullah. Dia seorang yang sangat peramah dan berbudi bahasa. Namun dia mempunyai kehidupan yang sederhana dan mempunyai ramai adik beradiknya.

Hidupnya seperti di syurga yang dikelilingi dengan orang yang tersayang dan melayani dia dengan baik.

Orang dahulu berkata "berbuat baiklah supaya tiada rasa dendam dan jangan pernah mengharapkan apa-apa balasan dariada mereka."

Itulah kata-kata orang terdahulu sampai tersentuh hatinya untuk melakukan kebaikan demi keredhaan Allah.

Pesan ayahnya dahulu "setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."

Puteri menasihati kawan-kawannya dengan muka yang merindui kepada arwah ayahnya itu. Namun kata-kata yang diungkapkan itu mempunyai makna yang tersendiri.

Puteri Sarah berada di kelas sebelah dan sebaris dengan kelas Tengku Harraz.

Puteri Sarah sangat lemah lembut dan pandai menjaga percakapannya apabila bergaul dengan kawan-kawannya.

Sifatnya suka menghulurkan bantuan seperti "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" walau apa jua keadaan yang di hadapi bersama.

Inilah kisah Puteri Sarah...

Dia merupakan anak yang pertama daripada 7 orang adik beradik.

Tanggungjawab Puteri Sarah sebagai anak sulung sangat besar apabila dia tidak mempunyai ayah. Manakala adik beradiknya pula semua masih kecil di bawah lingkungan 18 tahun. Mana mungkin dia mahukan adik-beradiknya membantu untuk menyara keluarga mereka sampai terabai dengan pelajaran. Ayahnya
sudah lama meninggal dunia kerana sakit tua. Allah lebih sayangkan ayah mereka dan inilah peluang yang diberikan kepada Puteri Sarah untuk terus hidup demi sara adik-beradiknya.

Ternyata dia merupakan anak ayah yang selalu ditemani olehnya saat dia sedih dan gembira tetapi sejak ayahnya meninggal dunia dia redha dengan segala ujian yang dihadapi nya.

Tetapi ibunya masih hidup cuma dia melarikan diri kerana lelaki itu kaya dan ibunya sangat mencintai lelaki itu dan sanggup meninggalkan mereka dengan keadaan ayahnya yang sakit. Kehidupannya tidak mampu menanggung kesusahan jadi sebab itulah ibunya tinggalkan mereka.

Walaupun sebegitu, dia dihargai dengan kawan-kawan yang saling memahami antara satu sama lain dan sudah menganggap mereka sebahagian dari keluarganya.

Hebatnya Puteri Sarah walaupun ujian yang diberikan itu sangat sukar tetapi kekuatan yang dia ada membuatkan dia terus hidup di dunia ini.

Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.

Setelah beberapa bulan, nasibnya bertemu dengan Tengku Harraz yang merupakan anak orang kaya dan cemerlang dalam semua mata pelajaran. Dia ingin mengubah nasib Puteri Sarah walaupun dia baru sahaja berkenalan dengan Puteri Sarah. Dia melakukan seperti itu kerana dia sudah mula jatuh hati pada Puteri Sarah walaupun dia tidak tahu lagi asal-usul kehidupannya.

Pada hari pertama Puteri Sarah berpindah dan sebelum bermulanya kelas mereka bersembang bersama kawan-kawan baru di univerisiti itu.

Sambil-sambil itu Puteri Sarah menceritakan tentang kehidupannya.

Nasihat Puteri kepada kawan-kawannya "selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"

Apabila ayat itu diungkapkan nasihat kepada kawannya mereka mula sedar dan terharu kepada Puteri.

"Wahhh, hebatnya kata-kata awak tu Puteri!" Balas kawannya dengan terharu.

"Eh, tak de lah biasa-biasa je ayat saya tu lagipun ayah saya yang banyak ajar saya erti kehidupan kami yang sebenarnya walaupun serba kekurangan."

"Kalau saya jadi awak, Puteri
saya rasa tak kuat dan tak mampu bertahan dengan segala ujian yang saya hadapi." Ucap kawannya itu berbangga kepada Puteri Sarah. Sebab ujian yang dia berikan kepada kita kadang-kadang sukar untuk kita tetapi kita perlu tabah dan kuat untuk menerima ujian itu.

"Jangan begitu kawanku, kita patut bersyukur kerana kita diuji dengan Allah sebab dia ingin melihat sejauh mana kita mampu bertahan dan sejauh mana kekuatan kita untuk menerima ujian yang diberikan dan itulah tanda-tanda yang dia sayang pada kita." Jawab Puteri yang lembut itu sambil menasihati kawannya.

PUTERI SARAH MILIK HARRAZ | SUWhere stories live. Discover now