BAB 35 : Still Sitting in the Corner I haunt

Start from the beginning
                                    

Pejam celik, sudah hampir setahun aku buat cafe hunting begini di seluruh negara Lance. Tetapi lelaki itu masih tidak datang. Ini cawangan Blossom Brew kafe yang ke-52 dalam negara Lance. Kali ini aku pergi ke kafe yang berdekatan dengan Dataran Lionel, berdekatan dengan Syarikat S.A. Kerana itu kafe Blossom Brew yang paling hampir dengan aku setelah bermesyuarat dengan Dayyan petang tadi.

Dia di negeri mana? Daerah mana? Mungkinkah aku perlu meluaskan kawasan jajahan cafe hunting ini ke luar negara pula? Buang tabiat sungguh!

Macam mana aku nak pulangkan kad ini kepada dia? Aku mengeluh berat. Aku sudah berjanji akan memulangkan kad ini dengan tangan aku sendiri, bukti aku telah berjaya hidup sehingga ke saat ini. Aku mahu menunjukkan bahawa aku telah berjaya, dan berterima kasih kepadanya. Jika tidak, mungkin aku tidak akan dapat melihat Amalia versi matang pada tahun ini.

Telefon pintar aku berbunyi. Aku dapat panggilan video daripada Aniq. Setelah aku menjawab panggilan itu, Aniq terus tertawa melihat latar belakang aku.

"Cafe hunting ke tuuu?" Aniq tergelak sakan melihat aku yang gigih.

Aku menggolekkan mata. "Nak apa?"

"Saja call, aku pun teruja nak tahu siapa lelaki itu."

"Dia belum datang lagi. Ada perkara yang berlaku dekat dia ke agaknya?" Aku mulai risau.

"Mungkin dia pindah negara?" Aniq pula membuat andaian. "Aku rasa kau kena tukar taktik kau. Dia tak datang, sebab kau belanja sikit sangat. Cuba kau beli benda mahal pakai kad itu, mesti dia kelam kabut datang jumpa kau, minta balik kad itu."

"Ya tak ya juga." Aku mengangguk bersetuju dengan cadangan Aniq. "Apa yang kau rasa mahal?"

"Cuba beli tanah 2 ekar pakai kad dia." Serentak aku dan Aniq berdekah.

"Memang melampau idea kau. Nampak sangat orang bagi betis nak peha."

"Cuba beli rumah banglo satu. Nanti kalau dia datang, kau bayarlah dia balik. Kau mampu lagi pun." Tambah Aniq lagi.

Aku mengangguk bersetuju. "Bernas juga idea kau."

"Aku pergi dulu kak, ada hal. Tadi saja call sebab ingat lelaki itu dah muncul."

"Okey. Stay safe, Aniq." Panggilan terus diputuskan.

Aku terus mendagu di meja, memandang ke luar kedai, melalui dinding lutsinar di sebelah aku. Dua orang lelaki yang lalu di hadapan kafe menarik perhatian aku. Aku tertawa melihat gelagat dua orang lelaki itu. Itu Dayyan dan Hans.

Hans sedang menarik tangan Dayyan untuk masuk ke kafe, sementara Dayyan mengeraskan diri tidak mahu masuk. Akhirnya, Hans buang tabiat, dengan merengek sampai bergolek-golek di atas lantai. Aku curiga betul dengan hubungan mereka berdua ini. Tawa aku terlepas kecil bila Dayyan terus masuk ke dalam kafe, meninggalkan Hans yang buang tabiat. Mungkin dia tidak mahu menanggung malu dengan perangai kebudak-budakan Hans.

Dayyan melangkah masuk ke dalam kafe Blossom Brew, dan sekaligus mata aku bertemu dengannya. Kening aku terangkat seolah berkata, 'hai' kepadanya. Dayyan hanya tersenyum kecil. Dia mengatur langkahnya ke meja aku.

"Seorang aje?" Tanya Dayyan ramah. Dia melihat dua minuman yang tidak berusik di atas meja aku. "Tengah tunggu orang ke?"

"Haah." Aku tersenyum. Aku harap dia tidak bertanya siapa yang aku tunggu. Kerana aku juga tidak tahu dia siapa.

"Okay, enjoy." Dayyan terus bergerak ke meja lain, di bahagian tengah kafe. Mungkin dia tidak mahu mengganggu aku. Dia buat keputusan yang betul dengan tidak bertanya lanjut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I'M LOSTWhere stories live. Discover now