BAB 8: Finding The Purpose of Life

Start from the beginning
                                    

Syarikat S.A membuka mata kerajaan dan syarikat lain betapa berharganya graduan dan pekerja dalam bidang siber. Hasilnya, gaji permulaan untuk graduan siber dan kejuruteraan dinaikkan kepada 50 ribu dolar Lance bersamaan dengan 3 kali ganda 50 ribu US dolar. Bidang siber memang banyak permintaan dalam pelbagai industri.

Tapi mungkin sampai di sini sahaja pengembaraan aku dalam bidang siber. Cita-cita aku untuk bekerja dengan S.A tidak kesampaian. Aku bangun dari kerusi, kemudian menanggalkan keratan-keratan surat khabar tersebut dari dinding. Gambar Ezra Rinamoto juga aku tanggalkan kemudian memasukkan kesemuanya ke dalam kotak.

Aku ingin kosongkan meja aku daripada perkara yang menyebabkan aku sedih kerana perancangan aku selama 5 tahun tidak mampu digapai. Aku tidak mahu rasa ralat lagi. Perkara yang sudah berlaku, aku mahu biarkan ia berlalu pergi seperti angin. Aku tidak mahu ingat kembali. Aku mahu bermula semula, mencari tujuan hidup aku.

Aniq mengetuk pintu bilik aku yang sememangnya aku tidak tutup. "Kak, ibu panggil suruh sarapan." Dia memerhatikan perlakuan aku yang mencabut semua gambar Ezra Rinamoto pada dinding. "Akak dah tak nak kerja dalam bidang siber ke?"

Aku mengangguk. "Macam Aniq cakap, mungkin ini bukan untuk akak. Allah tutup satu pintu, sebab Allah nak suruh kita masuk pintu lain yang lebih baik."

Aniq tepuk dahi. "Bukan itu maksud Aniq." Dia menyerabaikan rambutnya yang sememangnya sudah serabai. "Maksud Aniq, mungkin rezeki akak bukan kerja dengan S.A tapi tempat lain. Kan banyak aje syarikat yang menawarkan pekerjaan sebagai developer. Akak pun boleh jadi freelance kalau akak nak."

Aku tersenyum kelat, menggelengkan kepala. "Siapa nak terima pekerja dengan reputasi yang teruk?"

"Habis tu akak nak leburkan minat akak macam itu aje? 5 tahun akak asah kemahiran. Akak mula belajar koding sejak umur 17, tak akan nak membazir degree akak macam itu aje?" Aniq nampaknya tidak berpuas hati apabila aku mengambil keputusan untuk keluar dari bidang siber.

Keluhan aku terlepas. Aku terduduk di atas katil memandang Aniq di muka pintu. "Akak sebenarnya tak faham... Sebenarnya Tuhan bagi akak ujian untuk bagi petunjuk bahawa kerjaya ini tak sesuai dengan akak, atau Tuhan nak suruh akak usaha keras lagi untuk capai apa yang akak nak." Aku menggeleng kepala. "Aku tak faham, Aniq."

"Aku keliru antara Thomas Edison gagal 1000 kali sebelum dia buat lampu yang pertama. Dan orang Muslim yang buat istikharah kemudian Allah jauhkan dia dari sesuatu sebab ia tak baik untuk muslim itu." Aku memandang Aniq dengan wajah yang pasrah. "Kau nak aku pilih yang mana? Aku sendiri tak tahu apa yang berlaku pada aku ialah cabaran ataupun petunjuk."

Dewasa itu mengelirukan. Daripada aku berfikir sampai sesak nafas, lebih baik aku pilih satu jalan. Jika aku tersalah, aku akan pilih jalan yang satu lagi.

We can only know whether the path we take is right or wrong once we take the path. And we can always make a U-turn if the path we take is wrong. People get lost sometimes, and it's normal because we take the road that we are unfamiliar with. There's no GPS, there is no guide to show us the road, because each of us has a different path. Nobody knows what kind of route we will take. Unless, you already know what you want to become, and you find someone who has the same dream of you and already succeeded, then you just follow their footsteps.

Tapi, masalah aku ialah, aku sendiri tidak tahu aku mahu jadi apa. Kerana itu aku harus meneroka jalan ini sendiri. Aku keliru nak jadi developer atau jadi ethical hacker. Keduanya memang minat aku. Tapi lepas Amer curi sistem aku dengan begitu mudah, nampak sangat aku ini tiada bakat dalam bidang security. Senang betul aku kena hack dengan manusia. Begitu sahaja sistem aku dicuri. Aku pun baru mengasah bakat untuk menjadi hacker dengan Knights of The Round Table. Mereka yang membuat aku minat dalam bidang ini dahulu. Jika tidak, aku mahu jadi software developer sahaja. Lepas sistem aku dicuri aku rasa lemah semangat.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now