Bab 29: Dark Metaphor

Start bij het begin
                                    

Maruah aku yang diinjak pada saat itu, bagaimana? Maruah aku yang berderai hancur di kala aku ditengking di hadapan orang ramai, di hadapan kau, Addien. Dan kau hanya membiarkan ia berkecai menjadi serpihan tajam. Tidak cukup dengan itu, kau makin sapu serpihan tajam itu pada luka aku, dan suruh aku meminta maaf pada Bianca sedangkan itu bukan silap aku.

Mungkin kerana itu lelaki kesukaan aku fiksyen. Kerana mereka gila dengan idea mereka yang gila. Mereka membelah angin, meredah ombak untuk dapat apa yang mereka mahu. Mereka cipta peraturan mereka sendiri. Lelaki yang tidak takut akan undang-undang buatan manusia.

Sudah berapa kali Tony Stark dipanggil ke mahkamah kerana tindakan dia melindungi manusia dengan sut Iron Man, dianggap salah oleh pihak berkanun. Sudah berapa kali Stiles Stilinski buat perkara yang melanggar undang-undang untuk menyelamatkan kawan-kawannya, walaupun bapanya seorang pegawai polis. Sudah berapa kali Merlin melanggar undang-undang Camelot, menggunakan magis untuk menyelamatkan negara dan rajanya.

Aku mahukan lelaki yang mengikut undang-undang dengan ilmu. Bukan membabi buta patuh pada tradisi dan budaya toksik tanpa alasan dan sebab yang munasabah. Aku mahu lelaki yang berpegang pada prinsip dan ilmu, bukan berpegang pada 'orang kata', 'bapak kata', atau 'mak kata.' Lemah sangat, sampai semua benda kena berpaksikan apa orang kata.

Ada baiknya hubungan aku dan Addien sampai di situ sahaja. Kami tidak sekufu dari segi pemikiran, gaya hidup, dan latar belakang. Ketika aku fikir Addien ialah orangnya, aku cuma menerima dia atas dasar ekspektasi manusia. Atas sebab semua manusia fikir dia baik. Aku pilih dia, sebab dia senang. Dia ada kerja, dia ada harta, dia baik dengan mak ayah, dia baik dengan semua orang. Dia ada ciri-ciri lelaki 'normal' yang sepatutnya semua perempuan akan pilih dan setuju untuk berkahwin dengan dia. Tapi malang sekali, dia tidak boleh pertahankan diri dia sendiri dan identiti aku yang unik.

Aku hancurkan angan-angan aku untuk berkahwin dengan ciri-ciri lelaki idaman aku semata kerana ekspektasi manusia. Kerana aku fikir, memilih lelaki yang bertentangan dengan watak fiksyen kesayangan aku ialah satu bentuk kematangan. Aku fikir aku perlu menjadi dewasa dengan memilih lelaki yang bertindak 'seakan' dewasa dan normal seperti Addien. Tapi jiwa kanak-kanak aku hanya terpaut pada lelaki fiksyen seperti Tony Stark, Stiles Stilinski, Merlin. Aku benamkan watak fiksyen itu, kerana fikir aku harus menjadi matang dengan memilih sesuatu yang 'realiti'.

Apabila aku merenung semula apa yang terjadi dalam hidup aku, aku nampak corak yang berulang. Akibat yang terhasil daripada punca yang sama. Addien dan watak fiksyen yang aku suka bagai satu simbolik. Aku tidak belajar dari kesilapan, dan kesan yang sama terjadi. Sebab aku selalu melarikan diri bila situasi yang susah berlaku.

Coding, IT... Aku bermimpi untuk menjadi developer. Itu merupakan angan-angan dan impian aku, di mana semua orang kata mustahil dan susah. Tapi aku berjaya graduasi dengan cemerlang. Ketika cabaran dan ujian muncul ketika aku baru melangkah masuk ke dalam industri, aku takut dan aku ragu dengan kebolehan diri aku sendiri.

Maka, aku lepaskan semua usaha dan impian aku, kemudian lari ke bidang yang aku sangka lebih mudah. Aku mula dari awal kerana ia lebih mudah. Semua permulaan itu mudah kerana itu ia dipanggil 'level 1'. Aku cuma mahu hidup dalam kotak selesa aku. Aku tidak mahu martabat aku dinaikkan sebab aku takut akan cabaran yang akan menimpa aku.

Dan sekali lagi, ujian yang sama datang. Aku telah lulus 'level 1', dan sekali lagi aku berada di 'level 2' seperti sebelum ini. Memutarkan stereng kehidupan aku pada situasi yang sama tapi dengan 'nama' yang berlainan. Ia datang dalam bentuk manusia, Addien.

Aku pilih Addien kerana aku takut akan cabaran, dan aku takut untuk keluar dari kotak selesa aku. Aku pilih Addien kerana dia mudah, seolah-olah masa depan pasti akan cerah jika bersama dengannya, kerana dia sudah ada segala-galanya. Aku terima lelaki yang tidak sekufu dengan aku.

I'M LOSTWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu