" Saya panjat saja meh. " Jian Hong mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Bahaya awak tahu tak, dah lah bilik saya tinggi kalau jatuh macam mana?" Aku marah. Gila kau tak marah. Jadi apa-apa kang siapa susah. Dia yang susah bukan aku. Nama je dokter tapi perangai macam tarzan.

"Demi jumpa you, cara apa pun saya sanggup." Dia sengih. Aku menjelingnya.

Kejap! Aku berduaan lagi dengannya bezanya kali ni di bilik. Hati tidak tenang lagi.

''Why Fasya?" Jian Hong yang perasan akan perubahan riak wajah Fasyarina terus bertanya.

"Tak bagus tau lelaki dan perempuan duduk berdua dalam bilik." Aku menjawab.

"I know." Jian Hong senyum.

"Habis tu?" Fasya bertanya lagi. Dah tahu tapu nak datang juga.

"Saya di transfer." Jian Hong menundukkan wajahnya.

"Jadi?" Aku masih memandang ke arahnya.

"Saya tidak tinggal di sini lagi." Jian Hong jujur.

"Awak nak tinggalkan saya ke?" Aku terus bertanya. Sungguh itu yang aku rasa dia mahu tinggalkanku.

"No, I'm not Fasya."  kata Jian Hong. Riak serba salah di wajahnya jelas dapat dilihat.

"Bila awak akan datang semula." Aku bertanya lagi. Hati mula terasa berat. Empat bulan ini kehadirannya membuatkan diriku bahagia. Tetapi selepas ini tanpanya apa yang akan diriku rasai.

"Ini bukan tempat asal saya Fasya. Saya di sini pun kerana saya ada latihan di Hospital Pantai. Sekarang saya perlu ke negara India semula untuk tamatkan latihan saya sepenuhnya di situ."  jawab Jian Hong.

"Maksudnya awak tak kan datang sini lagi." tanya aku lagi.

Jian Hong mengangguk. "Selepas tamatkan latihan saya akan pulang ke Malaysia semula tetapi bukan ke sini. Saya mau tinggal bersama keluarga angkat saya saja." Mataku mula berair.

"Fasya, please don't cry." Jian Hong terus memujuk bila melihat mata Fasyarina berkaca.

"But" - Jian Hong

Aku terus mengangkat wajah memandang tepat ke arah mata hitam Jian Hong.


"I will come once. Untuk jumpa dengan you meh." ungkap Jian Hong.

"Sekali je ke?" Aku bertanya dengan wajah sembam. Kalau Jian Hong perempuan dah lama aku peluk dia.

"Yup, sebab selepas itu awak akan duduk dengan saya sahaja." tenang Jian Hong jawab.

Aku masih keliru. "Kenapa pulak?"

"Because you will marry me." Jian Hong senyum manis.

"That's impossible." Aku membidas.

"I will make it possible." balas Jian Hong

"How?" Aku bertanya lagi.

"If you ask me how does it mean you agree to marry me."  Jian Hong senyum lebar. Aku menggigit bibir. Alamak! Masuk perangkap lagi. Senang betul dia masukkan perangkap. Aku hanya diam.

Bila melihat tiada balasan dari Fasyarina Jian Hong terus bersuara.

"Saya ada sesuatu mau tunjuk sama you. You mau tengok tak?" hujah .Jian Hong. Aku angguk perlahan. Malu tak hilang lagi sebab kena ajak kahwin depan-depan. Tetapu sedaya upaya aku mengawal riak wajahku.

Jian Hong terus menanggalkan beg yang digalasnya. Dia terus duduk. Aku perhatikan sahaja. Dia mengeluarkan sebuah buku. Tampak seperti album gambar. Aku pun turut duduk bersamanya.

"Ini album saya, dalam ini ada gambar orang-orang yang penting bagi saya." Aku angguk faham.

Jian Hong terus membuka lampiran pertama. Jelas terlihat gambar dirinya sendiri sewaktu dia masih bayi. Comel! Gambar yang seterusnya gambar dia bersama familinya. Tersenyum aku melihat wajah uncle Lee dan ibu Jian Hong. Seterusnya aku melihat gambar Jian Hong duduk bersama beberapa orang. Yang peliknya mereka semua orang melayu.

"Inilah keluarga angkat saya Fasya." - Jian Hong

"That's why I say it's possible." Jian Hong sambung lagi. Aku masih blur tapi aku angguk sahaja.

Tiba-tiba mataku terpacak pada satu gambar di mana seorang lelaki yang masih dalam kategori kanak-kanak memegang baby. Kanak-kanak lelaki itu aku yakin itu merupakan Jian Hong kerana matanya sepet tetapi siapa baby ini?

"Siapa baby ini?" Aku bertanya kerana terasa familiar.

"Cuba you baca nama di belakang."  Jian Hong memberitahu. Aku terus mengeluarkan gambar tersebut dan belek ke belakang.

Fasyarina & Jian Hong
12/12/2003

Mataku membulat. Aku memandang ke arah Jian Hong. Dia senyum dengan seribu satu makna.

"Famili saya ada datang meh ke hospital sewaktu Aunty Aishah bersalin." Jian Hong senyum dengan sungguh manis. Matanya terus tidak terlihat. Berbeza dengan mataku yang semakin membulat dan tidak henti berkelip.

"Ss.. saya dengan awak ke tu?" Aku masih tidak percaya.

"Nah, that's me and my future wife."  Jian Hong senyum nakal. Badan aku terus mengeras. Tetapi hati masih lembut melihat gambar kami sudah bersatu pada hari yang aku lahir. 12 Disember.

"You were born to live with me, Fasyalina." Aku tersenyum mendengar nama aku disalah sebut, tapi aku tidak terasa marah. Malah suka mungkin.

Tapu benarkah aku dilahirkan untuk hidup bersamanya. Jikalau benar aku bersyukur tetapi mengapa hati berkata ada yang bakal menghalang. Cepat-cepat aku menepis fikiran negetif itu.

Jian Hong mula menceritakan kisah pertama kali dia mendukungku sewaktu bayi dulu. Kata Jian Hong aku akan berhenti menangis bila Jian Hong mendukungku. Aku memandangnya dengan musykil tetapi bila Jian Hong bersungguh-sungguh bercerita aku percaya sahaja. Benar juga sebenarnya, bila bersamanya aku tidak lagi bersedih.

"Mau pukul 12 sikijap lagi. Saya balik dulu. Don't miss me I will be back after six months."  Jian Hong terus menggalas begnya dan terus melompat dari tingkap bilikku. Sempat dia menghadiahkan flying kiss kepadaku.

'Bye bye Jian Hong. Saya akan rindukan awak.' Aku membalas dihati.

Cinta Jendela Where stories live. Discover now