"Ibu, Lee dengan Syazwin nak pergi surau tau. Apa-apa terus call Lee. Lepas isyak kami balik terus," ucap Fazlee kepada ibunya sebelum pasangan itu bersalaman dengannya.


LANGKAH kakinya terhenti akibat satu bunyi yang memasuki telinganya. Kawasan sekitar diteliti dan kaki melangkah mendekati bunyi tersebut.

Kaki tersepak sebuah kotak yang berada berhampiran tembok surau yang sedikit semak. Tanpa berfikir panjang, telekung diselak ke atas bahu dan membuka kotak untuk melihat isinya.

Bayi!

Bayi kecil yang dibedung itu didukung perlahan. Afeeya mengendong dan menepuk-nepuk lembut bayi itu cuba untuk menenangkannya. Mata masih ralit melihat isi lain di dalam kotak.

Nota.

'Kehadapan sesiapa sahaja yang berjumpa dengan bayi ini. Saya berharap anda dapat menjaganya atau hantar bayi ini ke mana-mana rumah anak yatim. Bayi ini sangat perlukan kasih sayang yang saya tak mampu beri. Semoga anak kecil ini sentiasa di bawah lindungan Ilahi.'

Selesai membaca, Afeeya terlihat satu loket yang terletak bersama dengan bayi itu di dalam kotak. Loket dan nota itu diambil dan disimpan di dalam beg.


TUBUH isteri yang berada di sebelah kereta didakap dari belakang. Si isteri menolak menyebabkan Fazlee berkerut. Merajuk ke?

"Sayang?" Mata terbeliak saat si isteri berpaling menghadapnya.

"Anak siapa?" Afeeya menggeleng kemudian dihulurkan nota yang dibacanya tadi.

"Ya Allah." Itu sahaja reaksi Fazlee setelah membacanya. Wajah isteri dipandang mahu mengetahui apakah keputusannya.

"Kita jaga baby ni boleh?"

Sudah agak!

Pintu kereta dibuka mengarahkan si isteri untuk masuk. Lebih molek jika mereka berbicang di tempat yang lebih tertuup.

Bayi itu dipandang. Tenang dan comel sahaja, tak banyak ragam. Bayi itu seakan bayi yang mudah untuk dijaga.

"Boleh?" soal Afeeya lembut sambil bermain dengan pipi gebu bayi itu.

"Sayang yakin? Yakin boleh jadi ibu yang baik? Yakin dengan tanggungjawab akan datang? Abang tak nak sayang terima baby ni sebab simpati sahaja. Banyak tanggungjawabnya," jelas Fazlee tegas kedengaran.

"Sayang yakin. Mungkin baby ni pinjaman daripada Allah untuk kita. Yalah sayang kan tak dapat kandungkan anak abang."

Lembut sahaja tuturnya. Mata masih menatap wajah bayi itu. Asal diusik manja pasti senyum comel terukir. Tenang dan nyaman.

"Abang ikut sayang. Nak bagi nama apa baby ni?" Rambut bayi itu diusap lembut. Suka Fazlee melihat isterinya melayan bayi itu.

"Hannah. Sayang ada baca hari itu masudnya kasih sayang. Sayang tekad nak beri kasih sayang yang baby ni perlu daripada parents dia. Kita tolong parents dia."

"Hannah Syazlee. Syaz daripada Syazwin dan Lee daripada Fazlee," tambah Fazlee.

"Sedap! Assalamualaikum, Hannah Syazlee. Mulai hari ini, saya umi awak. Lelaki kacak, baik hati ni pula abi awak. Jadi anak solehah untuk umi dan abi ya Hannah." Dahi Hannah dikucup lembut.

"Abang nak dukung pula. Asyik sayang aje," omel Fazlee. Dia geram melihat bayi itu, rasa mahu digomol sahaja.

Ahli keluarga baru mereka. Tanggungjawab baru mereka. Kegembiraan baru mereka.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن