06:Flashback

9 1 4
                                    


Flashback....

Jung-Ra pov...

"Jung-Ra.Aku nak kau buat kerja rumah ni ikut list tu.Kau tak payah pergi sekolah harini.Biar Jay dengan Jung-Ri ye pergi.Kau pergi pun tak ada guna jugak.Make sure kau siapkan kerja-kerja tu sebelum aku balik eh.Ingat!jangan sampai appa kau kantoikan kat appa kau tu." kata puan Hyerim a.k.a mak tiri kepada Jay,Jung-Ra dan Jung-Ri sambil menunjal kepala Jung-Ra.

Jung-Ra hanya mengangguk.Kemudian kelihatan Mr.park,Jay dan Jung-Ri turun dari tingkat atas bersiap-siap untuk sarapan.

"Jung-Ra??Kamu tak siap lagi ke nak pergi sekolah??" soal Mr.Park.Jung-Ra mengerling sebentar ke arah mrs.park dan mrs.park pun menjegilkan matanya supaya memberi alasan lain.

Belum sempat Jung-Ra ingin menjawab,mrs.park pun mencelah.

"Jung-Ra kata dia tak sihat.Tu tak siap-siap nak pergi tu.Alasan je tu,awak.Jangan kesiankan sangat dia ni.Padahal malas nak pergi tu.Tengok Jung-Ri haritu,pergi je sekolah walaupun tak sihat haritu.Mengada je lebih dia tu." kata mrs.Park.Jay dan Jung-Ri memandangnya dengan hairan.

Jung-Ri menghantar pandangan isyarat mata seolah-olah dia tahu Jung-Ra sedang berbohong.

"Betul la tu kata eomma.Jung-Ra minta maaf sebab hari ni tak sihat.Esok Jung-Ra pasti kan Jung-Ra sihat dan pergi ke sekolah seperti biasa.Maafkan Jung-Ra menyusahkan semua orang." kata Jung-Ra lalu menundukkan kepalanya dan memandang lantai jubin itu.

"Ye lah...lepas ni appa tak nak kamu saja-saja nak ponteng skolah.Kalau tak,Jung-Ra faham kan?." kata Mr.Park.Jung-Ra mengangguk kecil kerana dia tahu jika dia buat silap,Mr.Park akan menghukumnya.Hal ini,hanya dia seorang sahaja tahu kerana dia bijak merahsiakannya daripada kembarnya tapi tidak bagi Jay.Kerana Jay tahu Mr.Park menghukum Jung-Ra tapi dia tidak berani untuk menghalang.

Mr.Park merupakan seorang yang panas baran jikalau melibatkan hal-hal sekolah.Dahulu sebelum berkahwin dengan Mrs.Hyerim,dia seorang yang boleh mengawal barannya supaya tidak memukul anak-anaknya...tetapi selepas berkahwin dengan mrs.park Hyerim,dia tidak boleh kawal barannya.

Jay dan Jung-Ri pula adalah pelajar top student berbanding dengan Jung-Ra,dia hanya berbeza sikit daripada mereka.Jay dan Jung-Ri kedua-duanya aktif dalam bidang akademik dan kokurikulum manakala Jung-Ra hanya aktif bidang kokurikulum atau lebih dikenali dalam bidang pengurusan dan kemahiran.Tetapi akademiknya pun baik-baik sahaja.

Tetapi sejak peninggalan mendiang mak kandung mereka,Mrs.Jaera,akibat kemalangan semasa menyelamatkannya dan Jung-Ri,tetapi mrs.Jaera meninggal dan Jung-Ri cedera parah manakala dia hanyak cedera ringan tetapi akademiknya kurang baik kerana banyak tekanan yang dihadapi.Tambah pula mr.park berkahwin dengan mrs.Hyerim membuatkan dia mengalami tekanan perasaan.

Sejak dari itu,mr.park dan mrs.Hyerim asyik marah dan pukulnya jika dia buat salah.Jay hanya berdiam diri kerana dia tidak berani untuk masuk campur,manakala Jung-Ri tidak tahu bahawa kakak kembarnya itu menghadapi baran ayah mereka seorang diri.

Skip

Mrs.Hyerim pun kembali ke rumah setelah penat keluar bersama rakan-rakannya.

"Jung-Ra!! Ooo Jung-Ra!!" panggil Mrs.Hyerim.Jung-Ra pun segera pergi ke arah mrs.Hyerim.

"Kau dah siap dah buat list kerja-kerja yang aku bagi tu??" soal mrs.Hyerim.Jung-Ra hanya mengangguk.

"Okey.Bagus.Kau boleh rehat.But malam ni cam biasa eh,kau kene tolong sediakan makan malam dengan maid-maid tu eh...and one more things,ingat eh,jangan pecahkan mangkuk pinggan favourite aku.Kalau tak memang malam tu jugak aku halau kau dari rumah ni!" kata Mrs.Hyerim dengan dingin sambil tersenyum sinis.Jung-Ra hanya mengangguk faham dan dia tidak berani untuk membantah.Maid-maid yang berada disekitar itu pun rasa kesian dengan Jung-Ra kerana mrs.Hyerim terlalu memilih kasih sayang.

Skip

Waktu malam....

Jung-Ra ingin keluar dari bilik untuk tolong menyiapkan makan malam.Semasa dia ingin melangkah keluar dari bilik,Jung-Ri menyambar tangannya.Jung-Ra memandang kembarnya dengan hairan.

"Kenapa?" soal Jung-Ra."eonnie tipu kan pagi tadi?yang eonnie tak pergi sekolah?"soal Jung-Ri.Jung-Ra hanya mengeluh seketika.

"Kau takkan faham dan rasa macam mana yang aku rasa.Ye lah,kalau nak bandingkan aku dengan kau,aku ni bodoh je dalam pelajaran.Lain lah kau,bijak.Selalu appa puji kau.Buat salah pun appa nasihatkan.Lain la aku ni..." kata Jung-Ra sayu.Kalau boleh dia ingin menangis tetapi dia tidak mahu menunjukkannya di hadapan kembarnya itu.

"Siapa cakap kau bodoh dalam pelajaran??kita ni twins.Kalau aku bijak,kau pun bijak.Cuma kurang sikit je dengan aku.Tapi kau patut beruntung....kau seorang yang sihat...tapi aku..." kata Jung-Ri dengan perlahan diakhir ayatnya itu.

Jung-Ra memeluk kembarnya."Aku tahu,kehilangan eomma depan mata aku sendiri pun aku dah trauma apatah lagi kau.Kau pun haritu hampir-hampir dah.Kalau la kita tak pergi sana dulu,mesti benda ni takkan terjadi.Aku minta maaf kalau aku tak share masalah aku dengan kau,sebab aku tak nak kau makin sakit fikirkan aku ni.Aku nak kau sihat macam dulu.Itu je..."kata Jung-Ra dengan sayu sambil memeluk erat kembarnya itu.

"Aku kena turun bawah siap-siapkan makan malam.Nanti aku cerita masalah aku kat kau okey." kata Jung-Ra lalu dia turun ke bawah untuk menyediakan makan malam.





























TBC
















Hii...i'm back!!
Hope you guys love this chapter!
Don't forget to vote and comment😉😉



❝𝗘𝗡𝗖𝗛𝗔𝗡𝗧𝗘𝗗 𝗦𝟮❞⤳제이크 심⬿Where stories live. Discover now