BAB 34: Help, I'm still at the restaurant

Start from the beginning
                                    

Pintu bilik rehat pekerja itu diketuk. Kepala Aniq terjengul masuk di dalam bilik.

"Kak, cepat keluar. Ada pelanggan ramai dekat kedai ini. Tolong hantar makanan dekat pelanggan. Aniq kena tolong ayah buat mi." Aniq menutup pintu semula.

Aku terus bangkit dari katil. Tadi aku cakap dengan Aniq nak rehat 15 minit, tiba-tiba jadi setengah jam. Aku terus keluar dari bilik rehat. Di saat aku keluar, aku lihat semua meja telah penuh dengan pelanggan dan di luar kedai ada barisan yang panjang sedang beratur. Tempoh hari aku lihat pempengaruh mukbang buat video, katanya pernah sampai 7 blok bangunan mereka beratur.

Restoran Mi Tarik Wong, aku dan Aniq sudah buat franchise. Setakat ini sahaja restoran mi tarik ayah sudah ada 30 cawangan di seluruh Lance. Di Lionel sahaja sudah ada 3 cawangan. Dan restoran lama kami, sudah dibesarkan jadi dua lot, dua tingkat. Aku cuma mampu tersenyum sambil tangan laju mengambil dulang kemudian hidangkan makanan di meja pelanggan.

Aku melihat ayah dan Aniq sedang menarik tepung menjadi mi yang sangat halus. Mereka sangat bergaya sehingga ada sekumpulan pelanggan berkumpul di bahagian dinding kaca lutsinar tempat menguli tepung, semata untuk melihat kepakaran mereka.

Aku sudah suruh ayah berehat sahaja dan biarkan pekerja yang buat semua itu, tetapi katanya dia rindu mahu buat mi tarik. Aku biarkan sahaja. Kami juga sudah ada pekerja, tetapi pekerja yang ada tidak cukup untuk melayan semua pelanggan. Aku berada di sini bukan selalu, cuma setiap hari rabu dan jumaat sahaja aku datang ke restoran untuk membantu, kerana kebanyakan masa aku dan Aniq sibuk dengan kerjaya hakiki kami.

Adakah aku sudah cukup berjaya?

Umur 25 tahun dan sudah mencapai semua ini tanpa perlu ada mak ayah yang kaya.

Alhamdulillah. Walaupun harta dan kekayaan bukan pengukur kejayaan seseorang. Aku bersyukur dengan apa yang aku dan Aniq telah capai dan akan capai.

Aku meletakkan semangkuk mi tarik sup daging di atas meja. "Jemput makan." Senyuman aku lemparkan.

"Kau ini Amalia. Degree kau tak laku ke sampai kena kerja dekat kedai mi tarik?" Sindir Puan Yiew. "Bukan main pelajar cemerlang setiap semester, tapi kerja dekat kedai mi tarik je?"

Dan dalam hidup ini, walaupun kita berjaya di tahap Gunung Everest sekalipun, akan sentiasa ada orang yang tidak puas hati dengan apa yang kita buat. Contohnya macam Puan Yiew.

Aku dan Aniq laburkan duit hasil daripada kerjaya hakiki kami untuk buat franchise Kedai Mi Tarik Wong. Dengan Ijazah dalam bidang software engineering, aku mempopularkan cawangan kami dengan sistem automation digital marketing. Sebab itu kedai ayah boleh terkenal.

"Kau tahu anak aku, si Kaisara tu sekarang dia dah jadi manager dekat kedai kasut. Aku bangga dengan dia. Tiap-tiap bulan bagi aku duit." Tambah Puan Yiew lagi.

"Haha, kalau mak cik bangga dengan anak mak cik, pergilah cakap dengan anak mak cik. Cakap dengan saya buat apa? Saya bukan anak mak cik." Aku tertawa seraya menggelengkan kepala.

Puan Yiew merengus geram. Aku tidak tahu apa yang Puan Yiew omelkan kerana aku sudah berlalu ke kaunter untuk mengambil makanan untuk pelanggan lain pula.

"Cik," Seorang pelanggan perempuan lewat 40 an mengangkat tangan, dan aku pantas bergerak ke arahnya. "Saya pelanggan baru, macam mana nak oder?"

Aku menunjukkan QR code yang siap ditampal di atas meja. "Cik boleh scan QR code, dalam ini ada menu, lepas add to cart, boleh bayar online terus dalam ini. Lepas tu, kalau perlukan bantuan, boleh tekan butang di tepi meja. Tak perlu angkat tangan." Aku tersenyum manis.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now