BAB 22: Humiliating in Public (part 2)

Start from the beginning
                                    

Tuan Pascal akui kelemahan Addien. Setelah berapa tahun bekerja, Addien masih lagi perlukan arahannya dan Tuan James untuk menguruskan syarikat. Addien tidak ada bakat dalam memikirkan hala tuju syarikat. Dia bukan ahli strategi. Addien jenis yang merasa cukup dengan apa yang ada, langsung tak kompetitif. Addien tak rasa dia perlu bekerja keras untuk syarikat, kerana semuanya telah tersedia sejak dia lahir. Tambahan pula, Puan Prisca memang memanjakan Addien.

Yang ada bakat dalam bisnes, kompetitif dan sentiasa mencari peluang untuk meluaskan kuasa cuma Amer. Dari kecil dia sentiasa ingin berada di atas, menjadi juara, dan mengalahkan orang lain. Menang untuk Amer tidak cukup, orang lain harus gagal. Dan kerana itu, Amer perlu mematahkan sayap Amalia, dan biarkan Amalia rasa dia tidak layak untuk berjaya, dan keluar dari syarikat kecil itu. Amalia harus sentiasa rasa dia si gagal dan tiada sesiapa yang akan menerima dia melainkan Syarikat Pascal.

Itu tujuan sebenar Amer. Dia tidak mahu Amalia terbang lebih tinggi lagi.

Tanpa mereka berdua sedar, perbualan mereka didengar oleh Bianca. Bianca menggenggam penumbuknya, mengetahui Tuan Pascal ingin memecat dirinya demi Amalia. 20 tahun lebih dia bekerja di syarikat itu, dia dikalahkan oleh Amalia yang mentah!

****

"Kau nak stay ke?" Tanya Liam perlahan, ketika kami sedang makan.

Kami semua bercakap dengan perlahan kerana pekerja lain berada berhampiran. Apa yang kami cakap akan jadi bahan gosip oleh senior yang tidak mengerti.

"Tak tahu lagi." Balas aku perlahan. "Aku tengah ambil lesen memandu, tapi dalam masa yang sama aku burn out kerja dekat sini. Nak fokus ambil lesen pun tak tenang. Rasa macam nak berhenti kerja sekarang juga."

"Lesen memandu kau berapa?" Kali ini Rafiq pula bertanya.

Aku menggeleng kepala. "Tak nak cakap, nanti kau cakap aku bodoh sebab tak tahu buat pertimbangan."

Kami serentak tertawa. "Buat apa aku nak cakap macam tu? Duit kau, suka hati kaulah."

"2600 Dolar Lance." Jawab aku.

"Wei, mahalnya. Itu lesen kereta sahaja ke?" Rafiq terkejut.

Aku terus buat muka menyerah kalah.. "Yes, I admit, I'm dumb. Kalau ambil dekat kampung lebih kurang 500 dolar sahaja untuk kereta. Tapi, ayah aku suruh ambil lesen dekat bandar, konon boleh cepat pandai. Yang aku tak boleh terima, aku kena scam. Sekolah memandu yang aku daftar dekat bandar rupanya cuma ejen. Nanti pemandu ambil aku dekat rumah sewa, lepas tu hantar aku ke sekolah memandu di kampung. Dia ambil untung banyak daripada situ. Aku pun tak tahu sekolah memandu itu sebenarnya dekat kampung. Kontrak pun dah sain tak boleh buat apa." Pasrah aku berkata.

Sepintas lalu, aku nampak Bianca lalu di sisi meja kami, kemudian dia menjeling aku. Aku juga tidak pasti apa masalah perempuan yang tidak profesional ini. Setiap kali aku bercakap-cakap dengan pekerja lain, dia mesti ada untuk memerhatikan tingkah laku aku, seolah-olah sedang mencari salah aku. Semenjak kes Covid-19 tempoh hari, dia kerap mencari-cari salah aku. Dasar perempuan mental. Aku harap dia kena Covid-19. Takut sangat mati. Bukan Bianca percaya akan wujudnya seksa kubur pun sampai takut sangat mati.

"Itulah, dah sain tak boleh buat apa. Kau dah bayar full kan?" Rafiq menggeleng kepala. "Teruk betul buat perniagaan atas perniagaan orang lain."

"Zaman kapitalis, orang miskin sahaja yang kena guna. Kadang aku harap aku lahir dari keluarga kaya. Mungkin masa itu orang akan layan aku dengan baik." Aku mengerling sekilas Bianca di hujung dek kapal, bercakap dan bergelak tawa dengan suara yang kuat dengan Tuan Pascal untuk menarik perhatian semua pekerja bahawa bos dengan dia 'rapat'.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now