PERTEMUAN | 1

31 4 0
                                    

Vote dulu dear!
________________________________

"Yow!"

Qais yang terkejut dengan sergahan Eskandar. Qais mengurut dadanya. Fuh... Nasib tiada sakit jantung kalau tidak dah lama kena masuk hospital.

"Kau ni lain kali bagi salam boleh tak? Main sergah je!" Marah Qais. Eskandar sengih, dia garu belakang lehernya yang tidak gatal.

Rendra menjeling Eskandar. Macam-macam.

Qais membiarkan sahaja sahabatnya berada di hadapannya fikir dia melayang jauh. Dia teringat Qaisara dan Qaira. Siapa mereka? Qaisara dan Qaira adalah kembar seiras bahkan adik kesayangan dia. Mereka memang seiras kalau orang luar mungkin tidak tahu bagaimana mahu bezakan tapi dia abang kenapa mereka berdua sah dia tahu bagaimana mahu bezakan.

"Termenung pulak kau ni. Ada masalah ke Qais?" Rendra, kawan dia yang paling banyak diam tetapi dalam diam dia mengambil berat tentang dirinya. Mereka sudah lama berteman. Rendra adalah satu-satunya yang tahu masalah keluarga dia.

"Betul tu, daripada tadi lagi aku perasan. Kau putus cinta ke apa?" Eskandar sengih. Ini pulak Eskandar kawan dia paling lucky go, jenis fikir positif. Cakap la apa pun Es ni jenis degil tak bertempat! Kawan dia daripada kecil jugak.

Tapi sayang  mereka bertiga berpisah pada sekolah rendah di situ Qais sering di ganggu dan di buli. Mengapa? Huh dia sering di katakan anak tidak guna dan di maki setiap hari, tiada kata-kata selamat pagi pada harinya. Penat? Iya dia penat, balik dengan pakaian yang kotor dan muka yang lebam. Menangis mintak simpati sering meminta maaf walaupun sudah tahu itu bukanlah salahnya.

Dendam? Sudah tentu. Hatinya sakit tetapi bila sudah lama di perlakukan bergitu dan guru juga tidak mengambil tindakan dia juga menganggap itu perkara biasa. Di rumah juga begitu, suara ayahnya yang meninggi dan memukul dirinya ketika mabuk! Qaisara dan Qaira memang menjadi penonton, dia juga melindungi ibunya dan adiknya bila ayahnya sudah naik tangan ingin memukul ibu dan adiknya.

Biarlah dia sahaja yang kena tidak perlu adik dan ibunya juga rasa sakit.

Kini dia sudah bersekolah asrama penuh, memang sayang nak tinggalkan adik kembarnya dan ibunya tetapi dia juga ingin mengelakkan diri daripada ayahnya.

Mereka bertiga bertemu semula pada dua tahun lepas kini sudah masuk tahun ketiga mereka bersama. Dia balik ke rumah seminggu 2 kali sahaja. Kesian melihat ibunya mencari duit sedangkan ayahnya hanya melihat dan mencuri duit ibunya untuk membeli air haram itu. Di sebabkan dia masih sekolah memang susah nak kerja separuh masa.

Bilik asrama juga mereka sekaligus roommate rezeki bukan? Qais takut jika dia bersama dengan orang yang dia tidak kenali.

Flashback

Harini hari pertama dalam sejarah hidup Qais dia berasrama penuh. Qaisara dan Qaira tadi depan pintu sekolah sudah berdrama air mata tidak mahu melepaskan dirinya. Setelah satu jam memujuk akhirnya mereka pulang. Kini tinggal dia di tingkat 2 selesai mendaftar diri dia bergegas ke dom ingin melihat bilik dan kawan baru.

Sesungguhnya Qais takut, trauma yang lepas masih menghantui dirinya. Mampukah dia hadap semuanya? Dia sudah berdiri di hadapan bilik domnya kata Guru besar satu dom memiliki 4 katil bermakna roommate dia ada tiga orang!

Dengan tangan bergetar dia menarik pintu dan melangkah masuk dengan bagasinya.

Qais menoleh sekeliling saat masuk. Tidak besar dan tidak juga kecil sedang-sedang. Katil ada 4 dan almari ada 4 masing-masing memiliki meja belajar. Boleh tahan mewah, bersih pulak tu. Kira untung la dia orang pertama.

CENDRAWhere stories live. Discover now