Idola

6 1 0
                                    

Rica Hasywyra?” Sora mengulangi pertanyaanya. Rica tertawa seraya memeluk Sora erat.

“Itu masa konsert aja, kalau dengan keluarga panggil aja Camelia nee san.” Rica menjentik dahi Sora, suatu trademark bagi keluarga Nurgaya bila bertemu ahli keluarga.

“Wuuu benjol la kita macam ni, nee san bila sampai ke Icynia.”

“Laa Kar tak cakap eh? Akak ada kat sini dah dua hari untuk photoshoot dan penggambaran muzik video Azalea yang terbaru. Kar cakap kamu dah balik jadi here i am.” Rica menjelaskan sambil Sora terangguk faham.

“Akhirnya, Camelia Heartessa kembali. Apa sebenarnya yang terjadi pada hari itu akak?”

Rica menghela nafas, mengingati hari malang itu buat hatinya sakit, namun demi Karina dia sanggup korbankan segalanya. Rica mengukir senyum.

“Apa yang terjadi pada hari tu ya? Biarlah rahsia.” Rica membuat aksi trademark miliknya sebagai idol, Karina dan Sora hanya mampu pengsan gaya anime

“Rahsia lagi, adui masak nee san tercinta ni.” 

Sora tertawa, ternyata kehadiran semula sepupu tertua di sebelah ibunya sedikit sebanyak mengubat hatinya.

“Akak dengar pasukan Tsubasa hebat juga, membantu orang di sana sini mana tahu suatu hari nanti kita boleh berkerjasama. Bayangkan Tsubasa dan Azalea berganding bahu membantu insan lain yang ditimpa musibah.” Rica bersuara, membuat Sora dan Karina terinspirasi dari kisah kumpulan Azalea, mereka bukan sahaja idola malahan pembantu masyarakat yang sentiasa memerlukan bantuan.

“Ianya adalah penghormatan kalau Azalea ingin berkerjasama dengan kami.” Sora tunduk hormat, namun tiba tiba wristband Sora bercahaya. Alat penjejak yang dia tanamkan pada Elnora bereaksi dengan kuat.

“Elnora di sini tapi kenapa?” Sora mulai berfikir sehinggalah dia terpandang pendant Rica dan Karina.

“Ada apa Sora? Ada sesuatu menganggu kamu?” Rica lihat Sora yang gelisah secara tiba tiba.

“Nee san, itu pendant Mawar Maria kan?” Karina menyampuk sebelum sempat Sora bertanya membuatkan sang gadis memutar bebola matanya.

Rica tertawa melihat gelagat sang adik dan sepupunya, namun dia juga merasakan gelisah di hati Sora

“Kalau kamu berfikir tentangnya ya ini pendant yang terhasil dari Kristal Mawar Maria, adakah akak dalam bahaya Nana?” kali ini Rica menggunakan nama panggilan Sora iaitu Nana. 

“I cant lie to you Nee san, memang akak dan Kar dalam bahaya. Ada seorang wanita bernama Elnora Cassavia yang memburu kalung yang nee san dan Sora pakai. Bila Mawar Maria, Kristal Aurora dan Daimondarer di satukan ia boleh membuka ruang masa dan sejarah mungkin diubah” Sora bersuara dengan wajah yang tegang

Rica berfikir seketika

“Biarkan dia datang pada kita, kalau dia nak menjual,kita pun sanggup membeli.” Rica membuat keputusan.

“Ini akan jadi pertarungan epik.” Karina menyokong. Sora cuma mampu menepuk dahi.

“Kenapalah aku dapat saudara terlebih berani ni.”

“Sebab my nee san sangat pahlawan orangnya,takat Elnora tu celah gigi je.” Karina bersuara penuh keyakinan.








DreamWhere stories live. Discover now