Pintu bilik aku dikuak. Cahaya lampu koridor di luar bilik terus menyimbah masuk, menyilaukan aku di dalam. Aku tidak menoleh ke belakang dan hanya menaip laju pada komputer. Belakang hoodie yang menutupi kepala aku ditarik dari belakang.

"Woi, tak tidur lagi? Dah pukul 3 pagi." Tegur Aniq. Dia merehatkan tubuhnya pada sisi kerusi aku, melihat skrin komputer yang dipenuhi dengan kod yang tidak difahami.

"Kau tanya orang, kau tu?" Aku tidak memandang Aniq di sebelah tetapi hanya fokus pada skrin.

"Aku baru habis Zoom Meeting dengan Ella International singer. Dia kata nak duet dengan aku lagu baru dia. Dia sekarang dekat Australia, itu yang aku kena bangun pagi semata untuk cakap dengan dia."

Tangan terus terhenti daripada menaip. Aku mengangkat muka memandang Aniq di sebelah. "Wow, crush ajak duet. Apa perasaan?"

Aniq berdecit bangga. "Of course lah bangga. Aku dah siap lagu baru kita tau. Tak sabar nak bagi dia dengar."

Aku tergelak. "Congrats, fly high Aniq."

"You too, sis. I don't know what you're doing. But it feels good that my sister started to code again, rather than crying because of a stupid man." Aniq tersengih, sebelum dia keluar dari bilik aku. "You want a new computer, sis? I can buy it for you." Dari jauh dia bertanya.

"Nah, it's okay. I'm good." Aku mengangkat ibu jari tanpa berpusing ke belakang. "Tutup pintu, Aniq."

****

Dragonlord: You do what I ask you, right?

Setelah sebulan, baru aku mendapat notifikasi daripada Dragonlord. Pantas aku membalas mesejnya.

Aithusa: Yes, I'm still working on it.

Dragonlord: What took you so long?

Aku mengetap bibir aku. "You know, not everyone is an expert. Some people just took a longer road, because that's the only road they are familiar with. Kau ingat aku ini lahir dah pandai koding ke? Aku mula koding umur 18 tahun tau. Agak hebat sebenarnya pencapaian aku boleh mahir bahasa komputer dan capai di tahap ini dalam tempoh 5 tahun. But some people are just better than me, what do you expect me to do?" Aku membebel bila didesak begitu, tapi tidaklah aku membalas mesejnya begitu. Dia mahu menolong pun sudah cukup baik.

Aithusa: It was hard... I need to check it thoroughly.

Dragonlord: I don't expect the system to be perfect, but I want to see progress. If you're stuck, you can always text me back.

Aithusa: But you asked me to text you back after I found the flaws.

Dragonlord: Did you find it?

Aithusa: Yes.

Dragonlord: Send me what you got. Give me 3 hours to check the code. Let's have a private online meeting.

Aku membulatkan mata bila Dragonlord ajak buat online meeting. Jantung aku terus berdebar-debar.

Dragonlord: You don't have to open your camera. I'm just gonna share with you my screen. I'll tell you what you have to do after that.

Nafas dihembus lega.

Aithusa: At what time?

Dragonlord: Will inform you later.

***

Sepanjang tiga jam itu aku tidak senang duduk, menunggu Dragonlord memberitahu aku semula, waktu mesyuarat secara atas talian. Ini pertama kali aku ada mesyuarat atas talian dengan orang asing. Aku takut. Macam mana kalau, aku tekan link mesyuarat, kemudian Dragonlord godam komputer aku?

I'M LOSTWhere stories live. Discover now