04:New CEO?!

11 2 4
                                    


Keesokan harinya...

Jung-Ra pergi ke 'bakal' syarikatnya untuk menghadiri meeting berkaitan dengan perlantikkannya sebagai CEO baharu.
Kemudian,Heeseung mengiringinya ke bilik mesyuarat.

"Aku nervous la wehh.Dah lah first time." kata Jung-Ra .

"Kau relax je.Semuanya akan berjalan dengan lancar.Aku tolong kau nanti.Jangan risau okay." kata Heeseung sambil menenangkannya.Jung-Ra mengangguk.

Sampai sahaja di bilik mesyuarat,Jung-Ra pun mengambil tempatnya.Kemudian,mesyuarat itu pun bermula.

Skip

"Saya harap Korang semua boleh beri kerjasama apabila saya menjadi CEO nanti.Saya akan pastikan Syarikat ini akan terus berkembang,maju dan gemilang pada masa akan datang.Terima kasih." ucap Jung-Ra.

Semua pekerja dan rakan-rakan bisnes Encik Namjoon memberi tepukan yang gemuruh kepada Jung-Ra.

"Kami pun tak sabar untuk bekerjasama dengan Cik Jung-Ra untuk projek-projek akan datang." kata Encik Seokjin.Jung-Ra pun mengangguk.Mereka pun bersurai.

"Lepas ni,kau ada nak pergi mana-mana ke??" soal Heeseung.

"Lunch nanti kot aku nak keluar.Kau nak ikut sekali tak?Teman aku gi lunch?" soal Jung-Ra pula.Heeseung mengangguk.

"Aku okay je kalau kau ajak aku." kata Heeseung.

Skip

Ting!....ting!....ting!...

Unknown
Online

Jung-Ra
Ni aku,Sunghoon
Boleh kita jumpa sekejap?
Aku tak habis lagi nak cakap dengan kau.

Macam mana kau dapat no aku ni??
Tolong la Sunghoon.Aku tkde apa-apa nk cakap dengan kau la.
Kau tak faham bahasa eh,apa yang aku cakap hritu.

Please Jung-Ra.
Kali ni je aku minta.
Lain kali aku stop jumpa kau dah.
Aku ikut je apa yang kau nak.

Betul ni??
Kau janji tak nak kacau hidup aku lagi??
Okay.Aku jumpa kau kali ni...tpi dengan satu syarat

Okay
Tq...apa syaratnya??

Kau jangan bagitahu kat Jay dgn Jake pulak yang kau jumpa aku.
Boleh??

Kalau itu yang kau nak,aku ikut.
Boleh je...asalkan kau nk jumpa dengan aku pun aku bersyukur.

Okay.
Jumpa kau dekat tempat biasa

Ok

Selepas itu,Jung-Ra mematikan skrin telefonnya dan bersiap ke tempat biasa untuk bertemu dengan Sunghoon.

"Heeseung,aku nak pergi jumpa Sunghoon sekejap.Entah apa yang nak dibualkan lagi phn aku tak tahu la.Maybe sekejap je kot." kata Jung-Ra.

"Kau nak aku ikut teman kau tak??" soal Heeseung.

"Kau kan memang pembantu peribadi aku.Jom la ikut.Mana tahu jadi apa-apa ke." usik Jung-Ra.Heeseung ketawa perlahan.

"Yelah princess Jung-Ra." kata Heeseung.Mereka pun bergerak ke cafe favouritenya untuk bertemu dengan Sunghoon.

Di 123' cafe...

"Ada apa kau nak cakap dengan aku sangat ni." soal Jung-Ra.

"Aku minta maaf dulu kalau benda yang aku nak cakap ni,macam paksa kau tapi benda ni betul.Ayah kau rindu sangat kat kau." kata Sunghoon.

"Ceh,dah buang orang pastu nak kutip balik?Heh,tak heran la aku dengan orang tua tu.Dia dengan betina tu sama je lah!" kata Jung-Ra dengan nada dingin.

"Jung-Ra please...sampai bila kau nak macam ni??Sanggup betul kau nak putuskan hubungan kau dengan keluarga kau cam tu je." soal Sunghoon.

"Hoon,kau tu sepupu aku je.So,kau jangan nak menyibuk hal keluarga aku eh.Aku tahu kau cuba nak suruh aku berbaik-baik dengan diorang.Tpi sorry,aku takkan maafkan diorang even Jay skalipun.Dulu aku percaya sangat kat dia dengan kau pun.Tpi sorang pun tak pernah cari aku!Untuk apa aku percaya lagi kata-kata kau,Sunghoon??for what??Aku penat la...serabut aku tahu tak??!!" kata Jung-Ra dengan perasaan marah sambil menitiskan air matanya kerana paksaan Sunghoon itu untuk kembali pulang ke rumah keluarganya.

"Okay.Ikut suka hati kau la.Kau fikir la dulu.Kalau kau dah ubah fikiran kau,bagitahu la aku." kata Sunghoon dengan nada perlahan.Jung-Ra mengangguk.

"Aku nak bagitahu kau something ni.Pasal mendiang kembar kau,Jung-Ri." kata Sunghoon.Jung-Ra tidak menunjukkan reaksi kerana dia sudah tahu punca mendiang kembarnya meninggal.

"K...kau tak terkejut langsung ke pasal mendiang kembar kau tu?" soal Sunghoon.Jung-Ra hanya menggelengkan kepalanya.

"Aku dah lama tahu punca Jung-Ri meninggal.Aku menyesal tak munculkan diri di depan dia awal-awal.Nak menyesal pun tak guna dah.Kalau la aku ada waktu dia perlukan aku dulu.Mesti semua ni takkan terjadi." kata Jung-Ra sambil mengeluh perlahan.

"Macam mana kau tahu yang Jung-Ri meninggal sebab apa?Tapi kau tahu kan dulu,dia dah memang ada penyakit jantung.So,jantung dia makin teruk sejak dia mengalami kemalangan sebab nak selamatkan adik tiri kau." kata Sunghoon.

"Ouhh...so,aku ada adik tiri??seriously??Hahahaha...mesti anak kandung pompuan tu kan??" soal Jung-Ra.Sunghoon mengangguk.

"So,aku pergi balik ke hospital dulu ya.Aku syift petang so next time kalau kau nak jumpa aku.Bagitahu la." kata Sunghoon.

"Tak hingin aku nak jumpa kau lagi.Aku pun ada hal jugak ni." kata Jung-Ra lalu meniggalkan tempat tersebut.

Skip

Di Hari perlantikkan Jung-Ra sebagai CEO...

Jung-Ra memakai blazer berwarna hitam dipadankan dengan loose pants sedondon dengan blazer.Kelihatannya sangat elegan dan berkarisma.Begitu juga dengan Heeseung,nampak kacak dan bergaya.

Majlis perasmian itu pun bermula dengan ucapan Encik Namjoon a.k.a mantan CEO syarikatnya.Kini nama syarikatnya digantikan dengan nama baharu iaitu JRP Holdings.

Skip

"Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir majlis perasmian ini.Dengan ini,saya menjemput CEO baharu JRP Holdings,iaitu anak saudara saya yang saya sayangi,Park Jung-Ra sekaligus saya merasmikan majlis perlantikkan beliau ini." kata Encik Namjoon dengan baharu.

Jay,Sunghoon dan Jake terkejut mendengar ucapan Encik Namjoon sebentar tadi.Mereka tidak percaya bahawa Park Jung-Ra menjadi CEO.Di dalam hati Jay,dia berbangga denga Jung-Ra.

"So,nampaknya kita akan berkerjasama dengan dia la lepas ni." kata Sunghoon.

"Hmmm...nampaknya macam tu lah.Eh,kau ada jumpa kan dengan Jung-Ra?" soal Jay.
Sunghoon hanya mengangguk.




























TBC







































❝𝗘𝗡𝗖𝗛𝗔𝗡𝗧𝗘𝗗 𝗦𝟮❞⤳제이크 심⬿Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon