BAB 5: You Betray Me

Start from the beginning
                                    

Tuan Ezra Rinamoto akhirnya mengangkat kepala, bertemu dengan sepasang mata milik aku. Akhirnya aku menarik perhatian idola aku. Iris matanya yang berwarna kelabu berubah tajam dan dahinya berkerut. Aku tidak pasti mengapa, maka aku hanya meneruskan pembentangan aku, mengelak dari renungan matanya.

Aku menekan alat kawalan jauh untuk menukar skrin powerpoint.

"Setiap manusia mempunyai cap jari yang unik, maka saya menggunakan kaedah cap jari sebagai pengesahan untuk log masuk ke dalam akaun bank atau sebarang pembayaran yang dilakukan. Kaedah ini lebih selamat kerana kita tak akan mengalami masalah kehilangan kad debit atau ATM kad, kita hanya perlu membawa diri kita, kemudian mengesahkan dengan cap jari kita sahaja.

Dalam kata lain, duit kita, kad pengenalan, maklumat diri kita, segala rekod pendaftaran yang kita pernah masukkan di dalam dunia maya, kita akan bawa ke mana-mana dengan hanya cap jari. In the future, people will go anywhere cashless and cardless."

Aku membuka interface draf semata untuk demonstrasi. Sistem ini sebenarnya berskala besar, oleh itu aku cuma menunjukkan sistem draf asas sahaja, tapi ia belum siap sepenuhnya. Tapi aku dah tahu bagaimana mahu membuatnya sekiranya S.A memberikan aku dana.

"Kaedah yang sama akan dipakai untuk setiap transaksi bank atau pendaftaran." Aku meletakkan cap jari pada alat pengesanan cap jari yang disambungkan pada komputer. Jari aku diimbas, kemudian aku meletakkan jari aku pada alat biometrik di sisi. Transaksi tersebut berjalan dengan lancar. Setelah cap jari aku dikenal pasti, sejumlah duit dipindahkan ke dalam akaun bank kedua aku.

"Tada!" Aku menjerit semangat seketika transaksi aku berjaya dipindahkan dengan cap jari menggunakan mesin biometrik.

Satu dewan itu tidak membuat reaksi kagum, tapi aku dapat melihat mereka berbisik-bisik. Bising, seperti suara langau seolah-olah mereka sedang mengumpat aku secara berdepan.

Tuan Ezra juga sudah menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Kaca mata sudah ditanggalkan dengan dahi diurut seperti orang tertekan. Juri yang lain pula sudah menggelengkan kepalanya. Aku tidak faham apa yang berlaku. Aku memandang beberapa orang penonton yang membuat gerak bibir mengatakan, 'She messed up.'

Bahu aku terus mengendur dengan mata yang berkaca-kaca. Apa salah aku? Jika sistem aku tidak sebagus peserta yang lain, tidak perlulah sampai membuat reaksi yang teruk begitu.

Juri kedua, bernama Edward itu berdehem di mikrofon. "Cik Amalia Wong," Dia menyeru nama aku, dan sekaligus aku mengangkat kepala aku yang dari tadi menunduk. "Saya tidak pasti sekiranya ada masalah teknikal atau kemungkinan yang berlaku... saya harap Cik Amalia bersabar, pihak juri ingin bertemu dengan cik sebentar di bilik mesyuarat. Saya harap penonton lain tidak membuat sebarang spekulasi."

Aku terpinga-pinga di situ, di saat kru lain mengiring aku ke belakang pentas. Ujian tapisan kemasukan Software Angine's Prodigy itu berakhir begitu sahaja tanpa sebarang komen atau pertanyaan daripada juri, meninggalkan dewan tersebut hingar bingar dengan komen-komen manusia.

Aku dibiarkan duduk bersendirian di bilik mesyuarat yang kosong. Yang menemani aku hanya ada sebuah meja mesyuarat dengan beberapa kerusi yang kosong. Aku juga tidak pasti apa yang berlaku. Lantas aku membuka telefon pintar aku, kemudian membuka laman web hackathon untuk mengetahui situasi yang berlaku sekarang ini. Komen di bawah video livestream pembentangan tadi tiba-tiba meningkat, hampir mencecah jutaan manusia.

Aku membuka ruang komen untuk mengenal pasti apa yang berlaku. Komen beberapa orang manusia menarik perhatian aku.

A: Kebetulan apa ini sampai dua peserta bentangkan sistem yang sama?

B: Peserta nombor 33 semalam bentangkan sistem yang sama juga, tapi cuma cara pembentangan sahaja yang berbeza.

C: Dari segi persediaan aku nampak peserta nombor 33 itu lebih bagus daripada peserta nombor 100.

I'M LOSTWhere stories live. Discover now