"Zaman sekarang dah maju. Boleh aje dia orang on call, facetime," Respon Kamal. Laju mereka mengangguk setuju. Benar kata lelaki itu. Bekerja bukanlah satu masalah dalam hubungan.

"Haha," Rakan mereka ketawa palsu.

"Kapten Hazi tu telefon pun kadang-kadang sengaja tinggalkan di rumah. Dia tak nak ada gangguan ketika bekerja. Macam mana nak facetime dengan boyfriend?" Terus mereka terdiam. Apabila fikirkan semula, ada betulnya juga.

"Tak penat kumpul dosa?" Satu suara garau dari belakang menyentakkan mereka yang duduk dalam bulatan. Terhinjut bahu mereka dibuatnya.

"Kapten," Liur ditelan kesat. Bibir mengukir senyuman janggal.

"Kerja dah siap? Banyak betul masa kamu semua atas kapal ni," Lirikan lelaki itu beralih ke sampah sarap dan pinggan mangkuk yang masih kelihatan di tempat penumpang. Kerdipan mata itu tajam bak pisau.

Cepat-cepat mereka berpecah, sambung kerja yang tertunggak akibat gosip hangat kapten mereka.

Benar, mereka takutkan kepada satu satunya, Kapten Hazi Marilyn. Tetapi, gandingan bersama seorang lagi kapten yang kacak tetapi tegas seperti Komander membuat semua anak kapal kecut perut. Tambahan pula jika angin mereka berdua tidak baik.

Dia, Kapten Kyle Hayes.

Kapten Kyle dan Kapten Hazi merupakan rakan sekelas ketika zaman persekolahan mereka. Cukup rapat untuk minum kopi di meja yang sama. Cumanya, sejak kebelakangan ini lelaki itu menjadi semakin dingin. Semuanya bermula apabila berita tentang kisah percintaan Hazi menjadi buah mulut rakan setugas.

"No one knew Zee better than me," Sebelah tangan menarik sama bagasi. Tali leher dilonggarkan. Pandangan dilempar jauh. Ini semua karut.

≪•◦ ❈ ◦•≫

Tangan mengigil hebat. Tatapan dari para tetamu mengugupkan jantungnya. Audrey menggengam buku lima. Cuba sedaya upaya menyingkirkan rasa gugup di dada. Sesekali mata meliau-liau ke arah orang ramai. Mata menantikan seseorang yang tidak pasti.

"Takut sangat kamu ni," Tertawa ibu mentuanya melihat Audrey yang masih mengigil sedangkan dia dan Athan akan menjadi suami isteri yang sah tidak lama lagi.

"Eh, tak adalah," Audrey tersenyum janggal. Liur ditelan kesat. Tenang Audrey, tenang. Tarik nafas, hembus...

Athan di hadapan Tok Kadi mencuri pandang bakal isterinya. Jelas dari raut wajah wanita itu dia ingin menghamburkan tangisan namun dikawal sebaik-baiknya. Bukan kerana takut, sebaliknya kecewa kerana Hazi tidak menghadirkan diri.

"Zayn," Athan memanggil Zayn di belakangnya. Lelaki yang memakai baju melayu lengkap itu datang rapat.

"Kau tolong call Hazi boleh? Aku tak rasa Audrey boleh lalui harini tanpa Hazi." Pinta Athan mula berasa risau tentang keadaan Audrey. Dia cukup mengenali bakal isterinya itu. Apa yang dia perlukan hanyalah Hazi Marilyn. Dia boleh kehilangan semua rakan-rakannya tetapi bukan Hazi.

"Aku dah cuba, tapi dia tak angkat." Berkali-kali Zayn cuba menghubungi Hazi. Athan mendecik kesal. Tangan naik memicit pelapis dahi. Tidak lama, Athan mengangkat wajahnya kembali. Mata mereka bertembung.

"Kau pergi HQ!" Cadangan tidak masuk akal Athan membuat wajah Zayn berubah.

"Aku? Boleh, ke?" Zayn tidak yakin.

"Tak boleh...Kau bukan pekerja di sana. Kalau Dato' Hamidi tahu, habislah." Nada Athan semakin perlahan menyatakan itu dengan kecewa.

Zayn menghela nafas berat. Bagaimana caranya untuk menghubungi Hazi? 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲Where stories live. Discover now