[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑾𝒐𝒓𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒚𝒔 𝒏 𝑺𝒖𝒔𝒑𝒊𝒄𝒊𝒐𝒏𝒔

Începe de la început
                                    

"Oh yang tu.. tak silap saya.. Faris, puan Naira."

Aku terdiam sebentar. Faris? Faris yang selesaikan kes itu? Sampai sekarang aku tidak faham kenapa Faris tidak bekerja di syarikat perniagaan bapanya sendiri malah bekerja sebagai peguam biasa di sini. Dan dia tidak sangka, Faris cemerlang menyelesaikan kes-kes ini. Oh, untuk pengumuman, staf-staf Naira yang lain tidak tahu tentang latar belakang Faris. Hanya dia saja tau hal ini.

Naira memandang Farah di hadapannya.

"Mana Faris sekarang? Dia ada?"

"Dia kat mahkamah. Sekejap lagi dia balik, puan. Oh puan nak tahu sesuatu tak?" Senyum Farah sambil memandang kiri dan kanan seakan tidak mahu orang lain tahu apa yang ingin dia katakan. Bukan ke dua orang saja di bilik ini? Farah.. Farah..

"Apa dia tu Farah?"

Farah mendekatkan dirinya pada Naira dan membisikkan ke telinga Naira.

Mata Naira terbuntang luas dengan riak wajah terkejut.

"Serius ke Farah?"

"Serius puan. Saya ada dengar tadi."

Bagi Naira, apa yang selalu disampaikan Farah memang selalu benar. Dia bergosip pun semua maklumat benar, entah dari siapa dia dapat tahu, tak tahu lah.

"Ok terima kasih Farah. Awak boleh sambung kerja," kata Naira. Farah mengundurkan diri dan keluar menutup pintu.

Naira masih ligat berfikir kata-kata Farah di telinganya tadi.

"Saya dengar Faris banyak kali ditawarkan untuk bekerja di firma guaman terkenal. Gajinya lebih tinggi daripada puan. Tapi, dia selalu menolak tawaran tu."

Jika Faris ditawarkan jawatan oleh mana-mana firma. Mengapa dia menolak tawaran itu? Bagi Naira, jika sudah ada jawatan dan gaji yang lumayan sudah tentu dia akan terima. Tetapi dia hairan, mengapa Faris menolaknya.

Maksudnya, potensi Faris melebihi dia sendiri. Faris boleh saja mendapat kedudukan jawatan lebih tinggi dari dia. Naira tidak sangka, dia mempunyai pekerja yang bijak dan professional. Dia tersenyum. Eh, kejap. Dia suka sebab kerja saja. Bukan sebab lain. Okay.






Faris memasuki pejabat dengan langkah yang penat. Dia mendekati meja kerjanya dan terus melabuhkan punggung. Dia menyandarkan tubuh dengan kepala terdongak. Keluhan dilepaskan.

Hari yang memenatkan baginya.

Tetapi bila difikirkan lepas ini, dia perlu beri keputusan kes tadi pada Puan Naira. Ah, dia tersenyum sendirian.

Kepala dikalih ke kanan. Terkejut. Farah sudah lama merenungnya dari tadi.

"Aduh Farah.. apahal kau tenung aku macam tu. Terkejut tau tak," Faris mengurut-urut dadanya. Nasib dia tiada penyakit jantung.

Farah tersengih.

"Fikir pasal apa? Boy- eh girlfriend eh?" Tersasul pula lidah Farah menyebut.

"Sibuk je." Faris menjelirkan lidah pada Farah. Farah menyengih nakal. Kang dia goda Faris baru tau. Wajah dah hensem cuma tu lah. Orang biasa. Farah mahu orang berada kalau Faris terima tawaran tu mungkin dia akan goda Faris. Hehe..

Farah melihat Faris ingin melelapkan diri. Bibir farah menyenget nakal. Dia mahu kenakan Faris.

"Faris."

Kelihatan Faris tidak melayaninya.

"Oi Faris!"

"Apa?"

"Puan Naira panggil kau tadi. Tapi kau takde."

Tubuh faris terus menegak. Dia memandang Farah.

"Kau cakap apa tadi? Puan Naira panggil aku?"

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum