Pyre Sang Naga Pemberani

7 2 2
                                    

Perjalanan menuju Zgelisment mengambil masa lebih kurang 2 jam dari kotaraya Icynia, kali ini Sora ke gedung ilmu itu dengan hajat yang begitu besar. Mendapatkan artifak Pyre sang naga pemberani. Di mindanya terimbas memori perbincanganya dengan Raja Ariff

“Seandainya mereka berjaya mendapatkan ketiga permata itu dunia akan jatuh ke dalam kegelapan, apa yang anakanda patut buat ayahanda?” Sora meneliti setiap baris dari buku rahsia keluarga Nurgaya. Manakala sang ayah pula memerhatikan Sora ralit membaca buku tersebut.

“Mungkin jawapan bukan di sini tetapi di khutub khanah rahsia keluarga kita Zgelisment, segala catatan kuno bagaimana keluarga kita mendapat namanya akan kamu ketahui, juga rahsia Pyre naga keberanian.” Raja Ariff menunjukan lambang sang naga pada jata diraja

“Adakah anakanda akan perlu memanggilnya? Secara jujurnya ini hanya tentang artifak berkuasa yang jatuh ke tangan yang salah.” Sora cuba bersikap selamba, namun apabila bertemu pandang dengan Raja Ariff membuatnya terdiam.

“Kalau ia semudah itu tak akan terjadi perang antara puak yang hampir memusnahkan negara kita dan dimensi kita Nana Nurgaya!” Raja Ariff menumbuk meja. Sora menghela nafas barulah dia sedar bertapa seriusnya perkara yang sedang berlaku.” 

‘Kalau benarlah kata kata ayahanda maka ini bukan lagi tentang hajat. Ini adalah permulaan kepada peperangan. Mampukah aku melindungi rakyatku.” kalung Daimindarer diusap seketika. D-runner terus mengaum ke tempat yang dituju. Setibanya di suatu simpang tiba tiba tanah di bawahnya bergegar dan ianya membuat Sora jatuh ke dalam bersama d-runner miliknya

‘Woahhh!!!” Sora tertiarap mukanya dipenuhi lumpur, dia bingkas bangun namun tiba tiba dia terdengar bunyi yang menderam yang agak menakutkan.

“Siapa yang berani menganggu tidurku! Nyatakan hajatmu atau menjadi santapan ku.” kedengaran suara dan deruan angin kuat disekeliling Sora.

“Saya Nurhasnah Ariff Nurgaya, berhajat untuk mencari artifak Pyre Sang Naga Pemberani!” Sora bersuara melawan ketakutanya. Matanya meliar mencari di manakah gerangan suara itu muncul.

“Ada apa dengan artifak itu, kenapa kamu mencarinya?” Suara itu bertanya

“Icynia dalam bahaya, ada musuh dari dunia lain ingin memulakan peperangan antara dua dunia. Saya fikir saya boleh melakukanya seorang diri tanpa perlukan bantuan, tapi ternyata saya gagal.” Sora melutut mengakui kegagalanya

“Pelajaran pertama sebagai pahlawan, tahu bila masanya kamu perlukan bantuan dari sekutu demi menyelamatkan semua orang. Keegoan tak akan dapat selesaikan masalah.” suara itu menjawab

“Saya cuma tak nak kehilangan sesiapa lagi, Aira mati disebabkan kecuaian saya. Kerana saya juga seseorang kehilangan cinta hatinya. Semua yang terjadi kerana saya tuan.” airmata Sora tumpah

“Hidup dan mati itu saling melengkapi, saya yakin Aira juga mengetahui hakikat itu, tapi kamu tahu kenapa dia memilih mengorbankan dirinya?”

Sora tersentak, suara itu seakan mengetahui penyebabnya, dia terus duduk menghadap suara iti

“Aira melakukanya kerana kasihnya pada kamu, dia terhutang budi ketika semua menjauhinya kamu sahaja menghulur salam persahabatan dan kasih sayang pada dia, malahan kamu sendiri tunjukan ciri ciri seorang pemimpin pada ahli pasukan Tsubasa. Saya yakin kalau kamu mampu memaafkan diri kamu, segalanya mungkin.” lembaga misteri tadi menampakan dirinya yang sebenar, sayap emasnya dikibarkan 

“Pyre sang naga pemberani?” Sora hampir kehilangan kata dan naga itu mengangguk.

“Walaupun saya hidup dalam gua tapi saya ikuti perkembangan kamu Nana, tak salah kalau saya katakan kamu yang akan mewarisi takhta sebagai Ratu ke 26 negara Icynia.” 

“Saya? Tapi saya rasa saya masih belum layak lagi.” 

Pyre berjalan di hadapan Sora menuju ke luar, Sora mengikut sang naga pemberani dan di hadapan mereka kelihatan kutub khanah rahsia keluarga Nurgaya.

“Saya telah menjaga kutub khanah ini beratus tahun lamanya,dan saya tahu jika seseorang itu layak sebagai pemerintah Icynia yang seterusnya. Kini kamu sendiri menemui saya dengan kerendahan hati kamu serta semangatmu yang membara.”

Sora tertunduk wajahnya mendengar pujian sang naga.

“Hulurkan tanganmu Nana..” Pyre menghembuskan api dan terjelma satu pedang yang ditempa dari besi naga paling utuh.

“Pedang apa ni?” Sora lihat pedang itu buatanya sangat kemas dan memukau 

“Ini adalah pedang yang digunakan pahlawan penunggang naga gelaranya Dragoz.” Pyre bersuara

“Tuan rasa saya Dragoz seterusnya?”

DreamWhere stories live. Discover now