CHAPT 17 - SUKAR

142 3 0
                                    

Sudah 2 bulan aku memulakan kehidupan baru tanpa Shazuan.Aku tidak mampu dapat menipu diriku sendiri,sememangnya aku cukup merindui adik angkatku itu.Aku hilang seorang kawan yang boleh diajak bersembang,berjalan dan bergurau.
Hampir 5 tahun aku menjaga dan hidup bersama dengannya,cukup sukar untuk aku membiasakan rutinku tanpa Shazuan bersama.

Dahulu kerap dia menghubungiku, sehari sekali pasti Shazuan akan menelefonku bertanyakan khabar. Tetapi selepas aku mendapat tahu berapa kos panggilan dikenakan,aku terus meminta Shazuan menghubungiku 2 kali sahaja dalam sebulan.Ini kerana aku mahu dia berjimat cermat di sana.Tambahan pula perbelanjaan di sana pasti besar.

Shauki ketika ini menyambung pelajaran dan mengambil kos elektrikal.Mungkin dia ditakdirkan untuk berada di sekitar sini kerana dia mendapat tawaran belajar di ILP Rembau.Bagaimanapun dia wajib duduk di asrama,sekali sekala sahaja dia akan singgah di rumah ini itupun jika aku berada di sana ketika itu.

Aku mengikuti sesi kuliahku seperti biasa.Kebelakangan ini selepas tamat kuliah,aku tidak akan bergegas pulang ke rumah seperti dahulu.Aku akan melepak dahulu dengan rakan sepengajiaku dan melakukan aktiviti sukan bersama mereka.Lewat malam barulah aku akan pulang ke rumah Rembau dan terus tidur.Aku terpaksa membuatkan diriku berasa sibuk kerana aku mahu menghilangkan rasa kerinduanku kepada Shazuan.

Setiap hari Jumaat selepas tamat kelas, aku akan pulang ke rumah keluargaku di Kajang dan kembali semula ke maktab pada hari Isnin pagi.Ini bermakna rumah Shazuan kerap aku jadikan sebagai rumah persinggahan sahaja untuk bermalam sekiranya aku terlibat dengan kuliah.Aku akan bertemu dan melepak dengan kawan tamanku sekiranya pulang ke Kajang.
Cuma kebelakangan ini Taufik dan Mok jarang aku temui kerana mereka masing-masing mempunyai jadual balik wajib mereka.

"Nak ke mana tu bang?", tegur Untie Esah apabila melihat suami Uncle Adnan keluar dari pintu rumah.

"Janganlah awak bimbang sangat Esah. Saya tak ke manapun, cuma nak ke rumah Shazuan sekejap", jawab Uncle Adnan.

"Elok juga awak ke sana,sebab saya pun memang nak ajak awak ke situ", kata Untie Esah lagi.

"Eh kenapa pula? Ada yang masalah ke Esah?",Soal Uncle Adnan kehairanan.

"Sejak Shazuan ke London,Wafi dah jarang ada dekat rumah ni.Saya nak ajak menyapu kat halaman tu,sbb berselerak dgn daun kering.Takut jadi sarang ular pulak nanti." Bebel Untie Esah lagi.

"Wafi tu ada je dia menyapu.Tempoh hari masa dia dah kumpul untuk bakar daun,angin pula bertiup kencang.Saya yang larang dia bakar.Kalau tidak dengab rumah kita terbakar Esah", jawab Uncle Adnan mempertahankan Wafi.
--------------------------------------------------------------
Esok merupakan minggu balik wajib bagi Shauki.Dia sebenarnya berhajat untuk pulang ke rumah Shazuan sahaja,tetapi apabila dimaklumkan oleh Uncle Adnan yang Wafi tiada,Shauki membatalkan hasratnya dan terpaksa pulang ke Kajang.Agak lama juga dia tidak bertemu Wafi dan Uncle Adnan sekeluarga.

Sama seperti Wafi,dia juga merasai sedikit kesedihan apatah lagi dia tidak akan bertemu dengan Shazuan untuk tempoh yang cukup panjang.Ada juga Shazuan dan Shauki saling berbalas chat di facebook.Sering bertanyakan khabar dan kesihatan masing-masing. Jadi rindunya kepada Shazuan itu tidak seberat yang dirasakan oleh Wafi.
Bezanya disini Shauki dapat berkenalan dengan ramai kawan kawan yang baru.

Ini merupakan pengalaman pertama kali Shauki masuk ke asrama.Dulu dia sering dimomokkan bahawa duduk di asrama adalah pilihan yang teruk dan salah buat para pelajar.Dia juga diberitahu bahawa kehidupan diasrama cukup membosankan kerana tiada kelengkapan asas seperti tv. Tetapi omongan itu hanya penipuan semata mata.Dia berasa sangat seronok tinggal di sini.

Kadangkala ada juga Shazuan bertanyakan tentang Wafi kepada Shauki kerana Shazuan menyangka bahawa Shauki sering bertemu dengan Wafi.Setelah diterangkan oleh Shauki barulah Shazuan mengetahui perkara yang sebenar.Ada juga Shazuan menghubungi Untie Esah untuk bertanyakan khabar abang angkatnya itu,jawab Untie Esah Wafi hanya berada di rumah pada hari kuliahnya sahaja.

Shauki dalan perjalanan pulang ke rumahnya menaiki teksi.Kebetulan rumah keluarga Shauki dan Wafi berada pada lorong yang sama.Shauki ternampak kerana milik Wafi diparkir dihadapan rumah keluarganya.
"Hmm,maybe malam ni dia ada kat mamak kot,boleh lah lepak kejap dengan dia", bisik Shauki sendirian.

REMAJA 2011Where stories live. Discover now