𝑏𝑎𝑏 13

106 20 5
                                    

Seawal jam 7 pagi lagi Inayah sudah terpacak di hadapan tadika tempatnya mengajar. Dia naik bas awal pagi tadi, rela Inayah berjalan kaki lebih kurang 5 minit dari rumah banglo datin Suliza dan dato Faruq ke pondok bas. Tanpa sempat bersarapan pun. Hatinya masih lagi tak tenteram dengan apa yang sudah berlaku semalam di hadapan matanya.

Inayah menhela nafas. Awal pagi macam ni, sesiapa pun belum ada lagi taska, pintu pun masih berkunci. Dari jauh terlihat sebuah kereta berwarna merah jambu meluncur masuk ke perkarangan tadika. Inayah mengeratkan pegangan nya pada tote bag miliknya. Itu kereta kak Idah.

Selesai kak Idah meletakkan kereta. Bergegas kak Idah keluar mendapatkan Inayah yang tercegat macam tiang bendera di hadapan pintu masuk itu. Mengeleng kak Idah di buatnya seraya mencari kunci di dalam hand bag. Lalu pintu dibuka.

"Dah lama ke Inayah tunggu kat depan pintu itu?"

"Tak adalah lama sangat, adalah lebih kurang 30 minit.."

Inayah cuba senyum sambil meletakkan barang-barang milik nya ke dalam loker yang sudah dikhaskan untuk staff.

"Awal sangat Inayah datang ni.. Baru pukul 7 lebih.. Bukan selalu Inayah datang pukul 8 ke?"

Tanya kak Idah sambil membetulkan tudung di kepala. Kak Idah tinggal dekat dengan tadika ini, jalan kaki pun boleh sampai dari tempat kak Idah menyewa. Cuma dia selalu bawa kereta, dah beli kan. Takkan nak biar je tersadai depan rumah enjin tak pernah nak hidup.

"Tadi Inayah naik bas.."

"Naik bas? Sarah tak hantar?"

Membulat mata kak Idah mendengarnya. Bukan main rajin anak dara sorang ni naik bas awal-awal. Tapi kalau tak naik bas awal-awal, karang bas trip ke dua pukul 10 dah, lambat.

Mendengar nama Sarah dipetik. Senyuman Inayah memudar.

"Inayah yang tak nak Sarah hantar."

"Inayah gaduh dengan Sarah ke?"

Sisi ingin tahun kak Idah semakin meloncat-loncat. Walaupun baru berapa bulan kenal dengan Inayah, kak Idah dah rasa selesa sangat, macam dah lama kenal. Inayah pun baik budaknya, sopan santun. Manis, cantik pula tu.

"Tak adalah kak Idah.. " Nafi Inayah. Tak mahu memanjangkan lagi cerita. Kalau dia cerita dekat kak Idah pun, mahu terkeluar biji mata kak Idah mendengar nanti. Lebih baik dia simpan sajalah sorang-sorang, lagipun not everything we have to share with people. Something better left unsaid, omputih kata.

"Betul ke ni tak ada?"

"Ya.."

"Ish.. Tak percaya la akak."

Inayah senyum nipis.

"Lagipun minggu ni kan last kerja, bulan depan dah cuti, nanti Sarah juga yang kena hantar Inayah pergi station bas nak balik ke kampung.. Sebab tu Inayah tak nak susahkan Sarah dah, nanti nak cuti lama kan.."

Tambah Inayah. Ya, dia memang tak nak susahkan Sarah dah. Kalau boleh lepas ni biarlah dia buat semua sorang-sorang saja. Sarah pun nanti nak ada life dia sendiri, cepat atau lambat Inayah kena belajar berdikari.

Kak Idah seakan termakan dengan kata-kata Inayah itu. Perlahan dia menganggukan kepala.

"Ya tak ya juga.. Pejam celik pejam celik dah nak masuk cuti pertengahan tahun. Dua bulan pulak tu cuti kita, lama benor.. Ni Inayah memang plan nak duduk kampung je lah sepanjang cuti ni nanti?"

Inayah angguk. Dia nak duduk kampung, nak teman atok dengan nenek.

"Ya. Dah rindu sangat dengan atok dan nenek."

Kak Idah senyum melihat Inayah. Haih, sejuk mata tengok nya. Beruntung betul siapa dapat memperisterikan wanita soleha macam Inayah ni.

***

Terbatuk. Fatih mencapai gelas kaca berisi air putih di atas meja nya. Merah pucuk hidung nya, boleh pula tiba-tiba terbatuk, dah kenapa? Tak ada angin tak ada ribut pun.

"Eh doktor okay ke ni?"

Katrina menyoal terkejut. Punyalah syok dia tengah explain schedule doktor Fatih tadi, boleh pula doktor Fatih mengelamun sampai terbatuk. Ada orang mengumpat doktor hensem ni agaknya kan? Fikir hati Katrina.

"Saya okay.. Saya okay.."

Fatih berdehem. Membetulkan duduk nya. Rambut nya yang jatuh ke dahi di sikat ke belakang. Kaca mata yang melorot di batang hidung nya yang mancung di tolak naik menggunakan hujung jari.

"Nak air lagi tak? Kalau tak saya tolong ambilkan doktor."

Tanya Katrina.

Fatih mengeleng sambil tersenyum kekok. Jam di pergelangan tangan nya di belek sekilas. Dah pukul 5 lebih rupanya.

"Katrina. Hari ini tak ada appointment lain kan?"

"Tak ada doktor."

"Saya boleh balik awal tak hari ni?"

"Eh?" Katrina memandang doktor Fatih lama tak berkelip. Balik awal katanya? Bukan selalu doktor Fatih ke yang tak nak balik walaupun semua nurse dah bertukar ke shift malam. Lampu bilik kerja doktor Fatih adalah yang paling lambat sekali terpadam walaupun dia tak ada shift malam, doktor Fatih tetap munculkan diri di hospital. Dah macam vampire kata orang.

"Kenapa?"

Fatih angkat sebelah kening.

Katrina senyum teragak-agak. Agak-agak kalau aku cakap macam tu boleh spoil mood doktor Fatih tak?

"Tak ada apa-apa. Kalau doktor nak balik, doktor balik lah.. Kalau ada apa-apa urgent nanti kitaorang call je."

"Okay. Thanks Katrina."

"Sama-sama doktor."

Katrina bangun dari kerusi lantas bergegas pergi dari bilik doktor Fatih. Macam-macam benda bermain-main dalam fikiran nya, desas-desus yang tengah top dalam hospital ni sekarang adalah tentang doktor Fatih yang katanya nak kahwin, betul ke? Tadi nak balik awal tu macam ya je.. Nak jumpa girlfriend dia ke?

Hampir-hampir Katrina terlanggar dengan seseorang yang sedang menolak meja keluar dari wad. Mengucap panjang Katrina di buatnya. Laju dia meminta maaf. Gila. Tengah fikir pasal doktor Fatih, hampir-hampir nak terlanggar orang.

***

"Eh tu kereta yang pernah hantar Inayah pergi kerja haritu.. Kan?"

Baru sahaja kak Idah hendak menghidupkan enjin keretanya. Sebuah kereta meluncur masuk entah dari mana dan betul-betul berhenti di sebelah kereta kak Idah, membuatkan Inayah yang duduk di sebelah melihat ke arah kak Idah lambat-lambat.

Apa pula dia buat kat sini?

[OG] FATIH INAYAHWhere stories live. Discover now