" Got you. " Perlahan Rayyan menyebut tetapi masig dapat didengar olehku.

Baru hendak diriku beredar dari situ begitu pantas Rayyan mengunci langkahku dengan meletakkan kedua tangannya di sisi. Kedudukan kami yang begitu rapat membuatkan diriku sesak nafas.

" Te..tepi tuan. "  Aku bersuara. Sungguh diriku tidak selesa dengan jarak di antara mereka.

" Why darling? " Rayyan bertanya dengan mendekatkan mulutnya ke telingaku. Sedaya upaya aku cuba mengelak daripada bersentuhan.

" Tuan, kita orang islam. Mana boleh berdua dengan keadaan macam ni " Aku mengingatkannya. Sungguh aku tidak mampu menahan bau yang keluar dari mulutnya. Bau rokok !

" Who cares about religion. " Tenang Rayyan menjawab.

" Tepi lah tuan. " Aku cuba menolak dada lelaki itu dengan kudratku. Dengan pantas tangan lelaki itu naik mencengkam sanggulku yang berlapik tudung.

" Bila saya sentuh don't move! " Rayyan membentak. Matanya tajam merenung mata bulatku. Aku menahan kesakitan.

" Lepas lah tuan, saya ada kerja ni. " Suara aku seakan merayu kepadanya. Sungguh dia tidak kuat melawan kudratnya.

" Shhh... " Jari telunjuk Rayyan naik berhenti di bibir Fasya. Fasya terus menepis tangan lelaki itu.

" Tuan jangan buat macam ini. Saya akan lapor dekat Datin Mushrifa. " Fasya mahu cuba mengugutnya.

" Silakan my darling. " Rayyan terus bergerak seperti mempersilakan keinginan gadis itu.

"But kalau kena tampar lagi not my fault. " Rayyan mengangkat kedua tangannya. Aku diam. Diriku baru teringat Datin Mushrifa tidak akan berpihak kepadaku

Melihat tiada lagi halangan untuk dirinya melangkah aku terus cuba berlari tetapi Rayyan lebih cekap. Dengan sekali genggam pergelangan tangan langkahku terhenti.

" Manaaa awak nak lari, Darling. I'm not done yet. " Suara Rayyan seakan menggoda tetapi jelas sebagai arahan.

" Tuan lepaskan tangan saya tuan. " Aku mula menarik tangannya dari genggaman Rayyan.

" Kalau tuan buat kat saya macam ni saya tak kan berfikir lama untuk buat aduan polis. " Aku terus ungkapkan apa yang terlintas.

" The first day I set foot in this house. And on that day the gate is locked for you. " Rayyan bersuara dengan serius.

Jantung Fasya berdebar laju. Apa yang terjadi sekarang ini? Kenapa lelaki ini cuba memperkosanya? Mengapa semua terjadi dengan tiba-tiba? Riak wajah Fasya sudah bertukar. Sungguh badan dia menggigil saat ini. Dia tidak pernah lagi berada dalam situasi begini. Dia mahu menangis.

Rayyan yang melihat tiada respon dari Fasya terus menarik tangan gadis itu sehingga memeluk badan gadis itu dari belakang. Tangannya masih setia memegang genggaman pergelangan tangan Fasya tetapi tangannya berada di bawah leher Fasya.

Fasya cuba memberontak bila belakang badannya kini melekat dengan badan lelaki itu. Sayangnya, lelaki itu tidak sekali pun bergerak malah melepaskannya.

" Stop rebelling darling, you make my lust more and more. " Rayyan membisik di telinga Fasya. Gerakan Fasya terus terhenti. Dia takut.

" Hey listen, bilik saya sentiasa akan terbuka. Whenever you feel bored or free please come in. " Rayyan terus mencium telinga Fasya yang terlapik dengan tudung. Makin membulat mata Fasya bila mendengar segaris ayat yang diungkap oleh Rayyan.

" Sekarang awak boleh pergi. " Rayyan terus melepaskan genggamannya. Dia senyum bangga. Rayyan terus mengeluarkan sebatang rokok dari poket seluarnya.

Fasya terus mengangkat bakul yang berisi pakaian Rayyan dan terus berlari keluar dari bilik itu. Pipinya sudah basah dipenuhi air mata. Mukanya merah menahan tangisan dari tadi. Sungguh dia takut.

Datin Mushrifa yang memerhati Fasya keluar dari bilik anak sulungnya dengan tangisan terus mengatur langkah masuk ke dalam bilik Rayyan.

" Rayyan apa yang kamu buat dengan dia? " Datin Mushrifa terus menyoal.

" Saja buat first move yang dah lama saya tunggu. " Rayyan senyum misteri.

" Good, my revenge is over, now it's your turn Rayyan. Enjoy! " Datin Mushrifa sudah memuaskan dendamnya dengan membunuh kedua ibu bapa Fasyarina tiga tahun yang lalu. Dan sekarang giliran anaknya pula untuk melunaskan dendam terhadap bapa Fasyarina.

Jika bapa kepada gadis itu tidak masuk campur urusan syarikat pasti mereka sekeluarga masih hidup. Jika bapa Fasyarina juga tidak memalukan Rayyan di khalayak pada hari itu pasti Fasyarina tidak menjadi mangsa saat ini.

Cinta Jendela Where stories live. Discover now