CHAPTER 37 | BAWA PULANG.

Start from the beginning
                                    

Matanya tidak lepas dari memerhatikan tingkah suaminya yang sedang sibuk menyediakan salad pula. Nampaknya, dia telah jatuh cinta lagi kepada suaminya.

Dan, akhirnya hidangan itu siap dengan sempurna.

"Wah!." Ternganga mulut Shea Marrietta melihat hidangan yang terhidang itu.

Weir Thaddeus senyum bangga tatkala melihat isterinya begitu teruja dengan masakannya. Dia pun menarik kerusi di meja makan itu untuk isterinya, dan setelah itu dia juga ikut melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan isterinya.

Isterinya tersenyum manis.

Red wine dituangkan kedalam gelas kaca.

"Jom makan." Ajak Weir Thaddeus.

Shea Marrietta angguk kepala sambil tersenyum gembira.

Tatkala suapan pertama masuk ke dalam mulutnya, dia kaku untuk seketika.

"Sedap!." Shea Marrietta memuji masakan suaminya itu. Daging steak itu sempurna.

Tender and juicy.

Weir Thaddeus gembira tatkala melihat isterinya makan makanan yang dimasaknya dengan penuh berselera.

Shea Marrietta tersenyum manis ke arahnya.

"Tak sangka Tuan Weir pandai masak." Usik Shea Marrietta.

Suaminya senyum lalu mencapai gelas kaca berisi red wine itu.

"Mmm banyak lagi yang awak tak tahu tentang saya, She.. Sisi romantis suami awak ni." Weir Thaddeus membalasnya lalu meneguk red wine itu.

Mereka berdua berbalas pandangan dan senyuman.

"Terima kasih kerana menyediakan hidangan yang sangat sedap! Perut saya sangat bahagia." Ucap Shea Marrietta.

"Awak bahagia, She?." Soal Weir Thaddeus.

Dengan perlahan-lahan, Shea Marrietta angguk kepalanya.

"Saya bahagia, Weir. Saya bahagia dengan Weir Thaddeus versi yang berada dihadapan saya ini. Romantis dan lembut." Jawab Shea Marrietta dengan jujur. Dia berharap agar suaminya itu memahami maksudnya itu.

Weir Thaddeus senyum manis.

"Perhatikan dia, Thor! Jangan biarkan dia terlepas! Aku tak mahu dia mencetuskan masalah yang sama lagi!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Perhatikan dia, Thor! Jangan biarkan dia terlepas! Aku tak mahu dia mencetuskan masalah yang sama lagi!." Tegas dan mendatar sahaja nada suara itu. Shea Marrietta yang mendengarnya telan air liur. Dia memandang suaminya dengan perasaan takut, suaminya masih tidak berubah dan masih suka menggunakan kekerasan.

"Mmm."

"Baik, Tuan."

Dia beredar meninggalkan suaminya itu dan menuju ke arah Captain Williamson. Mereka akan bertolak pulang ke Gdansk saat itu. Captain Williamson yang menyedari kehadiran wanita itu menoleh dan tersenyum manis.

SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now