" Okay cik boleh tunggu kejap. Dokter Fareez akan masuk sekejap lagi ya. " Aku angguk.

Bila bunyi pintu dibuka aku menoleh membuntang mataku seketika. Matanya juga tidak bergerak dari memandangku. Jj..jj

" Ya, cik biar saya periksa keadaan cik dulu ya. " Dokter Fareez hanya beriak biasa.

" Keadaan cik nampak sedikit stabil. Jadi kita akan melihat perkembangan kestabilan esok untuk tentukan cik boleh discharge esok atau luse. " Dokter Fareez mula menerangkan.

" Dokter Fareez! " Aku mendengar namanya dilaung oleh jururawat.

" Dokter ada panggilan." Aku melihat dia terus melangkah keluar dari situ. Aku masih terasa keliru. Fareez? How?

" Fasya! " Rashwah bersuara.

" Ya cik. " Aku bertanya.

" Panggil saya Rashwah je. " Dia senyum.

" Ba..baik Ra.. Rashwah. " Aku akur.

" Awak kena lari dari rumah kami Fasya. " Mengeras badanku bila kalimat itu diungkapkan oleh Rashwah.

" Apa yang Rashwah cakap ni. Saya tak faham. " Aku bertanya.

" Fasya you need to run from this hell. Awak layak hidup bahagia bukan bersama abang saya. Lagipun..." Klak! Serentak aku dan Rashwah menoleh.

" Fasya! " Dokter yang baru sebentar tadi keluar kini masuk semula.

" Fasya awak kenal dokter ni ke? " Rashwah keliru dengan cara mereka berpandangan mata.

" She's my future wife. " Tenang dokter Fareez menjawab tanpa menunggu balasan dari Fasya. Rashwah terus memandangku.

" Apa awak merepek ni Jian Hong. " Aku membantah. Terasa pahit bila diri masih berikatan dengan lelaki lain dan bukannya dia.

" Fasya, jadi dia kekasih awak ke? " Rashwah bertanya. Aku angguk.

" Tetapi kini kami tak boleh berkahwin. Saya isteri orang. " Aku memandang ke arahnya

" No Fasya, awak boleh kahwin dengan dia. " Bersungguh-sungguh Rashwah bersuara.

" Hah? " Serentak aku dan Jian Hong bertanya.

" Perkara yang berlaku di Jabatan Agama Islam hanyalah lakonan semata-mata untuk jadikan awak hamba mereka. Perkahwinan yang berlangsung enam bulan yang lalu itu merupakan perkahwinan tidak sah taraf. Rukun nikah tak menepati pun. Awak masih berstatus bujang Fasya. " Aku masih blur. Benarkah? Aku dan Jian Hong saling berpandangan.

" Saya lah sebenarnya orang yang selalu membantu awak di rumah kami senyap- senyap. Saya pun perempuan juga. Saya dapat rasa jika saya di tempat awak. " -Rashwah

" Macam mana ni semua possible? " Aku kaku. Bagaimana perkahwinan yang diyakini sah itu dikata tidak sah sekarang ini. Dan Rashwah lah yang selama ini membantuku.

" Rukun nikah perlu ada wali. Syarat utama wali ialah Islam. Dan wali yang berlakon hari itu bukan orang Islam. Mereka semua hanya berlakon kerana diupah oleh mummy saya. " Rashwah tunduk kesal.

Kepala terasa berdenyut. Bila badan terasa mahu rebah badanku dengan pantas ditangkap oleh Si dia. Jelas dapat kulihat senyuman dan kerisauan gabung dimatanya.

" Fasaa are you okay? " Jian Hong bertanya kerisauan. Aku senyum tawar.

" Fasya! " seru Rashwah.

" Awak perlu lari dari Rayyan dan mummy saya. Keselamatan awak akan terancam sampai bila-bila jika awak masih duduk dengan kami. Awak kena lari. " - Rashwah

" Apa salah saya buat, Rashwah. Kenapa mereka sanggup dera saya macam ni. " Sungguh ini yang ingin ku tahu. Apa yang membuatkan mereka sebenci ini kepadaku.

" Fasya ingat orang yang bernama Rashid? " Aku mula berfikir. Siapa Rashid?

" Saya masih ingat meh. Rashid adalah lelaki mabuk yang sentiasa akan datang menganggu wanita di tempat awam. Suatu hari uncle Ali tampar dia di khalayak sehingga perkara itu hampir viral di seluruh Malaysia. Akibat tidak tahan malu lelaki tersebut lari ke luar negara." - Jian Hong

" And lelaki itu ialah Rayyan. Selepas tiga tahun Rashid datang semula dengan identiti yang baharu sebagai Rayyan" - Rashwah

" Company famili kami merosot tiga tahun yang lalu. Katanya terdapat duit haram di syarikat kami. Mummy dan daddy terpaksa tahan malu kerana itulah hakikatnya. Dan orang yang mengeluarkan statement itu ialah ayah awak dan kawan dia. "

Aku dan Jian Hong kini mengerti semua putaran dunia yang telah berlaku. Apa yang terjadi bukanlah sebuah kemalangan disebaliknya ia adalah pembunuhan yang dirancang oleh Datin Mushrifa dan sekeluarga.

Cinta Jendela Kde žijí příběhy. Začni objevovat