CHAPT 15 - DETIK AKHIR

146 4 0
                                    

Lusa merupakan hari terakhir Shazuan berada di Malaysia kerana pada pagi Rabu,dia akan bertolak ke London. En Firdaus akan mengiringi Shazuan ke sana untuk membantu pendaftarannya sekali.Jika diikutkan hati kecilku,
sebagai seorang abang pastilah aku mahu menemaninya ke sana,tapi aku tidak berpeluang kerana examku akan bermula sehari sebelum Shazuan bertolak ke sana.

Ashraff terlebih awal berhenti bekerja pada minggu lepas.Ashraff akan mengikuti jejak Nizam ke UUM manakala Shauki pula masih menanti keputusan permohonannya ke ILP.Buat masa ini dia masih bekerja bersama En Firdaus.Aku tidak menyangka Shauki mendengar nasihatku,mungkin dia sudah berfikir dan sedar apa yang terbaik untuk dirinya pada masa depan.

Malam ini Shazuan mahu mengajakku keluar.Tidak seperti kebiasaan,pada malam ini dia mengajak aku keluar menaiki motosikal.Katanya sudah lama aku tidak membawanya berjalan menaiki motor.Aku turutkan sahaja permintaan Shazuan,kerana aku sedar masaku dengannya tidak lama.Dia akan berada di London selama 3 tahun setengah.Aku tidak pasti sama ada dia akan pulang ke Malaysia atau tidak sepanjang tempoh itu.

Segala persiapannya untuk menyambung pelajarannya di sana sudah diuruskan oleh En Firdaus.Untuk semesta yang pertama dan kedua nanti,Shazuan dibenarkan untuk tinggal di hostel yang disediakan oleh universiti.Tetapi pada semesta dan seterusnya,Shazuan perlu mencari penginapan diluar.

"Kita nak ke mana ni Wan?", tanyaku semasa membetulkan tali helmetku.

"Wan nak pergi sekolah lama kita", jawab Shazuan lagi.

"Haa? Mana boleh masuk dah Wan, lewat malam dah ni." Kataku lagi.

"Takpe,kita lepak kat luar pagar padang je", jawab Shazuan lagi.

Seperti yang dipinta aku membonceng Shazuan menuju ke sekolah lama kami yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari rumahnya.Kabus pagi kelihatan tebal sepanjang perjalanan kami berdua ke sini.Angin juga bertiup kencang sehingga aku mengigil kesejukan.Akhirnya aku tiba di sekolah lamaku yang terletak berhampiran kaki gunung itu.

Sepanjang berada di sini,Shazuan tidak berkata apa-apa.Dia merenung sahaja ke arah kawasan sekolah dari luar pagar padang sekolah.Sesekali dia melihat bintang yang menghiasi langit pada malam ini.Aku tidak mahu menganggunya,aku memberi masa kepada Shazuan untuk menikmati angin di tempat ini.

Sekolah ini banyak juga kenangannya untuk aku.Di sinilah segalanya bermula,perkenalan aku bersama Shazuan dan seluruh anggota keluarganya.Tempat ini jugalah menjadi saksi di mana aku dan kawan-kawanku yang lain membuat nakal dan memasang cita-cita yang tinggi.Setelah beberapa tahun berlalu, aku berada kembali disini tetapi hanya mampu melihatnya dari luar sahaja.

Hampir 1 jam juga Shazuan mengambil masanya di sini.Setelah puas,dia mengajak aku pulang ke rumah.Shauki pula tertidur di ruang tamu dan tv masih bersiaran.Aku dan Shazuan tidak mahu menganggunya,biarlah dia tidur di situ pada malam ini.
"Petang esok kita pergi kubur ayah,ibu dan adik-adik ye bang", pinta Shazuan kepadaku.
Aku hanya mengangguk faham.

Setelah tamat exam pada jam 1 petang aku segera bergegas pulang ke Rembau dan membawa Shazuan keluar.Ketika aku menunggu Shazuan,Shauki juga sedang bersiap untuk keluar melepak bersama Ashraff.Kata Shazuan kepadaku,malam ini Ashraff akan bermalam di sini. Tambahan pula Uncle Adnan dan Untie Esah akan membuat sedikit majlis dirumahnya sempena keberangkatan Shazuan ke London awal pagi esok.

Kami berdua menuju ke Mahkota Parade Melaka, menonton wayang dan membeli sedikit pakaian untuk kegunaan kami berdua. Aku dan Shazuan bersembang dan melakukan semua itu seperti tiada apa yang berlaku keesokan harinya.Tepat jam 6.00 petang kami bergegas pulang ke Rembau untuk menziarahi pusara keluarga Shazuan.

Majlis pada malam ini berlangsung dengan suasana yang amat sederhana. Semua yang rapat dengan Shazuan berada di sini pada malam ini kecuali Mak Ngah yang hanya akan menunggu Shazuan di airport awal pagi nanti. Ramai rakan Shazuan yang juga juniorku dahulu bertandang ke sini pada malam ini.Ada yang akan pulang sebentar lagi dan ada juga yang akan bermalam di sini.

REMAJA 2011Where stories live. Discover now