━ lautan 01

23 4 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




˚ ༘ Lautan dan Bulan ⋆。˚

SENYUMAN cuba Qawiy ukirkan buat gadis di hadapannya itu untuk pecahkan rasa janggal ini. Sepanjang mereka bersua muka tiada langsung riak senyum di wajah gadis itu. Sesekali mereka bertemu mata pasti gadis di hadapannya ini putuskan dengan pantas.

Bunga Seroja, gadis yang umi kenalkan untuk Qawiy. Katanya calon daripada umi. Apa yang dia tahu daripada umi, situasi Bunga sama seperti dia.

Baru sahaja lepas ditinggalkan kekasih. Tapi Bunga lebih pedih. Ditinggalkan tunang sebab kondisi dia sekarang. Gadis ini baru sahaja terlibat dengan kemalangan dan... lumpuh. Terpaksa gunakan kerusi roda.

Qawiy pula ditinggalkan kekasih sebab apa?

Entahlah. Dia tidak faham perempuan agaknya. Sebab itu ditinggalkan. Dia terlalu sibuk dengan kerja.

"Bunga Seroja, betul tak?" Soal Qawiy, mesra.

Bunga hanya menjawab dengan mengangguk.

"Apa patut saya panggil awak? Bunga? Seroja?"

"Ikut awaklah," ringkas Bunga menjawab. Air kosong di atas meja dihirup membasahi tekaknya.

"Bunga saya?"

Lantas wajah Bunga naik memandang Qawiy, menyoal. Sedikit kerutan terhasil.

Daripada riak Bunga itu buatkan wajah Qawiy sedikit merona merah. Tidak tahu apa yang dia katakan. Semakin janggal agaknya situasi mereka sekarang.

Berdehem kecil Qawiy di situ. Lagi sekali dia beranikan matanya memandang Bunga walaupun dia sedang menahan malu yang sebentar tadi.

"Qawiy," namanya diseru buatkan matanya terus tertumpu pada Bunga. "Awak boleh ke terima perempuan macam saya?"

"Macam awak? Kenapa dengan awak?" soal Qawiy, polos. Dia menunggu jawapan Bunga yang setia menunduk semakin ke bawah.

"Saya lumpuh," ringkas Bunga menjawab buatkan Qawiy sedar akan soalan Bunga itu.

Qawiy yakin yang bukan masa yang sekejap untuk sembuhkan emosi Bunga sekarang. Baru berlalu tiga bulan kemalangan itu. Bunga hilang nikmat berjalan pun baru sahaja lagi.

Ibu dan umi sudah rancang pertemuan mereka.

Boleh dengar yang Bunga lepaskan keluhan, berat.

"Saya faham. Saya cacat dan akan susahkan awak nanti. Maaf, buang masa awak jumpa saya," tambah Bunga setelah lama sepi antara mereka.

Berura-ura Bunga untuk tolak kerusi rodanya menjauh dari meja mereka. Berpusing Bunga membelakangi Qawiy. Masih jejaka itu membisu.

Bunga tahu. Tiada siapa boleh terima dia yang sekarang.

"Awak nak balik?" Soal Qawiy yang sudah berada di belakang kerusi roda Bunga.

Qawiy bantu tolakan kerusi roda Bunga untuk keluar dari restoran itu. Sesekali Bunga curi pandang Qawiy yang di belakang.

Hanya bermain sahaja jari-jemarinya yang di atas ribanya. Sesaat dia pandang jalan di hadapannya. Qawiy hentikan dia seketika di hadapan restoran itu.

"Awak balik naik apa?"

"Abang saya."

"Biar saya hantar."

Bunga tidak menolak. Dia biarkan Qawiy tolak dia ke kereta.

Qawiy bantu Bunga masuk ke dalam isi kereta. Lengan yang beralas lengan bajunya dihulurkan untuk Bunga tampung dirinya untuk bangkit masuk ke dalam kereta.

Perlahan gadis itu berjaya masuk ke dalam isi kereta. Kerusi roda dilipat dan disimpan di ruangan belakang.

Bunga yang perhatikan Qawiy yang agak teragak-teragak tadi untuk lipat kerusi roda miliknya tadi mula timbul rasa bersalah.

Masuk sahaja Qawiy setelah selesai. Qawiy ditilik dari ekor mata Bunga.

"Maaf, susahkan awak."

"Kahwin nak?"

Soalan itu buatkan Bunga laju angkat kepalanya memandang Qawiy di sebelah terkejut. Kerutan tercipta di wajahnya memandang Qawiy.

"Awak merepek apa ni?"

"Mana ada merepek. Saya jujur ni."

"Saya lumpuh. Saya tak marah pun kalau awak tolak saya," laju Bunga membalas.

Qawiy yang mendengar hanya tersenyum sahaja. Sesekali wajah Bunga itu dipandang dengan lembut dan dalam.

"Tak salah pun, betul tak? Saya akan jaga awak."

Oh Tuhan, Bunga tidak tahu mahu menjawab bagaimana.

Boleh percayakah kata jejaka di hadapannya ini?

Atau sama sahaja dengan sebelum ini?

"Tak apa, ini pasal hidup awak dan saya. Saya tunggu jawapan awak. Nanti minta nombor saya dengan ibu awak tau, Bunga saya."

Lagi panggilan 'Bunga saya' diberi.

Bunga tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia hanya diam dengan kata Qawiy itu.

Nampak yang lelaki itu ada sabarnya.

˚ ༘ tbc ⋆。˚

Lautan Berbicara Bulan Mendengar ©Where stories live. Discover now