BAB 10: First Day

Start bij het begin
                                    

"Hai Amalia," Kak Nana bangun dari mejanya, mengajak aku masuk. "Sini, tempat duduk Amalia depan akak. Nanti senang kita nak buat kerja sama-sama."

Aku tersenyum melihat wanita lewat 40 an itu. Dia agak ramah.

"Pejabat ini dua tingkat, semua staf ada lebih kurang 40 orang. Dekat tingkat bawah ada jurutera. Tapi setiap pagi mereka akan pergi ke limbungan kapal, Pelabuhan Lindus untuk buat kerja di situ." Terang Kak Nana. "Staf bahagian pengurusan cuma ada 7 orang sahaja. Sana tempat Addien," Kak Nana menunjukkan sebuah bilik di hujung pejabat.

"We have Kak Nana, Charles, Fahd, Bianca, and Tuan James, and our boss Mr. Pascal himself." Sambung Addien lagi.

Aku mengangguk cuba mencerna semua informasi itu.

"I know you already know your job scope, but here we just do everything. If anything urgent we just help our staff if they need any help." Addien menerangkan. "But basically your job scope is admin and HR, you will be helping me and Kak Nana, handling new engineers in the shipyard."

Kak Nana mengangguk mengeyakan. "Staf dekat sini sikit, kita orang dah macam family dah. Kita tolong antara satu sama lain."

Aku rasa tak sedap hati bila Addien dah mula berkata 'we just do everything even outside the job scope', dan Kak Nana berkata, 'Kita dah macam family'. Aku rasa pelik atau ia normal untuk syarikat kecil?

"Untuk permulaan, apa kata Amalia baca dulu tentang syarikat ini. Servis apa yang kita buat, nanti saya bagi tugasan." Jelas Addien lagi.

"Okay Cik Addien." Aku mengangguk kemudian duduk di tempat aku. Di meja aku sudah tersedia komputer kerana aku sudah memberitahu awal-awal ketika di temu duga, bahawa aku tiada laptop. Ya, aku tipu, kerana aku tidak suka laptop peribadi aku digunakan untuk urusan pejabat. Serabut.

Aku ada dua nombor telefon, dua Whatsapp, dua email, semata untuk mengasingkan hal pejabat dan peribadi. Aku tidak suka jika keluar notifikasi tentang kerja ketika aku sedang cuti atau berehat, kerana itu aku memisahkan kesemuanya. Ini yang dinamakan tentang profesional dan menetapkan sempadan yang sihat. Aku belajar semuanya ketika di universiti sebelum aku masuk ke alam pekerjaan lagi. Aku harap aku tidak terjebak dengan perkara toksik yang orang ceritakan ketika bekerja.

Addien menunjukkan aku di mana letaknya fail pejabat di dalam Onedrive yang boleh diakses oleh semua pekerja di dalam pejabat itu. Aku mengangguk mengerti. Kemudian meneliti satu persatu fail di dalamnya.

Jadi, yang aku fahami syarikat Pascal ini mendapat alat ganti kapal laut dan juga kapal dari pengedar iaitu Syarikat Daewoo, kemudian dia menjual barang-barang tersebut kepada kerajaan Lance. Syarikat Daewoo akan menghantar barang-barang di Pelabuhan Lindus, dan Syarikat Pascal akan menyemak barang-barang yang sampai sebelum dijual semula kepada kerajaan Lance. Limbungan kapal milik Syarikat Pascal berada di Pelabuhan Lindus, yang terletak lebih kurang 2 km dari pejabat pengurusan tempat aku bekerja.

"Kak Nana," Aku menyeru Kak Nana di hadapan aku. Kak Nana terus mengangkat kepalanya daripada membuat kerja. "Saya nak tanya, limbungan kapal milik Pascal buat apa?"

"Kalau ada kapal tentera laut yang rosak, akan dihantar ke limbungan kapal Pascal untuk dibaiki. Syarikat Daewoo ada sediakan jurutera untuk guide pekerja kita di sini. Jadi, jika ada kapal yang rosak, kerajaan tidak perlu hantar kapal ke Korea yang jauh beribu batu." Ringkas dan padat Kak Nana menerangkan.

"I see, faham." Aku mengangguk mengerti. "Kenapa kerajaan tak berurusan terus dengan Syarikat Daewoo? Bukan ke lagi jimat kos daripada kena guna orang tengah?"

"Kita kerja bawah Syarikat Daewoo, yang bayar kita Syarikat Daewoo. Jadi Syarikat Daewoo yang minta kerajaan berurusan dengan wakil syarikat mereka di Lance, iaitu Syarikat Pascal. Sebab kita lebih faham cara berurusan dengan kerajaan Lance daripada pegawai Daewoo yang tidak fasih berbahasa kita." Terang Kak Nana satu persatu.

I'M LOSTWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu