"Jian Hong kawan kamu rupanya. Betul ke kamu tu nak keluar dengan dia. Tak beritahu mak Timah pun." Mak Timah pandang ke arahku. Bila Jian Hong memberi isyarat aku angguk perlahan-lahan. Apa yang sedang terjadi ni?

Sepanjang perjalanan macam-macam yang dibualkan oleh mak Timah dan dia. Banyak kali juga mak Timah memujinya. Katanya Jian Hong selalu juga membantunya. Jian Hong hanya sengih dan cuba menafikan. Aku angguk sahaja. Dan sedikit kagum mungkin.

Dalam setengah jam sahaja kami sudah tiba di rumah Mak Timah. Tidak lah jauh mana. Lagipun pagi jalan tidak sesak pada pagi ini. Jika memandu lebih jauh lagi mungkin terus dapat ke tempat lamaku yang hanya tinggal kenangan. Tiba-tiba rasa rindu muncul. Sudah lama tidak menziarah mereka.

Setelah turunkan mak Timah kami sama- sama melambai ke arah mak Timah. Sempat juga aku mengiram salam kepada keluarganya.

Kejap! Hanya aku dan Jian Hong je tinggal dalam kereta saat ini. Dapatku rasa yang dia sedang memandangku. Jantung mula berdegup kencang. Ya Allah jantung ni pun.

"Kenapa awak tipu mak Timah tadi? Bila masa saya nak keluar dengan awak hah!" Jian Hong sengih melihat wajah garang Fasyarina.

"I want to spend time with you." Dia memandangku.

"Kenapa?" Aku bertanya. Pelik benar mamat cina ni. Asal tiba-tiba nak keluar dengan aku.

"You cuti kan? So, why not? Sometimes we need time for ourselves too. You work without any breaks every day. You are also a normal person, Fasya. At least try one day to enjoy without thinking about work." Ikhlas Jian Hong memberitahu sebab.

Aku tersentuh bila dia berkata begitu. Siapa sangka Jian Hong begitu prihatin terhadapnya. Akhirnya kami membalas senyuman.

Aku melihat dia tekan beberapa butang di skrin keretanya dan terus membuat panggilan.

"Good morning Doctor J.Hong." Terdengar seorang wanita di speaker kereta.

"Good morning Tihah. I'm off today. Please make my appointment with my patient tomorrow." Jian Hong berkata.

Baru aku tahu yang lelaki ini bekerja hari ini dan dia mengambil cuti hanya kerana mahu membawaku merasai hari cuti. Patutnya bila melihat pakaiannya saja aku patut dapat mengagak bahawa lelaki ini mahu ke kerja.

"Alright doctor." Wanita itu menjawab. Jian Hong menekan butang merah di skrin.

"Awak dokter ke?" Aku terus bertanya. Bila wanita itu berkata selamat pagi dokter baru membuatkan aku sedar.

"Yup." Dia menjawab.

"Awak tak pernah cakap pun." Aku memandang ke arahnya.

"You tak pernah tanya meh." Jian Hong senyum.

"Yang awak belajar kat negara India tu?"  Aku bertanya. Aku masih ingat akan kata-kata Jian Hong dua hari lepas yang dia baru sahaja pulang dari negara India selepas tamatkan pelajarannya.

"Yes, for Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS)." Dia senyum manis. Anak tekak terasa kelat. Selama ini aku berbual dengan seorang doktor ke?

"Tapi saya masih dalam latihan. Tinggal lagi satu tahun untuk jadi dokter sepenuhnya." Dia sambung lagi.

Tiba-tiba terasa diri ini terlalu kurang jika dibandingkan dengannya. Tidak berpelajaran. Dia dokter aku hanyalah orang gaji.

Jian Hong mula perasan akan perubahan riak wajah gadis disebelahnya.

"What happen?" Jian Hong bertanya dengan prihatin.

"You must be lucky." Aku berkata. Jian Hong diam. Dia tahu pasti ada sesuatu yang membuat gadis itu sedih.

"Awak ada masa depan yang cerah. Bukan macam saya. Masa depan saya, saya pun tak tahu. Hati yang terluka pun saya tak merawat-rawat lagi." Aku  senyum tawar.

"Why are you talking like that?" Mendengar tutur kata gadis itu membuatkan Jian Hong tertanya.

"Saya tak berpelajaran macam awak. Mungkin saya hanya sebagai orang gaji seumur hidup." luah dirinya serba sedikit.

"Orang gaji it's not that bad." balas Jian Hong.

"Just because I'm a doctor doesn't mean I'm good at everything. I'm not even good at cooking. Tapi you boleh buat meh." Jian Hong memberitahu.

Aku tahu dia sedang memujukku. Banyak lagi yang dia kata bahawa dia tidak tahu seperti mengemas rumah, mop lantai, sapu rumah, dan banyak lagi. Tapi aku tidak percaya lihat kebersihan kereta dia sahaja boleh tahu bahawa dia pandai melakukan semua hal itu. Tetapi aku tidak membalas.

"Besides you are good at singing but I am not." Aku melihat rahangnya yang terbentuk sempurna dari sisi.

"Cukuplah awak compare saya dengan awak. Untuk saya awak tetap hebat. Bukan mudah nak jadi seorang dokter. Tapi awak mampu. Doctor is a hero.
Diorang boleh sembuhkan sakit orang." Aku hanya luahkan apa dia rasa.

"Does that mean I'm a hero?" tanya Jian Hong.

"Ia, awak seorang hero." Fasya senyum memandang Jian Hong. Mata kami bertaut beberapa saat sebelum Jian Hong kembali fokus memandu.

"So let me be your hero. This hero will heal your unhealed wounds."

Cinta Jendela Where stories live. Discover now