𝑏𝑎𝑏 11

129 19 5
                                    

Malam hujung minggu ini sedikit aneh. Tak seperti malam-malam biasa, datin Suliza, Sarah masing-masing sibuk di dapur, Inayah hanya membantu apa yang patut, sambil cuba menyenggol Sarah untuk bertanya. Banyak sangat juadah di meja makan walhal hanya ada berapa kerat saja orang di dalam rumah banglo ini.

"Nayah bersiaplah dulu, makanan pun semua dah selesai, tinggal angkat kuih ni ke depan, but it's okay, I can do it.."

Sarah kenyit mata sambil tersenyum. Inayah tayang muka bingung melihat Sarah, kembarnya itu. Teragak-agak dia hendak bertanya kerana ada datin Suliza tidak di dapur, tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

"Sarah.. Ada, majlis apa-apa ke malam ni? Inayah tak tahu pun.."

"Hm? Majlis? Tak adalah.. Kalau Inayah nak tahu, every weekend macam ni kitaorang memang selalu dinner sama-sama, small family gathering, malam ni abang Farhan pun ada tau, Nayah tak pernah jumpa abang Farhan lagi kan?"

Inayah tersengih kekok. Oh, perjumpaan keluarga kecil mereka. Macam ni rupanya perjumpaan keluarga orang-orang kaya kan?

"Mommy memang selalu masak banyak.. Even dalam rumah ni tak ramai mana pun."

Ujar Sarah lagi. Seakan tahu apa yang bermain di dalam fikiran Inayah.

"Eh.. Sarah tak siap lagi?"

Datin Suliza menyampuk. Masing-masing masih tercegat di dapur.

"Nak bersiap dah ni mommy, tinggal nak angkat ni ke depan.."

"Letak je kat situ, nanti mommy yang bawa ke depan, you dengan Inayah pergi bersiap. Dah pukul 8 dah ni, pukul 9 nanti Fatih sampai.."

"Abang Farhan mana mommy?"

"Kat atas, maybe tengah bersiap.. Mommy pun nak bersiap ni."

"Okaylah kalau macam tu.." Sarah raih lengan Inayah, memeluk erat lengan itu sambil tersenyum. "Kitaorang bersiap dulu.. Kan Inayah?"

Mendengar namanya dipetik. Terkebil-kebil Inayah mengangguk pantas.

Datin Suliza senyum.

"Ada announcment mommy nak buat malam ni.."

Bisik Sarah perlahan ke arah Inayah ketika mereka mulai berjalan keluar daripada dapur. Kening Inayah berkerut.

***

Fatih sampai sedikit lambat dari biasanya. Masuk sahaja ke dalam rumah semua mata terus tertuju kepada dirinya. Fatih menuju ke meja makan besar di ruang khas sebelah ruang tamu. Lampu chandelier bergantung tepat di atas meja makan yang mampu memuatkan 13 orang itu. Meja makan yang selalu digunakan setiap hujung minggu. Ada datin Suliza, dato Faruq, dan Farhan yang sudah bersedia di situ. Fatih menarik kerusi betul-betul disebelah Farhan.

"Sorry I lambat sikit malam ni, harini sibuk sikit kat hospital. Jalan pun jammed."

"It's fine, kitaorang pun baru nak mula, how's your day?"

Datin Suliza bertanya lembut.

Farhan mengerling Fatih yang duduk disebelah nya. Dalam banyak-banyak kerusi lain, dah kenapa abang nya itu duduk disebelahnya pula. Buat orang hilang mood saja.

"Good.. I think."

Fatih senyum tipis. Dari riak wajah adik nya Farhan yang berubah sejak dia memilih untuk duduk disebelah lelaki itu tadi sudah cukup menjawab semua persoalan yang bermain di minda Fatih.

"Sarah mana? Masih bersiap lagi?"

Dato Faruq bertanya sambil menjeling jam dipergelangan tangan. Sedikit lagi menginjak ke angka 10. Batang hidung Sarah tak kelihatan lagi.

Mendengar nama Sarah disebut. Farhan menarik nafas dalam-dalam. Sudah lebih dua minggu dia tak bejumpa dengan Sarah. Mereka hanya terkadang berhubung melalui telefon jika ada kelapangan. Sejujurnya sudah rindu hendak melihat wajah itu.

Sarah yang ditunggu-tunggu muncul dari tingkat atas. Bersama dengan Inayah yang masih berbaju kurung disamping Sarah. Farhan angkat wajah, dalam samar-samar dia cuba mengingati gadis yang berdiri di tepat di sebelah Sarah itu. Mereka semakin menghampiri meja makan.

"Kita duduk sini jom.."

Sarah menarik Inayah duduk di sebelahnya. Berhadapan dengan Fatih dan juga Farhan. Datin Suliza berdehem, cuba meraih perhatian sekejap.

Inayah memandang wajah-wajah yang ada di meja makan. Apabila matanya jatuh pada Farhan, yang dikatakan, Inayah mengukir senyum. Farhan membalas sambil angguk perlahan.

Apabila mata nya jatuh pada Fatih pula. Lelaki itu hanya memandang nya tanpa senyuman sedikit pun. Terus senyuman Inayah mati.

Dah kenapa pula dia duduk berhadapan dengan Fatih. Kalau macam ni, nak makan pun tak lalu, muka bangla jual karpet tu lagi manis dengan senyuman. Sayang je muka handsome dia.

Eh.. Inayah? Kau baru puji dia hensem ke tadi? Lekas-lekas Inayah mengeleng sendiri. Sarah yang perasan akan tingkah aneh Inayah itu, menyenggol sedikit kembarnya itu. Inayah automatik pandang Sarah, Sarah angkat sebelah kening, Inayah senyum kekok.

"Jom kita makan dulu, Fatih.. Baca doa, kang sejuk pula lauk ni semua."

Ujar dato Faruq ketika mereka masing-masing mendiamkan diri.

Tak banyak cakap, Fatih mulai mengangkat kedua belah tangan, hendak membaca doa. Selesai mengaminkan doa. Masing-masing mulai menyerbu hidangan yang ada di atas meja.

Inayah pandang ayam masak merah di atas meja, pekena ayam masak merah sedap juga ni.

Tangan Inayah kemudian dengan pantas mencapai senduk di dalam bekas ayam masak merah itu, namun tanpa disangka-sangka, tangan nya berlaga dengan sesuatu yang terasa hangat. Inayah angkat kepala, pandangan mata nya dan Fatih bertemu.

Aku nak ambil natang ni, mamat kerek ni pun nak ambil juga. Ewah ewah. Punyalah banyak lauk atas meja ni, asal yang aku nak tu juga dia nak?

Bisik Inayah geram di dalam hati.

Fatih memandang riak wajah Inayah yang tak puas hati pada nya itu. Entah kenapa, terbit pula rasa puas dalam hatinya. Selamba Fatih menarik sudu dari tangan Inayah.

"Eh saya dulu la.."

Inayah tak puas hati.

"Ambil lauk lain tak boleh ke? Lauk ni juga yang kau nak."

Nak berasap telinga Inayah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Fatih itu.

"Ladies first tak boleh ke?"

Fatih tak menghiraukan Inayah. Selamba dia cedok dua ketul ayam ke dalam pinggan.

Perlahan-lahan dengan hati yang masih geram. Inayah menarik tangan nya semula. Nasib baik kat meja makan, kalau tak tak hingin nya nak mengalah dengan mamat kerek ni. Melihat Inayah sudah menarik tangan nya, Fatih senyum gembira.

"In.. Inayah.. Nak sayur ni tak? Sa.. Sarah ambilkan?"

Terbata-bata. Mata Sarah yang sedari tadi tertuju ada mereka kini tertuju pada Inayah seorang. Sedar dimana dia sedang berada, Inayah terus toleh ke kanan pandang Sarah.

[OG] FATIH INAYAHWhere stories live. Discover now