BAB 1

42 6 0
                                    

"SELENA?" Encik Zulkifli memegang bahuku. Aku terus sedar dari lamunan yang panjang. Dari tadi ingat pasal orang asyik tanya bila aku nak kahwin. Buat pening kepala betul.

"Ya,abi. Maaflah selena termenung jauh tadi." Aku menggaru kepala ku yang tidak gatal dengan tangan kiri ku.

"Termenung apa pula. Jarang kamu termenung. Ada apa-apa ke?" Soal Abi ku. Lembut tutur bahasanya. Yelah,dengan anak perempuannya memang lembut. Aku pula manja dengan abi. Maklumlah anak ayah.

"Tak adalah, tiba-tiba terlintas pasal orang asyik tanya bila Selena nak kahwin." Aku tersengih kecil dan menyuap nasi ke dalam mulut ku.

"Carilah jodoh,selena." Hampir tersembur aku mendengar kata-kata abi.

"Allahuakbar,nah air." Abi ku memberikan aku gelas plastik yang berisi air kosong. Terus aku mengambil dan meneguknya. Abi mengusap belakang badan ku. Selesai minum,aku masih terbatuk kecil. Hampir juga tercekik nanti. Belum kahwin lagi dah tercekik,haih tunggulah aku jumpa jodoh dulu barulah tercekik ni. Takkan aku nak mati masa bujang lagi..

Kesian jodoh aku pula. Jadi teruna tua, HAHAHA ..

"Dah okay?" Kata Abi. Aku hanya mengangguk senyap.

"Baguslah kalau macam tu,abi nak keluar pergi surau." Aku hanya mengangguk senyap. Abi berjalan ke keluar rumah. Kan aku dah kata, abi aku memang akan pergi surau.

Selesai makan. Aku duduk di ruang tamu menonton televisyen seorang diri. Umi aku keluar,katanya nak beli barang dekat kedai runcit pakcik Yazid. Bila aku hendak menolongnya dia menolak. Bukan mahu jadi anak derhaka tapi begitulah hakikatnya.

"Adeline dah balik?" Suara seorang wanita dibelakang ku. Terus aku menoleh dan bersalaman dengannya. Dia tersenyum manis kearah ku,aku juga turut tersenyum manis.

"Baru je balik. Mana si gentut dengan si comel tu?" Aku tercari-cari kelibat mereka berdua. Siapa lagi kalau bukan Dira dengan Aish. Aish pula sudah berumur 3 tahun dan Dira baru berumur 2 tahun. Seperti kembar tak lain jantina, tetapi sebenarnya tidak.

"Diaorang masih tidur lepas akak bagi susu. Inipun akak baru bangun,tidurkan dia orang berdua sampaikan akak tidur sekali." Aku tergelak kecil. Nama pun dah jadi mak-mak 3 tahun. Aku ni bolehlah belajar dengan kakak ipar aku ni. Dengan umi aku pun aku boleh juga.

"Mana abang?" Soalku. Tak nampak langsung batang hidung dia hari ni.

"Masih tidur. Si Dira beria-ia nak tidur dengan daddy dia tu." Kak Nini menjeling tajam. Meluat betul kak Nini ni.

"Biasalah, anak perempuan semestinya manja dengan daddy dia." Aku tergelak kecil.

"Kalau nak susu,makanan ke apa cari akak jugak. Haih.." Kak Nini mengeluh kecil. Cemburu lah tu,anak lebih rapat dengan ayahnya daripada ibunya. Padahal ibu yang melahirkan anak. Nak buat macam mana kan?

Kadang-kadang mesti aku teringat sahabat ku yang kini sudah menjadi seorang surirumah dan berumahtangga dengan seorang jejak idamannya. Ni satu lagi,makcik bawang tak suka bila kawan baik aku ni kahwin umur 18 kau bayangkanlah. Lepastu nak kahwin umur berapa? Adoii.

Tetapi, sejak dia sudah ada seorang cahaya mata. Layla jarang betul jeguk aku. Aku tahu dia sibuk, lagipun sudah membina rumah tangga semestinya akan sibuk sana sini.

Aku kadang malas betul nak tanya khabar dia. Aku pun sibuk dengan kerja aku,kadang malas nak bukak telefon ni. Malas nak menaip disebabkan terlampau penat. Aku hanya mengeluh kecil sahaja.

"Adeline macam mana kerja sekarang?" Soal Kak Nini. Segera duduk di sebelah ku. Memadangku lama untuk menantikan jawapan yang keluar dari mulut ku.

Aku hanya mengeluh kecil apabila melihat Kak Nini yang bersemangat ingin tahu sekarang aku berkejar bagaimana.

"Okay je,cuma itulah budak-budak kan mesti ada banyak ragam." Kataku. Kak Nini hanya mengangguk senyap. Aku terus fokus pada screen televisyen.

"Mummy,mana maksu?" Soal seorang budak yang keluar dari bilik. Aku dan kak Nini terus menoleh untuk melihat siapa yang bangun.

"Eh,Maksu!" Jerit Aish. Aku hanya tergelak kecil. Aish memeluk ku dan aku membalas pelukannya. Aku membelai rambut hitam Aish.

"Baru bangun ya?"

"Haah,Aish rindu maksu. Dah lama kita tak main,Aish rindu nak main dengan maksu. Nanti Maksu belanja lah kita orang aiskrim macam haritu!" Aish tersenyum kecil menampakkan gigi depannya yang rogak.

Aku tersenyum lebar dan mengangguk. Aku mencuit hidungnya.

"Nak maksu belanja lagi?" Aish mengangguk laju.

"Nak! Nak!"

Kak Nini menepuk bahu ku. Aku terus menoleh ke arahnya. Dia menggeleng kepala tanda tidak setuju dengan cadangan aku. Aku tersenyum lebar ke arahnya.

"Tak apalah kak,sekali sekala lagipun Adeline dah lama tak jumpa diaorang. Yang akak balik ni kenapa? Bukan ke belum cuti?" Soalku hairan.

"Esokkan cuti 2 hari. Kita orang ambillah cuti lagi 2 hari. Nak jeguk tengok adik ipar dengan mertua." Tersenyum manis kak Nini. Aku hanya mengangguk senyap.

"Bolehlah mummy. Aish nak!"

"Dira pun nak!" Suara budak perempuan kecil dari arah belakang. Dira berlari ke arah ruang tamu dan memeluk diriku. Aku juga memeluk mereka berdua. Pelukan masih tidak dilepaskan.

"Macamlah maksu nak gerak ni kalau awak berdua masih peluk maksu." Aish dan Dira melonggarkan pelukan mereka.

"Kita orang rindukan maksu!" Serentak Dira dan Aish berkata. Aku hanya tersenyum lebar dan menggeleng kepala. Comel sangat anak buah aku ni haih!

"Maksu nak pakai tudung dulu. Tunggu kejap. Dira dengan Aish pergi cuti muka tu. Air liur masih ada lagi." Aku tergelak kecil dan berlalu pergi. Begitu juga dengan Dira dan Aish berlalu pergi ke arah tandas di dapur.

Aku menyarungkan tudung sarung berwarna coklat tersebut dan mengambil totebeg lalu aku meletakkan iPhone 11 pro dan dompet. Terus aku keluar sambil memegang kunci kereta.

"Akak nak ikut?" Soal aku kepada kak Nini. Dia mengangguk senyap. Terus ke arah biliknya. Dan tidak sampai seminit dia sudah keluar dari bilik. Begitu juga dengan Dira dan Aish.

Kami keluar dari rumah. Aku menuntup pintu rumah dan kami terus ke arah kereta axia ku yang berwarna putih tersebut. Kami masuk ke dalam perut kereta. Aku menghidupkan enjin kereta lalu aku terus memandu kereta untuk ke kedai aiskrim.

"Maksu, Dira nak aiskrim strawberi!"

"Aish aiskrim coklat."

"Okay, Maksu pesan yang awak berdua nak. Okay?" Aku tersenyum manis walaupun masih fokus memandu.

"Okay." Serentak mereka berdua kata.

"Akak nak aiskrim juga?" Soalku. Aku melihat dicermin dan menampakkan akak Nini sibuk menelefon seseorang. Jadi aku diam sahaja menunggunya untuk selesai telefon.

"Adeline cakap apa tadi? Maaflah ada orang call." Lembut Kak Nini berkata.

"Tak apalah,akak nak aiskrim tak? Adeline belanja." Ujarku. Aku membelok ke kanan.

"Boleh je,akak nak aiskrim strawberi juga macam Dira."

"Maksu nak aiskrim apa?" Soal Dira. Aku terus memandangnya dan tersenyum. Aku memadang ke hadapan semula.

"Oreo." Singkat sahaja aku berkata. Malas nak panjang-panjang kan perbualan.

C | TAKDIR KITAWhere stories live. Discover now