𝑏𝑎𝑏 12

134 20 6
                                    

Intense dan hening, masing-masing terdiam tak mampu hendak mencerna apa yang baru sahaja dikatakan dan keluar dari mulut datin Suliza. Tidak pernah dalam hidupnya, Inayah merasa ingin memutar kembali waktu, baru kali ini dia terasa ingin berbuat demikian.

"I know maybe this will be a little surprising for Farhan and Inayah.. But I rasa I dah tak boleh nak simpan lama-lama hasrat I ni, lagipun I rasa it's gonna be great kalau gabungkan dengan majlis Fatih dan Sarah sekali. Betul kan?"

A little surprising? Ni bukan little surprising lagi. Benda ni menyangkut dengan masa depan seorang yang bernama Inayah. Dia tak kisa kalau datin Suliza nak bincang mengenai Sarah dan Fatih. Tapi kenapa dirinya sekali terheret dalam hal menjodohkan ni? Lagi pun, ini tahun berapa nak main jodoh-jodoh?

Farhan? Anak kedua datin Suliza? Ya Allah.. Benda ni tak masuk akal, nak jodohkan dengan orang yang dia hanya kenal nama saja. Inayah takkan mahu, dan takkan setuju. Minta maaf sajalah.

"Aunty.. Sa.."

"You dah fikir date untuk majlis tu nanti, mommy?"

Inayah dipotong oleh Fatih selamba. Inayah yang tadinya fokus pada datin Suliza kini perhatiaan nya teralih pada Fatih. Sudu di tangan di letakkan di atas meja. Menghasilkan bunyi dentingan di antara kesunyian.

"Kalau ya pun suka nak dijodohkan dengan Sarah. Tak payahlah sampai nak potong orang nak bercakap.. Awak ni memang tak tahu nak hormat orang eh?"

Kening Farhan terangkat melihat Inayah, gadis yang baru dua kali dia temui itu. Pertama kali, 5 tahun yang lepas. Dan kedua kali, saat ini. Mungkin gadis itu tak ingat pertemuan mereka dulu.

Did she just get mad at Fatih? Cakap Fatih tak tahu nak hormat orang? Geli hati Farhan mendengarnya, tak pernah-pernah seumur hidupnya melihat seorang perempuan tak tunjuk hormat pada Fatih. Menarik.

Jauh di sudut hati Farhan, dia juga merasa idea mommy nya ini sedikit gila. Tapi Farhan tetap maintain tenang. Lagipun mommy nya baru nak rancang kan? Bukan nya esok diorang dah nak disatukan. Masih ada masa kalau nak memberontak pun.

Patutlah beria panggil Farhan balik. Ada udang di sebalik batu rupanya. Pandai mommy tunggu sampai mereka semua dah habis makan.

Dato Faruq melihat Fatih, lalu melihat Inayah semula sebelum beralih pada isterinya, datin Suliza.

"Kalau Inayah tak setuju tak apa.. It's okay, takkan ada paksaan, uncle tahu benda ni sangat mengejutkan, and uncle nak kalau boleh, Inayah terima Farhan dengan hati Inayah sendiri. Sebah benda ni bukan benda main-main, ni tenang perkahwinan, it's supposed to create happiness, not sadness.."

Dato Faruq menjelaskan dengan sangat berhati-hati. Bimbang jika Inayah salah tafsir dan membawa kepada salah faham. Memang dia tahu respon daripada Inayah ataupun Farhan akan seperti ini. Siapa yang akan setuju kalau dijodoh-jodohkan? Sedari awal mendengar rancangan isterinya, datin Suliza untuk menyatukan Inayah dan Farhan sudah membuatkan dato Faruq tak setuju. Namun dia terpaksa mengikut saja kerana datin Suliza yang begitu terlalu yakin bahwa semua ini akan berjaya.

Dimarah dihadapan seperti itu membuatkan Fatih hanya mampu tersenyum kelat. Suara dah lah perlahan macam tu, dia expect orang dengar?

"Maaf kalau Inayah nampak kurang ajar, aunty.. Uncle, tapi Inayah.. Inayah memang tak setuju dengan semua ni, Inayah datang sini nak tumpang untuk sekejap saja, Inayah bukan datang sini nak jadi menantu dalam rumah ni."

Datin Suliza memandang wajah Inayah lama, menarik nafas panjang sebelum berkata.

"You should think twice about this, Inayah.. Aunty memang berkenan sangan nak jadikan Inayah menantu aunty, aunty dah kenal Inayah dari kecil lagi.. Inayah dan Sarah pun sangat rapat, aunty minta sangat-sangat ada Inayah, tolong fikirkan balik ya, sayang.."

"Mommy. You buat apa ni? You ingat dia setuju ke dengan rancangan you tu, first I heard benda ni memang dah mengarut, sekarang dah zaman bila you nak main jodoh-jodoh, I pun tak desperate sangatlah nak beristeri kalau sampai nak memaksa-maksa orang."

Farhan yang dari tadi diam memerhati kini mulai membuka mulut, mengeluarkan pendapatnya.

"You tak tahu apa-apa Farhan. I dah fikir, this is the best for you. I also tak nak terima kata tidak daripada you, I tetap nak you setuju dengan rancangan I ni."

Tegas datin Suliza pada Farhan. Membungkam Inayah yang ada di situ. Lain benar layanan datin Suliza pada Farhan. Kata-kata nya tegas, raut wajahnya serius. Berlainan pula jika bercakap dengan Fatih, suara nya manis, sorot matanya juga lembut.

"I bukan Fatih. I tak bodoh macam dia sampai nak setuju je dengan semua permintaan you, dah macam lembut kena cucuk hidung.. Dah cukup dulu I dengar cakap you, I dah besar, I dah boleh buat keputusan I sendiri."

Sambil membalas dengan tegas, mata Farhan sempat melirik kepada Fatih dan diam di tempat duduknya. Terbit rasa jengkel dalam hati Farhan. Kenapa manusia seperti Fatih itu harus hadir dalam hidupnya. Terlalu naif dan mengikut saja semua yang dimahukan orang lain. Dia tak macam Fatih, sampai bila-bila pun dia takkan menurukan ego nya.

"Farhan! You kata you sayang I, kenapa benda macam ni pun you tak boleh nak buat?"

Datin Suliza geram. Keras kepala Farhan betul-betul menguji dirinya sebagai seorang ibu.

Sebelum berdiri dari duduknya dan beredar, Farhan melihat tepat pada Inayah kemudian berkata.

"Tak payah setuju dengan permintaan mommy tu. Jangan jadi bodoh, kau lebih bijak dari semua orang-orang dalam rumah ni."

"Farhan! Datang sini balik.. Mommy tak habis cakap lagi dengan you! Farhan!"

Farhan tak menghiraukan panggilan daripada datin Suliza. Dia ingin segera beredar saja dari situ, kalau nak diikutkan hati, mahu saja dia hancurkan semuanya. Hatinya sakit, apalagi setelah mengetahui yang memang benar Sarah akan dijodohkan dengan Fatih. Sebab apa sakit hati? Sebab dia menaruh perasaan pada Sarah, dan sebab apa Fatih yang akan disatukan dengan Sarah? Sebab Fatih anak sulung. Dia yang akan mewarisi semuanya, Farhan hanyalah anak kedua yang tak berharga pada mata datin Suliza dan dato Faruq.

Memang sejak kecil, kasta Fatih dan Farhan sudah pun berbeza. Anak yang lahir dari benih yang sama dibeza-bezakan, gila bukan?

Nafas datin Suliza naik turun. Melihat Farhan tak hormat pada dirinya itu seakan-akan mencabar kedudukan dirinya sebagai seorang ibu.

"How dare he disrespect me like that, I'm his mother, I'm the one who gave birth to him.."

Inayah tak tahu apa yang harus dia lakukan. Kata-kata dan sorot mata Farhan padanya tadi betul-betul membekas dalam hatinya.

"I dah kata pada you jangan paksa Farhan macam tu.. You that he's not gonna agree with you.."

Dato Faruq mengeleng, sebelum membantu datin Suliza bangun dari kerusi dan membawa isterinya itu naik ke dalam bilik meninggalkan, Fatih, Sarah dan Inayah dimeja makan.

"Sarah.. Inayah masuk bilik dulu."

Inayah meminta diri lantas bangun dari kerusi. Sedikit pun tak melihat ke arah Fatih.

Sarah hanya mampu membiarkan Inayah berlalu, dia sudah tahu tentang rancangan datin Suliza, tapi reaksi Farhan dan Inayah itu sangat mengejutkan bagi Sarah. Sebegitu menentangnya mereka dengan rancangan itu.

Hening, Sarah pandang Fatih.

"Abang Fatih.. Sarah.."

"Sarah dah tahu kan rancangan mommy tu?"

Perlahan-lahan Sarah mengangguk. Tunduk memandang meja.

"Habistu kenapa tak bagitahu Farhan?"

Kalau seandainya Sarah tak bersekongkol dengan mommy nya, dan memberitahu Farhan mengenai hal itu, mungkin semua ini takkan terjadi.

"Sa.. Sarah tak tahu nak cakap macam mana.."

"Kenapa tak bagitahu kembar Sarah tu juga?"

"Abang Fatih tak boleh salahkan Sarah macam ni, Sarah cuma ikut apa yang mommy nak je.."

"That doesn't mean I blame you Sarah.."

"Habistu kenapa suara abang Fatih macam tegas je dengan Sarah?"

Fatih melepas nafas berat sebelum turut bangkit dari kerusi.

"Ab.. Abang Fatih nak ke mana?"

"Balik. Dinner dah habis kan."

[OG] FATIH INAYAHWhere stories live. Discover now