LD 1

3.8K 16 6
                                    

Billion Bas Express berhenti di depan KL sentral bagi menghantar penumpang. Penumpang bergilir-gilir turun dari bas dan mengambil teksi atau grab untuk pulang ke destinasi yang berikut. Aria membuka aplikasi Grab dan mencari gran yang bersesuaian.

"Rm 20? Okey, itu aku boleh terima lagi" kata Aria menekan perkataan okey dan tukarkan bahagian pembayaran kepada tunai. Sementara menunggu, Aria mengambil tempat untuk duduk seketika.

Aplikasi tiktok dibuka dan scroll ke bawah bagi menghilangkan kebosanan nya. Dalam 10 minit menunggu, sebuah kereta Myvi berwarna putih hadir di kawasan pick up penumpang.

"Aria Vivien ?" tanya pemandu grab terlebih dahulu. Wajahnya setia memandang ke depan dan tidak berasa ingin menoleh melihat penumpang. "Ya" sahut Aria menutup pintu dengan rapat.

Setelah itu, pemandu grab mula beransur pergi dari kawasan KL sentral dan menuju ke KLCC. Perjalanan ke sana hanya mengambil 16 minit sahaja. Sepanjang perjalanan, pemandu grab agak peramah jika bertanyakan soalan.

"Dari mana ya ?" tanya pemandu grab agak berminat. "Dari Penang"

"Kawasan mana ? Seberang Perai atau Penang ?" tanya pemandu grab itu lagi. "Dalam pulau"

"Datang sini sebab apa ?" Pemandu grab memandu kereta dengan fokus. "Sebab nak jumpa orang"

"Nak jumpa boyfriend ya?" tanya pemandu grab itu lagi. "Boleh dikatakan seperti itu lah"

Pemandu grab itu melanjutkan bersembang dengan Aria. Dalam 16 minit, sudahpun sampai di KLCC. Aria melangkah keluar dari kereta grab. Ada seorang lelaki memakai kemeja putih tiga butang atas terbuka bersama seluar slack hitam.

"Baby" dagu Aria ditarik keatas dan dia mencium bibir Aria dengan lembut. Terbuntang mata Aria seketika. Orang awam yang lalu-lalang hanya melihat sahaja.

Dia melepaskan ciuman di bibir Aria. "Lama tau aku tunggu kau" kata dia menjilat bibirnya. Dapat merasakan bibir manis Aria. "Orang tengok lah" muka Aria kemerahan.

Dia menoleh melihat keadaan sekeliling. Memang betul apa yang dikatakan Aria. Ramai melihat mereka berdua. Tapi apa kesah ? "Ada aku kisah ? Tak, bukan ?" dia mengukir senyuman di bibir nya.

Aria hanya mengeluh. "Kau lapar ? Jom aku bawa kau pergi makan" kata dia mencuit pipi Aria. "Lapar" telapak tangan Aria dipegang erat sebelum membawa Aria ke kereta nya.

"Marshal" Aria memanggil nama lelaki itu. Dia menoleh. Senyuman di bibir nya tidak lekang. Jika perempuan lain melihat senyuman itu pasti mereka juga akan cair. "Yes baby ?"

Aria hanya peluk Marshal. Dia tidak tahu ingin berkata apa. Sejujurnya dia takut untuk datang ke KL buat kali kedua. "Kenapa ni baby ? Ada orang sakitkan kau ? Kau nak aku pukul dia ?" tanya Marshal mengusap kepala Aria.

Purr purr!!! Aria selesa seketika tatkala kepala nya diusap oleh seorang lelaki. "Kau macam kucing lah. Comel betul" Marshal ketawa. Kereta Myvi berwarna putih dituju dan Marshal membuka pintu penumpang seat depan terlebih dahulu untuk Aria. Nampak tak dia cuba untuk tunjuk sisi romantik dia┌⁠(⁠・⁠。⁠・⁠)⁠┘⁠♪

"Thanks" ucap Aria senyum. Aria masuk ke dalam. Selepas pintu seat penumpang ditutup, Marshal pergi ke seat driver. Dia bersedia untuk memandu dan membawa Aria makan. "Kau nak makan dekat mana ?" tanya Marshal.

Aplikasi Waze dibuka sambil memandu sebelah tangan. "Ermmm" Aria berfikir seketika. "Makan nasi kandar ?" Aria hanya angguk kepala. "Atau kau nak pergi bukit bintang?"

"Bukit bintang lah" Marshal buat muka berkerut. "Yang mana satu ni ? Kau lapar, kan ?" Aria angguk kepala. "Okey jom makan"

♪⁠ヽ⁠(⁠・⁠ˇ⁠∀⁠ˇ⁠・⁠ゞ⁠)

Lucius's DogWhere stories live. Discover now