Bab 21: Humiliating in Public

Start from the beginning
                                    

Aku mengangkat bahu. "Mungkin. Tapi aku rasa agak bangga sebab aku bagi cadangan itu, sekarang semua pekerja dapat merasa naik kapal cruise." Mata dikerdipkan dengan senyuman meleret. "Jadi, baju mana yang sesuai?" Aku mengangkat dua helai gaun tadi di hadapan Aniq. "I just want to highlight that I want to look nice and cute."

"Pfft." Kembang tekak Aniq yang mendengar. "Kau tak sesuai comel, kau nampak matang, gaya yang kau bawa sepatutnya elegan. Pakai gaun satin hitam itu."

"Tudung?"

"Rose gold."

"Kalau aku tak lawa siap kau Aniq."

"Kalau akak tak lawa, salah akaklah. Citarasa Aniq memang tinggi. Bukan semua muka boleh sesuai dengan citarasa Aniq." Dia menjelirkan lidah.

"Make up?"

"Smokey eyes, but make it simple. Don't put too much blusher, pinkish lipstick. Simplicity is elegance."

Aku tergelak. Sebab itu aku selalu minta cadangan daripada Aniq. Citarasa fesyen dia memang mantap.

******

Aku menghantar gambar aku yang lengkap bergaun hitam, bertudung Rose Gold, dengan wajah yang siap disolek kepada Aniq. Mesej ditaip laju. "Aku cantik, kan?" Bila tak ada teman lelaki halal, maka adik aku jadi mangsa melayan kerenah aku.

"Terima kasih." Balas Aniq ringkas.

"Apa yang terima kasih?"

"Kau puji diri sendiri, maksudnya kau puji aku. Kita kembar, muka kita sama, kak. Terima kasih puji Aniq cantik. But I don't need other people's opinions to tell me I'm pretty. My opinion is enough." Balasan mesej Aniq yang menjengkelkan buat aku menggolek mata meluat. Pantas aku menutup telefon pintar aku.

Beberapa orang pekerja sedang beratur di hadapan pintu masuk terminal untuk masuk ke dalam kapal persiaran yang tersergam indah di hadapan aku. Kak Nana sudah mengajak aku masuk, tetapi aku sudah memberitahunya aku mahu menunggu Angela dan rakan sekerja sebaya aku yang lain. Aku rindu ingin berborak dengan mereka. Mata aku melilau di hadapan kapal persiaran Hykel, mencari-cari kelibat Angela, untuk masuk bersama-samanya di terminal.

Sebuah kereta kodok berhenti tidak jauh dari tempat aku berdiri. Di dalam kereta tersebut, aku sudah nampak kelibat Angela, Aina, Liam dan Rafiq sebagai pemandu mereka hari itu. Geng hiking aku sudah sampai. Senyuman aku meleret.

"Yo, Amalia!" Liam menjerit dari jauh.

Aku melambai ke arah mereka berempat. Beberapa orang pekerja yang di bawah jagaan aku juga berkumpul untuk menyapa aku. Kebanyakan mereka sebaya aku, kerana itu aku mudah bergaul dengan mereka.

"Black gown, you slay it gurlll!" Angela berseloroh melihat gaun yang aku pakai. Mereka yang lain juga tergelak mendengar seloroh Angela. Angela memang ada bakat dalam menaikkan suasana. Sempoi sungguh, kerana itu kami semua senang berkawan bersama.

"Lama kau tak datang pelabuhan, Amalia. Setiap hari dengar kau minta laporan dalam grup aje. Kau apa cer? Okey ke kerja?" Rafiq pula menyapa aku.

"Okey je." Aku tersenyum. Walaupun suasana di pejabat sungguh menyesakkan dengan manusia toksik. "Dengar cerita orang itu kena hantar ke Korea untuk kerja dengan Daewoo."

"Fuyooo!" Serentak kami semua berbunyi. Pekerja lelaki yang lain sudah menepuk-nepuk belakang Rafiq bangga dengan pencapaiannya.

Jika Bianca mendengar bahasa kami, cara kami bergaul, pasti dia akan mengecam bahawa Gen Z ini tidak beradab dan suka bercakap dalam bahasa alien. Aku selalu juga dapat tempias kemarahan Bianca, kerana anak Bianca selalu bercakap dalam bahasa yang dia tidak fahami. Padahal aku hanya bercakap dengan Bianca dalam bahasa formal. Aku tidak mengerti mengapa Bianca selalu generalisasikan bahawa semua Gen Z itu tidak beradab. Kami tidak pernah bercakap dengan Bianca dalam bahasa rojak. Anak dia yang bermasalah, aku pula yang kena. Tidak hairanlah jika anak dia bermasalah, jika perangai Bianca pun begitu. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

I'M LOSTWhere stories live. Discover now